Rumah MY ni kerap betul burung salah landing.Baru kelmarin burung punai buah jatuh, landing betul betul depan mata kucing.Terus kami tangkap burungnya sebelum kena ngap dengan kucing.Rehatkan sebentar dalam sangkar kucing,Sebab mula mula macam tak boleh terbang semula.Beberapa jam selepas berehat, macam dah segar sikit,Adik Mijan pula pergi buka sangkarnya...terus dia terbang.singgah atas lampu kejap.kemudian selamat meneruskan perjalanan.Mama Yan tak suka bela burung, jadi kalau jumpa burung2 jatuh..rehatkan kejap sampai sihat, kemudian lepaskan semula.Bukan apa...takut kucing MY dapat,memang arwah la burung tu
Dah tak jadi pergi temujanji untuk review result mammogram,Kami bawa mak ke Klinik Pergigian Hayani Pekan Nanas.Gigi mak dah banyak yang tinggal tunggul tajam.Sebelum ni nak pergi cabut, tapi takut sakit.Lagipun klinik gigi jauh dari rumah.Malas nak susahkan anak anak kat sana.Lepas tu,ada sekali tu dia pergi klinik kerajaan,"Yang pereksa giginya tu doktor cino, lanang, wes tuek.""Ohh..kalau muda, hensem takpe juga mak ye...""tidaklah.. Tapi mak tak selesa"jenuh MY tergelak... Ye MY faham perasaan tu.Memang tak selesa.Lepas selesai cabut gigi,Terus hantar mak mentua MY balik Segamat.Masa dalam kereta,MY dan suami tanya tanya juga,Tanya sakit tak? Nak makan ubat tahan sakit tak?Mak kata tak sakit pun...Yelah... biusnya masih ada... memanglah tak sakit.Lagipun cabut biasa aje.Tak perlukan pembedahan.Nanti kalau yang ni dah lega...Lepas tu datang lagi untuk temujanji HSASuami MY kata nak bawa mak lagi ke klinik gigi ni.Nak cabut lagi sebelah.Nanti boleh buat gigi palsu je terus.
Sempat juga la suami menebang beberapa tandan pisang untuk dibawa pulang ke kampung.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |