Klfw 2019 Dan Dua Kisah Ringkas
2019, sekali lagi dapat jemputan kl fashion week atas dasar menang contest bersama penganjurnya nuffnang. huhu. tahun ni luck tak berapa nak rasa luck. tahun lepas duduk di bawah designer rizalman, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. manakala tahun ni aku datang klfw di bawah designer yang bernama seza zulkeple. korang mungkin boleh google untuk lebih tahu.
KLFW2019klfw 2019 yang diadakan di pavilion seperti selalu berjalan dengan baik. untuk sesi yang aku hadiri, tak ramai sangat artis. oh btw, koleksi daripada seza zulkeple ialah batik. dimana corak batik tersebut ada di kotex. koleksi seza zulkeple berkolabrasi bersama kotex barangkali. aku tak pasti. sepanjang peragaan, aku yakin ramai yang memuji.
partner klfw 2019,, tasya
fesyen yang ditonjolkan bersama corak batik tidak keterlaluan dan just nice. ada beberapa design yang menarik minat aku dan tasya. boleh rujuk video pendek dibawah dalam mempromosikan kotex yang limited ini.
View this post on Instagram
A post shared by Kotex Malaysia (@kotexmy) on Aug 8, 2019 at 2:31am PDT
dua tiket yang dimenangi adalah tiket aku dan satu lagi kepunyaan tasya. tasya satu - satunya manusia yang paling rajin layan karenah aku sebab dia masih belum kerja. dia masih ada banyak masa untuk menemani aku ke mana - mana. aku dan tasya bertemu di klcc dan sama - sama menaiki bas ke pavilion.
sepanjang perjalanan kami dipenuhi dengan gosip murahan tentang hidup masing masing. bermula dari kitkat, kucing, ayam macd 3x spicy sehinggalah bab percintaan yang tak pernah habis. sampai ke malam kami bergosip tak sudah. maklumlah, boleh dikatakan dah berapa bulan tak jumpa. kami kekurangan wang. huhu
di klfw, aku bertemu farah dafri dan kak cici. keduanya memang dah lama tak jumpa. aku okwed nak berbual. jadinya, aku cuma bersalaman berselfie dan buat hal masing - masing. boleh dikatakan, cukup lama aku tak turun event. semakin suam - suam kuku, kesian aku. tak ada yang sudi nak menjemput. kebanyakkan jemputan adalah hari biasa. sedangkan hari biasa, aku punya komitmen bersama kerja hakiki yang memberi aku gaji tetap.
aku harap, walaupun aku kelihatan 'sombong' berjumpa kalian, aku masih kawan kawan korang. heeee. sebab aku pemalu. serius. aku memang dah lama tak turun event dan berjumpa dengan blogger. aku kelihatan janggal. sesi aku dijangka habis pada jam 3petang dan ternyata habisnya lebih awal dari jangkaan.
aku yang kelaparan, mengajak tasya untuk makan tengahari. aku masih belum bersarapan lagi sejak pagi. laparnya tak terbendung. betul - betul buat aku rasa nak pengsan.
tak lupa juga, terima kakak noi yang sudi pinjamkan baju bertema batik. konon - konon nak ikut tema. heee.
Dua Kisah Ringkas'Celebrate' Kelahiran Tasya disebabkan dah lama tak jumpa dan kebetulan semalam adalah hari kelahiran tasya. aku ambil keputusan untuk stay lama di kuala lumpur menyambut ala kadar. maaf tasya, hari lahir kau jatuh pada hari aku kehabisan duit. tak ada hadiah, tak ada ucapan panjang, tak ada kejutan. cuma ada aku dan sepotong kek secret recipe aku bekalkan buat kau bawa pulang.
aku tahu, sambutannya tak meriah. tapi aku nak kau tahu, kejutan hari jadi yang besar tak kan mampu memanjangkan persahabatan kita dan takkan mampu menambah kepercayaan dalam hubungan ini. terima kasih untuk kali ini, kau masih tetap tinggal dengan aku.
buat tasya, semoga kelahiran tahun ini lebih baik dari tahun - tahun sebelumnya. semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia lanjut untuk kita sama - sama tua melewati hidup. terima kasih sudi terima aku jadi bagian hidup kau. terima kasih sebab waktu orang pandang hina dekat aku, kau masih tak berganjak tetap dengan aku. terima kasih atas sudi menerima kekurangan diri ini. aku doakan kau cepat dapat kerja dan dipermudahkan hidup.
akhir kalam, aku sayang kau dengan sesungguhnya. semoga kita terus kawan bertahun - tahun lagi.
loveyou beby <3
aku dan tasya habiskan waktu malam kami di tapak. makan malam. aku tak makan. simpan ruang perut untuk makan malam bersama orang lain pula.
