Km Degil Bina Hotel Atas B Bendera Cap Sam Bimbang



SM Mohamed Idris. Presiden CAP &SAM

PERATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bimbang dengan cadangan pembinaan dua buah hotel di atas Bukit Bendera yang akan bertentangan dengan Pelan Kawasan Khas (SAP) bagi Bukit Bendera dan mendedahkan risiko serius terhadap kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah bukan hanya kepada bukit itu sahaja tetapi juga kesannya kepada bahagian di bawahnya.Menurut laporan akhbar, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata salah sebuah hotel itu akan dibina di belakang banglo Convalescent, manakala sebuah lagi akan dibina sepanjang cerun berdekatan kafe di Laluan Kuli.Ketua Menteri mendakwa hotel itu akan dibina menurut garis panduan SAP.Bagaimanapun, kami amat terkejut apabila membaca laporan bahawa Ketua Menteri berkata salah sebuah hotel itu akan dibina setinggi lima tingkat dengan 200 bilik yang terletak di belakang banglo Convalescent, ia akan mula dibina pada tahun depan dan “akan dibina lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan dalam SAP”, menurut Ketua Menteri.Bagaimana kerajaan negeri boleh membenarkan pencabulan ke atas SAP yang bertentangan dengan undang-undang, memandangkan SAP mempunyai kuatkuasa undang-undang?Menurut Ketua Menteri, rancangan bagi pembinaan hotel itu ditangguhkan memandangkan kawasan pembinaan melibatkan rizab hutan dan ia perlu ditangani. Hotel kedua dilaporkan pada peringkat perancangan.Sementara Ketua Menteri berkata bahawa aspek keselamatan dan tanah runtuh yang berlaku di kawasan Bukit Bendera akan diambil kira, kami terkejut bahawa hotel itu akan dibina walaupun insiden lebih 200 tanah runtuh yang berlaku di Bukit Bendera itu sendiri pada tahun lepas. Terdapat juga tanah runtuh di luar kawasan Bukit Bendera.Lebih-lebih lagi, tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus pada bulan lepas dan tanah runtuh Granito di kawasan Tanjung Bungah pada tahun lepas jelas mendedahkan ketidakcekapan pihak berkuasa di peringkat negeri dan tempatan dalam berurusan dengan pembangunan di lereng bukit. Terdapat kekurangan kemampuan yang jelas di pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk mengawasi dan memantau pembangunan di atas bukit dan lereng bukit. Terdapat juga tidakmampuan pemaju dan kontraktor projek di kawasan dua tragedi tanah runtuh dalam menjalankan kerja mereka dengan sempurna, jika tidak tragedi ini tidak akan berlaku.SAP mengakui Bukit Bendera merupakan kawasan alam sekitar sensitif dengan ciri-ciri istimewa, dan berdasarkan fakta ini, kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan dalam membaikpulih kawasan yang terjejas oleh tanah runtuh di Bukit Bendera, memulihkan kawasan yang terjejas dan mengambil semua langkah untuk melindungi Bukit, bukannya membenarkan lebih banyak pembangunan hotel di kawasan alam sekitar yang mudah terjejas itu.Jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan tidak belajar daripada tragedi tanah runtuh baru-baru ini yang melibatkan kehilangan 20 nyawa, dengan kesan kemusnahan kepada alam sekitar di persekitarannya.CAP dan SAM menggesa Ketua Menteri untuk tidak meneruskan dengan pembinaan dan rancangan bagi dua hotel di Bukit Bendera memandangkan ia merupakan kawasan yang amat sensitif serta mudah terdedah kepada kejadian tanah runtuh. Ini adalah pendekatan berhemah memandangkan alam semula jadi telah pun memberikan pengajaran kepada Kerajaan Negeri. Jangan lagi membuat kesilapan yang akan mengorbankan nyawa dan menjejaskan alam sekitar.Sementara itu, Ketua Menteri juga perlu mendedahkan kepada umum rancangan dan cadangan dua hotel itu dan sebarang aktiviti komersial lain yang dirancang untuk Bukit Bendera supaya orang ramai boleh memberikan pandangan berhubung rancangan ini. Bukit Bendera merupakan bahagian yang paling berharga daripada warisan dan tarikan Pulau Pinang sebagai Pulau Mutiara, dan ia tidak seharusnya dikorbankan bagi tujuan kepentingan komersial yang sempit. –HARAKAHDAILY 9/11/2018
Penulis ialah Presiden CAP dan SAM.Komen Weblog Ibnu Hasyim: KM Pulau Pinang tetap degil?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/km-degil-bina-hotel-atas-bbendera-cap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Aman Dijangka Didakwa Atas Tuduhan Rasuah Petang Ini

