Kkm Larang Jual Produk Coklat Jenama Slymchoco Atau Slymochoco


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 16, 2024 
Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penjualan dan penggunaan produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine iaitu sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan

KKM dalam kenyataan hari ini mengingatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk terbabit diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk berkenaan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

Di samping itu, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan itu.

"Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu menghentikan penggunaan produk terbabit serta-merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan.

"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang," menurut KKM.

Menurut kenyataan itu, label pada produk berkenaan juga didapati tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama sebutan sebenar produk dalam Bahasa Malaysia, tiada nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau pengedar atau empunya hak untuk mengilang atau pengimport. dan mempunyai akuan "premium", selain turut memaparkan label Skim Pensijilan GMP dan Skim Pensijilan MeSTI KKM palsu.

Sehubungan dengan itu, KKM memberitahu produk terbabit tidak boleh diiklankan untuk jualan dan tidak boleh dijual seperti dinyatakan di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kementerian memaklumkan berdasarkan data daripada satu kajian di peringkat antarabangsa dikenali sebagai "Sibutramine on Cardiovascular Outcome Study (SCOUT)", Sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan.

"Justeru, KKM memutuskan Sibutramine sebagai bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM.

"Antara kesan sampingan Sibutramine yang dilaporkan ialah gangguan fungsi sistem jantung seperti menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju walaupun dalam keadaan rehat.

"Selain kesan sampingan yang serius, terdapat juga kesan sampingan ringan seperti mulut kering, rasa mual, sembelit, sukar tidur, pening, senggugut dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, Sibutramine banyak disalah guna dalam produk makanan bagi memberikan kesan penurunan berat badan.

Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pemeriksaan berkala akan diteruskan bagi memastikan tiada penjualan produk makanan yang dicampur atau mengandungi bahan terlarang ini, menurut KKM.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan menegaskan bahawa status keselamatan produk-produk makanan di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti Sildenafil, Tadalafil, Sibutramine, Dexamethasone dan Prednisolone sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/kkm-larang-jual-produk-coklat-jenama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Perlu Move On Daripada Muafakat Nasional Atau Perpaduan Ummah Sudahlahhh

Pas Perlu Move On Daripada Muafakat Nasional Atau Perpaduan Ummah Sudahlahhh

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 324 hits
Punca sebenar kegagalan Muafakat Nasional berhubung kait dengan hubungan sulit UMNO bersama pimpinan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 dan bukannya Pas Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mendakwa perbualan telefon antara...
Majlis Peguam Mewakili Siapa Atau Syok Sendiri

Majlis Peguam Mewakili Siapa Atau Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 308 hits
Oleh Adam MalikSudah banyak pihak mula menyuarakan pendapat mereka berkenaan pendirian yang diambil oleh Majlis Peguam Sebenarnya ada juga pihak yang tidak setuju dengan pendirian MajPeg tetapi memilih untuk tidak melakukan serangan terhada...
Pakat Pakat Kena Faham La Islam Tak Pi Letak Apa Apa Pun Kat Tokong Atau Kuil

Pakat Pakat Kena Faham La Islam Tak Pi Letak Apa Apa Pun Kat Tokong Atau Kuil

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 231 hits
Adrian Lim Saya kurang faham dengan orang yang masih mempertahankan isu stokin dengan kalimah Allah Atau orang yg troll isu ini dan tuduh orang Islam oversensitive Let s put it this way Muslims don t understand why Indian Hindus put a red d...
Dari Kantin Ke Stokin Mencari Penawar Atau Sambal Belacan

Dari Kantin Ke Stokin Mencari Penawar Atau Sambal Belacan

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 201 hits
HarapandailyROZHAN OTHMANSekali lagi ada di kalangan umat Islam di Malaysia marah Kali ini kerana KK Mart telah menjual stokin yang terdapat perkataan Allah padanya Maka ada di kalangan mereka yang marah ini menyeru agar KK Mart dipulaukan ...
Siapa Kharijites Dan Fitnah Kerajaan Atau Pembangkang

Siapa Kharijites Dan Fitnah Kerajaan Atau Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 287 hits
Siapa Kharijites dan Fitnah Kerajaan atau Pembangkang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be abKKwXcwuCQ src in org https www youtube com embed abKKwXcwuCQ wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www you...
Hukum Shalat Di Mushola Lantai P9 Atau P10 Tower Zamzam Di Mekkah

Hukum Shalat Di Mushola Lantai P9 Atau P10 Tower Zamzam Di Mekkah

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 269 hits
Pertanyaan Di tower zamzam yang bersebelahan dengan Masjidil Haram pada lantai P9 dan P10 terdapat mushola atau tempat shalat yang dibuka untuk umum Sebagian orang shalat di sana namun bermakmum dengan imam Masjidil Haram karena memang towe...
Malaysia Punya Kelompok Islam Paling Kuat Lam Dunia Kelompok Menghukum Dakwah Berjalan Atau Tidak

Malaysia Punya Kelompok Islam Paling Kuat Lam Dunia Kelompok Menghukum Dakwah Berjalan Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 168 hits
Nik HasyudeenRamai mana musuh menjadi tokoh Islam selepas pembukaan kota MakkahSaya menjadikan peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan tahun ke 8 hijrah ini sebagai satu panduan berkenaan pemikiran strategik dan juga konsep ihsan yan...
Jadi Wajah Baru Jenama Terkenal Jisoo Blackpink Beri Petanda Akan Keluarkan Lagu Baru Tak Lama Lagi

Jadi Wajah Baru Jenama Terkenal Jisoo Blackpink Beri Petanda Akan Keluarkan Lagu Baru Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 400 hits
Ji soo BLACKPINK telah diumumkan sebagai wajah baru jenama fesyen United Kingdom Self Portrait ARTIKEL BERKAITAN Self Portrait menyatakan bahawa Ji soo merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi wajah baru mereka sekaligus menggelarka...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Tauhu Bergedil Sambal Kicap

Kenapa Seks Sangat Penting Dalam Rumahtangga

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Phil Robertson Duck Dynasty Patriarch And Outdoor Icon Dies At 79

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Kerja Nak Kutuk Je Tak Kena Kat Batang Hidung Depa Bolehlah Ramai Rupanya Kaum Lelaki Sokong Abang Wiring

Nora Danish Kembali Bersama Dengan Nedim

Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah