Klinik Swasta Diserbu Beri Ivermectin Belum Dilulus Untuk Cegah Covid 19


 
Kementerian Kesihatan belum meluluskan penggunaan Ivermectin untuk mencegah atau merawat Covid-19. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Seorang doktor mengesahkan klinik swastanya diserbu Kementerian Kesihatan semalam kerana membekalkan ubat antiparasit, Ivermectin kepada orang awam bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Pada 16 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, KKM belum meluluskan penggunaan ubat Ivermectin untuk mencegah atau merawat Covid-19 kerana tiada kajian saintifik untuk membuktikan keberkesanannya.
Dr Amir Farid Isahak mengesahkan kliniknya di Kuala Lumpur diserbu pihak berkuasa, namun enggan mengulas lanjut atas nasihat peguamnya.
“Kenyataan itu memang saya buat, tetapi peguam saya sudah nasihatkan supaya tidak buat sebarang kenyataan ketika ini,” katanya kepada FMT.
Dalam kenyataan semalam, beliau menjelaskan kadar vaksinasi terlalu perlahan menyebabkan beliau selaku doktor kesihatan awam membuat keputusan untuk menggunakan ubat berkenaan kerana ia terbukti selamat.
“Saya terima 58 kajian saintifik yang dijalankan setakat ini menunjukkan keberkesanannya mengurangkan jangkitan dan kesan yang teruk akibat Covid-19.
“Oleh itu, saya bertindak menurut apa yang saya percaya, dan berusaha menyelamatkan nyawa,” katanya yang sedar keputusannya itu salah dan akan sampai ke pengetahuan KKM.
Bagaimanapun, beliau berkata menyelamatkan nyawa manusia adalah keutamaan ketika ini berbanding takut kepada tindakan undang-undang.
“Saya sedia untuk berdepan akibatnya,” katanya.
FMT sedang mendapatkan respons Noor Hisham mengenai perkara berkenaan.
Awal Jun lalu, KKM bersama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan serta keberkesanan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan.
Noor Hisham dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.
Penggunaan “off-label” Ivermectin meraih perhatian masyarakat antarabangsa susulan beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik dalam merawat Covid-19.
Bagaimanapun, FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaannya dalam ujian klinikal, dengan pesakit perlu dipantau doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanannya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/klinik-swasta-diserbu-beri-ivermectin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dokter Belum Rekomendasikan Penggunaan Ivermectin Untuk Covid 19

Dokter Belum Rekomendasikan Penggunaan Ivermectin Untuk Covid 19

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 255 hits
Menurut Ketua Departemen Pulmonologi dan Kedokteran Respirasi FKUI RS Persahabatan ini sejumlah rumah sakit di Indonesia memang tengah melakukan uji klinik Ivermectin untuk Covid 19 Namun uji kliniknya belum menunjukkan hasil
Klinik Makmal Swasta Kenakan Caj Tinggi Ujian Saringan Covid 19

Klinik Makmal Swasta Kenakan Caj Tinggi Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 364 hits
Oleh KUALA LUMPUR Ada klinik dan makmal swasta sekitar Lembah Klang dikesan mengenakan caj yang tinggi untuk saringan COVID 19 menerusi ujian persampelan air liur atau deep throat saliva Tinjauan BH di beberapa klinik dan makmal swasta mend...
5731 Mgnews Segerakan Penggunaan Ivermectin Untuk Cegah Jangkitan Covid 19 Ngo Malaysia Gazette Tv 21 06 2021

5731 Mgnews Segerakan Penggunaan Ivermectin Untuk Cegah Jangkitan Covid 19 Ngo Malaysia Gazette Tv 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 366 hits
Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darurat untuk membenarkan penggunaan ubat Ivermectin bagi meningkatkan imuniti badan dalam usaha menghalang jangkitan Covid 19 Sumber Malaysia G...
5729 Maecc Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Penggunaan Ivermectin Untuk Rawat Covid 19 Bernama 21 06 2021

5729 Maecc Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Penggunaan Ivermectin Untuk Rawat Covid 19 Bernama 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR 21 Jun Sekumpulan enam badan bukan kerajaan berkaitan perubatan dan pengguna menggesa kerajaan agar menyegerakan kelulusan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID 19 di Malaysia Kumpulan itu yang membuat gesaan di bawa...
Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19

Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 265 hits
Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid 19 Benarkan penggunaan Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid 19 Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darura...
5730 Benarkan Penggunaan Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19 Malaysia Gazette 21 06 2021

5730 Benarkan Penggunaan Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19 Malaysia Gazette 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 511 hits
KUALA LUMPUR Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darurat untuk membenarkan penggunaan ubat Ivermectin bagi meningkatkan imuniti badan dalam usaha menghalang jangkitan Covid 19 Sala...
5732 Maecc Calls For Ivermectin Approval Claims Powerful Benefits In Covid Treatment The Edge 21 06 2021

5732 Maecc Calls For Ivermectin Approval Claims Powerful Benefits In Covid Treatment The Edge 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 502 hits
KUALA LUMPUR A group of six medical and consumer related non governmental organisations has urged the government to immediately approve the use of Ivermectin to treat Covid 19 patients in Malaysia The group known as Malaysian Alliance for E...
5721 Adapt And Be Agile Consider Using Ivermectin To Treat Covid 19 Patients Focus Malaysia 17 06 2021

5721 Adapt And Be Agile Consider Using Ivermectin To Treat Covid 19 Patients Focus Malaysia 17 06 2021

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 397 hits
THE Government should learn to adapt and find new strategies to contain COVID 19 following Istana Negara s advise for the authorities to emulate measures undertaken in other countries Reading between the lines it s obvious that Their Highne...
Ahli Cara Terbaik Cegah Penularan Covid 19 Dengan Hindari Kerumunan Dan Vaksinasi

Ahli Cara Terbaik Cegah Penularan Covid 19 Dengan Hindari Kerumunan Dan Vaksinasi

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 413 hits
Vaksin COVID 19 menurut Prof Kusnandi dinilai sudah efektif dalam memberikan tingkat perlindungan yang diperlukan
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked