Kolaborasi Menarik Ppz Maiwp Dengan Omar Hana Menerusi Lagu Mudahnya Berzakat


Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan lagu ‘Mudahnya Berzakat’ yang dibawakan oleh kumpulan animasi Omar dan Hana.
Sebelum ini Omar dan Hana cukup sinonim dengan konten-konten video Islamik, yang mana lagu-lagunya banyak berkisahkan cerita tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan sebagainya.

Kesempatan ini turut memberikan PPZ-MAIWP untuk bekerjasama dengan pihak Digital Durian bagi menghasilkan lagu dan video khas ‘Mudahnya Berzakat’. 

Sebelum pelancaran yang bertempat di Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju bermula, diadakan Pertandingan Mewarna.Lebih daripada 30 peserta kanak-kanak berusia 7-12 tahun yang mengambil bahagian. 
Hadiah yang ditawarkan juga menarik, Tempat Pertama wang tunai sebanyak RM250, Kedua RM200, Ketiga RM150, Keempat 100, Kelima RM50 dan Saguhati RM30

Selepas pertandingan mewarna tamat, majlis diteruskan dengan kata aluan serta bacaan doa. Kemudian diikuti dengan Sesi Perkongsian Zakat & Kuiz oleh Ustaz Husni dan Sharifah Shahirah (Rara), yang mana suasana di situ menjadi lebih gamat dengan gurauan spontan mereka. Cukup menghiburkan

Sebelum gimik serta pelancaran lagu ‘Mudahnya Berzakat’ bermula, Encik Azhan Ismail Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP memberikan ucapan ringkas.Beliau turut menjelaskan objektif jalinan kolaborasi antara PPZ-MWAIP dengan Omar dan Hana adalah untuk memberikan kesedaran serta mendidik kanak-kanak dan juga ibu bapa tentang kewajipan berzakat

Apatah lagi, kewajipan menunaikan zakat itu bukan hanya tertakluk kepada orang dewasa sahaja.Malahan kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam menunaikan zakat andaikata menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab.Namun, zakat kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa.Majlis Pelancaran Lagu "Mudahnya Berzakat" telah disempurnakan oleh 
Encik Azhan Ismail Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP 
Majlis pelancaran tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna. Sebelum itu, hadirin dihiburkan dengan penampilan dan persembahan dua lagu “Assalamualaikum” dan “Alhamdulillah” oleh maskot Omar & Hana serta Ustaz Amil yang cukup menghiburkan.

Bayaran Zakat Kini Lebih Mudah!

Melalui aplikasi MyZakat membayar zakat menjadi lebih mudah. Melalui aplikasi ini kita oleh bayar dan kira, bayar dan semak penyata zakat.

Membayar zakat secara online merupakan salah satu pilihan yang bijak. Senang sangat-sangat.Lagipun kalkulator zakat benar-benar memudahkan pengiraaan. So, kita tak perlu bimbang nak kira jumlah zakat yang perlu dibayar.

Yang belum download aplikasi MyZakat sila buat sekarang okay, di Google Play Store atau Apple Store. Segalanya urusan zakat kini tak ada masalah lagi, semuanya di hujung jari sahaja!

Sungguhpun begitu, jika tidak selesa membuat pembayaran zakat atas talian, masih boleh juga menunaikan zakat di PPZ-MAIWP
  Dengan berzakat kehidupan kita, rezeki kita bertambah berkat!
Berikut Perkhidmatan dan Saluran Bayaran PPZ-MAIWP

· 10 Kuanter PPZ-MAIWP

- Isnin – Jumaat: 8.15 pagi-4.45 petang

- Sabtu: 8.15 pagi-12.45 tengahari (ditutup pada minggu pertama dan ketiga hari Sabtu dan Ahad)

· Skim Potongan Zakat Bulanan

- Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui ptg.zakat.com.my

- PPZ-MAIWP sedang mengadakan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini layari www.zakat.com.my

· Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

- Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my

· Perkhidmatan Door to Door

- Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757

- Waktu operasi dari 9.00 pagi-5.00 petang.

· Saluran Bayaran Online

Portal Rasmi PPZ-MAIWP

- Zakat Harta – zakat.com.my

- Aplikasi MyZakat – muat turun di Google Play Store atau Apple Store

Ejen Kutipan Zakat

- Perbankan internet (15 bank)
- E-wallet
* Boost
* Shopee
* GoPayz





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2022/06/kolaborasi-menarik-ppz-maiwp-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Lagu Dan Video Mudahnya Berzakat Kolaborasi Omar Dan Hana Bersama Ppz Maiwp

Pelancaran Lagu Dan Video Mudahnya Berzakat Kolaborasi Omar Dan Hana Bersama Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 537 hits
Hi Korang Siapa tak kenal dengan Omar dan Hana 2 karektor kartun Omar dan Hana dua anak kecil yang comel dengan keletahnya bijak dan suka bertanya kini mendapat tempat di hati anak anak sekali dan kini kartun animasi Omar dan Hana telah ber...
Lagu Mudahnya Berzakat Omar Hana Didik Anak Anak Kewajipan Berzakat

Lagu Mudahnya Berzakat Omar Hana Didik Anak Anak Kewajipan Berzakat

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 595 hits
hai assalammualaikumLagu Mudahnya Berzakat Omar Hana Didik Anak Anak Tentang Kewajipan Berzakat Baru baru ini lagu baru Omar Hana Mudahnya Berzakat telah dilancarkan hasil kerjasama PPZ MAIWP dengan Digital Durian Meriah waktu pelancaran de...
Lirik Lagu Dear Love Prilly Latuconsina

Lirik Lagu Dear Love Prilly Latuconsina

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 279 hits
Dear love dear my home We always forget where do we put our phone Doing things we ve never done before And things you have always wished for
Taeyeon Dedah Sm Entertainment Menentang Untuk Keluarkan Lagu Ini Pada Awalnya

Taeyeon Dedah Sm Entertainment Menentang Untuk Keluarkan Lagu Ini Pada Awalnya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 216 hits
Tae yeon GIRLS GENERATION sememangnya dikenali sebagai penyanyi dengan vokalnya yang hebat dalam industri muzik Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Tae yeon telah berkongsi kisah di sebalik album penuh ke 3 INVU dan mendedahkan bahawa S...
Ni Kalau Nyanyi Sambil Berdiri Boleh Tersedak Dato Awie Pakcik Rilek Nyanyi Lagu Nada Tinggi Sambil Duduk

Ni Kalau Nyanyi Sambil Berdiri Boleh Tersedak Dato Awie Pakcik Rilek Nyanyi Lagu Nada Tinggi Sambil Duduk

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 223 hits
Nyanyian yang mantap merupakan satu kelebihan yang diberi pinjam daripada Yang Maha Kaya Suara merdu yang mendayu dayu membuatkan seseorang itu mampu membawa lagu dengan baik Namun tidak ramai orang yang memiliki kelebihan seperti itu lebih...
6 Alasan Lagu Glimpse Of Us Dibenci Warga Dunia Maya Bikin Overthinking

6 Alasan Lagu Glimpse Of Us Dibenci Warga Dunia Maya Bikin Overthinking

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 143 hits
Gara gara lagu ini semua kenangan tentang mantan tiba tiba muncul tanpa diundang
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025