Meratap Janjiramai kenal aku, aku ni jenis pelupa. tapi tuhan kurniakan aku ingatan pada janji - janji manusia. selepas pulang berjumpa tasya, aku ber whatsappp bersama seseorang. perut kosong yang menemani aku sepanjang pulang dalam keretapi, dan penat yang mengiringi telah membawa aku ke perbualan pendek bersama seseorang.
"ada mana?"
"ada dekat rumah."
"jom jumpa, teman makan. nak borak - borak."
"okay. tapi nak mandi sekejap."
"okay."
.
.
.
"nanti nak bawa abang tau."
"tak payah. kita dua je. kalau ada orang lain tak berborak."
"dia tak dengar la kalau kita borak."
"takpelah, takpayah jumpa. lainkali je jumpa."
..
duduk satu kereta, mustahil ada yang pekak telinga tak boleh dengar perbualan kami. huh
perjalanan dari rumah 'seseorang' itu ke ktm sekejap je kalau ikutkan, sebab dekat. tapi itulah, dia memang selalu culas dengan masa. masa bukan emas dan tak berkepentingan dalam hidup dia barangkali. asal sampai, asal siap, sudahlah. siapa peduli tentang masa? lama - lama ditinggal juga kebelakang dan tak mungkin boleh berulang
lama juga aku tunggu. sunyi. hanya tinggal dua tiga orang yang berganti - ganti di stesen tersebut.
tak lama kemudian, aku menerima panggilan telefon.
"ada dekat mana."
"ktm. datang sorang ke dua orang?"
"dua orang."
"taknak la. malu."
"takpe jela."
"cakap la betul - betul. sorang ke dua orang."
"sorang sorang" (sambil menjaga hati orang sebelah
"takpela. dah naik ktm."
"tipu."
"ya betul. tadi tunggu lama sangat tak reply chat."
"tengah drive."
"oh. takpela. pergi lah balik. dah nak sampai rumah ni."
pap. talian dimatikan. dan talian internet juga dimatikan sehingga saat aku menulis entri ini, whatsapp aku masih belum diterima 'seseorang' itu.
lama aku tunggu dekat stesen. berharap yang dia datang jenguk aku. memastikan yang aku benar - benar sudah pulang. ternyata tidak. dia hilang dalam bayang kelam lampu kereta yang berbaki di hujung simpang. sempat aku 'tangkap' sewaktu berdiri memerhati kereta lalu lalang keluar masuk stesen. cis. sampai hati dia tinggalkan janji dan aku yang lapar dan sunyi disini.
setelah beberapa ketika whatsapp aku hanya menerima satu tick, aku membuat tempahan mycar. yang pertama tak guna. sendiri malas masuk sendiri malas cancel. malas nak mention nama. takut tercalar imej. aku tanya dua kali "boleh ambil tak?". "boleh ambil tak? kalau tak boleh awak cancelkan. nanti sy order yang baru. maaf menyusahkan.". mesej aku tak berbalas.
aku ambil keputusan untuk membuat tempahan baru. kadang - kadang bersyukur dengan sistem mycar yang tak berapa nak stabil ni. boleh buat carian banyak kali, meskipun tempahan sebelumnya masih belum di cancel. huhu.
lama aku tunggu. tak apa kata aku. malam - malam begini tempat sunyi, sabar sikit. dari terbiar tertidur situ, lagi lah. aku menangis dekat tangga mengenang nasib yang ditinggal janji dan sunyi. waktu itu, aku betul - betul kecewa dengan manusia yang kadang - kadang sikap dan perikemanusiaan manusia itu sendiri. di mana
akhirnya setelah menunggu lama, mycar aku sampai. waktu aku menaiki kereta tersebut, mata aku masih basah. dan suara aku masih lagi tak dapat dikawal. lama aku ambil nafas untuk kembalikan semula suara menjadi normal.
aku bersyukur, mycar pertama ditolak mentah. mycar kedua lebih perihatin membelah sunyi aku. sepanjang perjalanan kami berbual ringan tentang pekerjaan kami. orangnya masih muda. duduk di tahun kedua degree di uitm. asal dari kedah. membuat dua pekerjaan sambilan. iaitu mycar dan autogate.
aku tak tahu bagaimana cara mengiklankan perkhidmatan dan servis ini. dan aku tak tahu bagaimana cara untuk menghubungi beliau.
terima kasih buat muhammad zuhdi yang bernombor plat ake 3579 atas malam yang membelah sunyi dan sudi menerima tempahan perjalanan mycar yang dibuat oleh aku. semoga kau murah rezeki dan berjaya mendapatkan degree dengan sempurna.
aku tahu. aku pulang ke rumah dengan membawa hati yang koyak oleh janji dan manusia.
allah temukan kita dengan seseorang bukan saja - saja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2019/08/klfw-2019-dan-dua-kisah-ringkas.html