Ko Ingat Kau Cantik Netizen Minta Guru Jaga Imej Profesion
Video yang tersebar luas di TikTok, menceritakan tingkah laku seorang guru wanita yang membebel dengan muridnya kerana bermain dengan kain yang dipenuhi dengan cecair kuman
Menurut guru tersebut, muridnya melanggar arahannya, maka dia harus menjatuhkan denda kepada murid itu, seperti berdiri di dalam kelas.
"Cikgu dah bagitahu 180 juta kali jangan main kain tuala tu dekat atas kepala, muka dan mulut. Hampa tau tak cikgu letak hand sanitizer dekat tuala tu supaya tak nak ada kuman. Hampa semua boleh pula main letak dekat muka dan mulut."
Menerusi video tersebut, guru wanita berkenaan dipercayai ‘marah’ dan memberi nasihat kepada anak muridnya agar tidak bermain dengan tuala yang mengandungi hand sanitizer.
Ini kerana, guru wanita tersebut tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap anak muridnya. Sepanjang video tersebut juga, guru berkenaan telah membebel terhadap murid berkenaan.
Susulan daripada video berkenaan, seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan meluahkan pandangannya mengenai tindakan guru tersebut apabila merakam situasi berkenaan semasa berada di dalam kelas.
"Cikgu-cikgu. Tolonglah berhenti rakam diri sendiri sambil membebel kepada murid-murid. Dengan suara yang ‘annoying’, lepas tu buat-buat gedik, sangat-sangat memalukan. Tak sesuai diamalkan. Tak salah nak membebel, tapi tak perlu rekod. Buat apa nak tunjuk satu dunia? Nak tunjuk yang cikgu-cikgu ni takde kerja asyik nak membebel je ke? Kalau guna Tiktok buat kandungan mengajar masih boleh diterima. Masih ada manfaatnya. Mohonlah jangan menambahkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap profesion keguruan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."
Jelas Ridzuan, sebagai seorang guru, wanita tersebut tidak salah sekiranya mahu membebel kepada pelajarnya namun, tidak perlu merakam video diri sendiri. Ini kerana, video tersebut didakwa bakal mengundang kontroversi di mana guru-guru di negara ini seolah tidak mempunyai kerja dan hanya asyik membebel sahaja.
Ridzuan juga berharap para guru menggunakan medium TikTok sebaik-baiknya dan tidak menambah persepsi negatif masyarakat terhadap bidang perguruan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://u-ohgosip.blogspot.com/2021/03/ko-ingat-kau-cantik-netizen-minta-guru.html