Kkm Sahkan Kes Coronavirus Pertama Di Malaysia


HARIZ MOHD & SHAKIRA BUANG



Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) yang pertama di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu itu diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa tiga pesakit itu mempunyai kaitan dengan bapa dan anak dari Wuhan, China, yang telah disahkan positif dengan virus itu di Singapura tiga hari lalu.

"Tiga kes positif adalah isteri lelaki berusia 66 tahun yang diuji positif di Singapura pada 22 Jan, dan dua cucu mereka berumur 11 dan 2 tahun.

"Mereka melancong dalam kumpulan 10 orang dari Wuhan, sebelum kedua-dua lelaki itu ditahan dan diuji positif di Singapura.

"Berikutan itu, lapan orang yang tidak menunjukan sebarang gejala telah dibebaskan oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) dan mereka datang ke Johor Bahru pada 23 Jan.

"Kami dimaklumkan oleh KKS dan segera menempatkan lapan individu itu, dan mengasingkan mereka untuk pemeriksaan," kata Dzulkefly kepada media.

Menurutnya, keputusan ujian lapan individu itu diperoleh lewat malam tadi, dan pihak berkuasa kesihatan telah membawa dua kanak-kanak itu dan nenek mereka ke Hospital Sungai Buloh untuk dimasukkan ke wad pengasingan.

Ibu kanak-kanak itu, yang berumur 36 tahun, telah disahkan positif tetapi turut dibawa ke hospital untuk menjaga anak-anaknya di bawah pengawasan ketat.
Dzulkefly berkata empat pelancong lain yang ujian mereka negatif adalah pasangan suami isteri dan dua anak mereka. Mereka telah meninggalkan negara ini pagi tadi untuk kembali ke China.

Sementara itu, ditanya sama ada KKM mempunyai data mengenai bilangan pelawat dari Wuhan yang berada di Malaysia atau jumlah individu yang telah melawat ibu kota wilayah Hubei itu baru-baru ini, menteri itu berkata mereka perlu berhubung dengan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata mereka bagaimanapun mempunyai data mengenai individu yang baru-baru ini melawat Wuhan yang mendapatkan rawatan di hospital dalam negara ini.

Menurut Dzulkefly, sejak 22 Jan, mereka telah menemui 11 suspek kes 2019-nCov di negara ini, tetapi 10 telah disahkan sebagai negatif.

Mereka adalah tujuh rakyat Malaysia yang baru-baru ini mengunjungi China, dua warga China dari Wuhan, dan seorang warga Jordan.

"Ujian yang keputusannya masih belum diperoleh melibatkan seorang rakyat Malaysia, yang baru-baru ini mengunjungi China.

"Dia kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Dzulkefly tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti individu yang disyaki dijangkiti virus berkenaan, namun berjanji akan mengemaskini maklumat kepada media dari semasa ke semasa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/kkm-sahkan-kes-coronavirus-pertama-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coronavirus Filipina Sahkan Kes Pertama Babitkan Wanita China

Coronavirus Filipina Sahkan Kes Pertama Babitkan Wanita China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 406 hits
Mangsa masuk hospital pada 25 Januari selepas batuk tak seriusMANILA Filipina pada Khamis mengesahkan kes pertama jangkitan novel koronavirus membabitkan seorang wanita China berusia 38 tahun lapor agensi berita Xinhua Perkara itu disahkan ...
Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 528 hits
Susulan pengesahan tiga warga China di Malaysia disahkan positif koronavirus rakyat Malaysia mula menyuarakan kebimbangan masing masing kerana mengesyaki tiga warga China itu telah berhubung secara langsung dengan warga tempatan dalam perja...
Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 540 hits
Semalam Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan Menurut CNA Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan Lelaki berusia 66 tahu...
Koronavirus Thailand Sahkan Kes Pertama Berjangkit Dari Manusia Ke Manusia

Koronavirus Thailand Sahkan Kes Pertama Berjangkit Dari Manusia Ke Manusia

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 330 hits
Wabak koronavirus yang kian tular di dunia ini tidak dapat dinafikan semakin membimbangkan Dengan jumlah kes serta angka kematian yang semakin meningkat wabak ini pastinya akan mencatatkan sebagai virus yang paling bahaya yang pernah dijang...
Koronavirus Sepanyol Sahkan Kes Pertama

Koronavirus Sepanyol Sahkan Kes Pertama

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 269 hits
Agensi Diterjemahkan oleh Lelaki berkenaan telah menjalani kuarantin di Pulau La Gomera di Canaries sebelum disahkan mengidap penyakit berjangkit itu SEPANYOL hari ini menjadi negara kelapan dari benua Eropah yang mempunyai pesakit positif ...
Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 550 hits
Sumber gambar dari detikNewsNampaknya penularan virus ini begitu cepat sekali dalam masa 24 jam Malaysia telah terima seorang lagi pesakit yang positif dengan virus ini Bukan Malaysia sahaja Singapura juga turut meningkat Namun setakat ini ...
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 681 hits
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini Dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki d...
Singapura Catat Kes Pertama Coronavirus 8 Rakyat China Dikuarantin Di Johor

Singapura Catat Kes Pertama Coronavirus 8 Rakyat China Dikuarantin Di Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 424 hits
Coronavirus semakin menggila Terkini dimaklum Singapura telah mencatat kes pertama di Wuhan Difahamkan pesakit yang dijangkiti itu adalah lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan Difahamkan dia dan keluarga telah menaiki penerbangan China...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 760 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar