Klinik Gigi Hayani Pekan Nanas
Semalam Mama Yan pergi ke klinik Pergigian Hayani yang terletak di Pusat Perdagangan Pekan Nanas,Kawasan ni kawasan yang baru dibuka sekitar tahun lepas kalau tak silap.kurang crowded sebab kawasan ni dibina dengan terancang dan mengikut undang undang terkini,Jalan dan petak letak keretanya mengikut piawaian.Takla macam kat kawasan sekitar Jalan Sawah tu.Tak berani nak pergi sendiri.Lori besar besar lalu, jalan sempit,parking sempit...
MY datang sini semalam sebab nak cuci gigi atau nama lainnya scaling.tak ingat dah bila last scaling gigi.Dah lama sangat rasanya.Kalau tak silap sekitar tahun 2013 atau 2014.Masa tu buat kat klinik gigi kerajaan di Taman Universiti.
sementara menunggu giliran,selfie adalah aktiviti wajib.Ha... beginilah rupa tanpa filter ya.MY tak pakai make up atau pun bedak jika nak menerima rawatan.
Klinik ni doktornya wanita muslimah.Kita pun takde la rasa segan silu nak tersandar kat kerusi cabut gigi tu.Nak nganga luas sampai telinga pun tak de hal..
Alhamdulillah,scaling kali ni tak sakit sepertimana yang pernah dilalui dahulu.Dulu kalau scaling kemain sakit dan ngilu.Tapi masa buat semalam tak sakit pun.Ada la sekali dua part yang ngilu sebab karang gigi tu berada dalam poket gusi.Susah sikit nak buangkanJadi lepas ni,MY dah tahu la nak pergi klinik gigi mana lepas ni.Sebenarnya dulu dulu,MY sangat segan nak minta bergambar..Tapi sekarang...redah aje lahh...Sebab dah jadi kebiasaan orang ambil gambar untuk dimuatkan dalam media sosial.
ni pintu masuk klinik pergigian Hayani ya.Klinik ni buka dari hari Ahad hingga Jumaat,dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.Hari Sabtu cuti ya. Tutup waktu rehat pukul 1.00 petang hingga 2.30 petang okay.
Dr. Norhayani binti ZainalDDS (USM) Dental SurgeonNo. 2 GF, Jalan Permata 2,Pusat Perdagangan Pekan Nanas,81500 Pontian,JOHOR
Tel: 019 271 1067bolec call untuk temujanji rawatan.
View this post on Instagram A post shared by Hayani Dental Pekan Nenas (@hayani.dental)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/10/klinik-gigi-hayani-pekan-nanas.html