Musa Aman Dijangka Didakwa Atas Tuduhan Rasuah Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 381 hits
PUTRAJAYA Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijangka menghadapi 35 tuduhan rasuah ketika dibawa ke mahkamah pada Isnin Beliau dijangka akan didakwa berhubung dengan beberapa kes yang melibatkan konsesi balak di Sabah Loading Anggo...
Sarawak Akan Kenakan Cukai Jualan 5 Ke Atas Produk Minyak

Sarawak Akan Kenakan Cukai Jualan 5 Ke Atas Produk Minyak

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 312 hits
Sarawak akan kenakan cukai jualan 5 ke atas produk minyak nbsp Dikemas kini 57 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 5 No
Pakaian Cuaca Sejuk Untuk Anak Anak 2 Tahun Ke Atas

Pakaian Cuaca Sejuk Untuk Anak Anak 2 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 357 hits
Biasanya begini yang anak anak kami pakai pabila melancong ke luar negara sejak tahun 2015 hingga kini Hannah dan pakaiannya P s Ada banyak cara sebenarnya tapi yang ini biasa kami buat Kami pula sebenarnya bukan lah jenis tahan sejuk Kalau...
Yusril Ungkap Peran Erick Thohir Atas Keputusannya Jadi Pengacara Jokowi Ma Ruf

Yusril Ungkap Peran Erick Thohir Atas Keputusannya Jadi Pengacara Jokowi Ma Ruf

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 232 hits
Yusril berkata Erick telah berdiskusi sejak lama menawarkan posisi sebagai kuasa hukum Menteri kehakiman era Gus Dur itu pun mengiyakan dalam pertemuan di Hotel Mulia
Dari Atas Kri Banda Aceh Air Mata Dan Doa Keluarga Untuk Korban Lion Air Jatuh

Dari Atas Kri Banda Aceh Air Mata Dan Doa Keluarga Untuk Korban Lion Air Jatuh

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 274 hits
KRI Banda Aceh memutar dua kali di lokasi jatuhnya pesawat Usai itu kapal berhenti beberapa menit untuk mempersilakan keluarga melakukan tabur bunga
Turki Sifatkan Sekatan As Ke Atas Iran Sebagai Berbahaya Tidak Adil

Turki Sifatkan Sekatan As Ke Atas Iran Sebagai Berbahaya Tidak Adil

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 200 hits
Turki sifatkan sekatan AS ke atas Iran sebagai berbahaya tidak adil Dikemas kini 1 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 6
Lagu Karna Su Sayang Viral Di Indonesia Pria Asal Malaysia Justru Klaim Lisensi Atas Nama Dirinya

Lagu Karna Su Sayang Viral Di Indonesia Pria Asal Malaysia Justru Klaim Lisensi Atas Nama Dirinya

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 313 hits
Musisi sekaliber Saykoji aja nolak perform live di televisi karena rapper aslinya ada Ini malah bukan siapa siapa tapi main klaim lisensi aja
Subhanallah Kalimah Allah Bercahaya Atas Bumbung Tokong

Subhanallah Kalimah Allah Bercahaya Atas Bumbung Tokong

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 610 hits
Kebesaran Allah sering kali diperlihatkan untuk membuktikan kebesaranNya Tokong berusia lebih 100 tahun bumbungnya didakwa bercahaya bentuk kalimah ALLAH jadi perhatian lebih 200 penduduk tempatan gara gara gambarnya tersebar di laman sosia...
Solat Di Atas Kapal Terbang Hukum Dan Caranya

Solat Di Atas Kapal Terbang Hukum Dan Caranya

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 767 hits
MUKADIMAH Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu Akan tetapi ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya