Malaysia Punya Kelompok Islam Paling Kuat Lam Dunia Kelompok Menghukum Dakwah Berjalan Atau Tidak




 Nik Hasyudeen


Ramai mana musuh menjadi tokoh Islam selepas pembukaan kota Makkah


Saya menjadikan peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan tahun ke 8 hijrah ini sebagai satu panduan berkenaan pemikiran strategik dan juga konsep ihsan yang ada dalam agama ini. Tentunya ada yang berpandangan berbeza tetapi peristiwa ini memandu saya di dalam kehidupan.


Apabila Quraisy menyerang sekutu umat Islam, Bani Khuza’ah, mereka telah melanggar perjanjian Hudaibiyah. Ini memberikan alasan bagi Rasulullah SAW bersama kira-kira 10,000 tentera Islam untuk menyerang Quraisy di Makkah.


Kita semua tentunya sudah arif akan peristiwa ini. Tidak ada peperangan yang berlaku dan umat Islam telah dapat menguasai Makkah tanpa pertumpahan darah.


Di dalam khutbah di hadapan Ka’abah, Rasulullah SAW telah mengampunkan masyarakat Quraisy yang selama ini menjadi musuh Islam. Ini merupakan satu kejutan kerana pihak Quraisy tahu mereka bukannya sekadar menghina Allah dan Islam tetapi telah memerangi umat Islam. Mereka sudah bersedia untuk dihukum kerana itulah amalan mereka di ketika jahiliyyah. Tak boleh kasi peluang kepada musuh.


Elok saya ingatkan bahawa sebelum pembukaan Makkah, pihak Quraisy telah, antara lain:


1. Menyiksa dan membunuh para sahabat yang awal seperti Sumayyah dan suaminya Yassir. Rasulullah SAW berada di kedudukan yang lemah dan hanya mampu menyuruh mereka bersabar dan menjanjikan mereka syurga


2. Menghina Rasulullah SAW seperti meletakkan perut unta di atas kepada baginda di ketika baginda bersolat


3. Membuat perjanjian yang berat sebelah sehingga ada orang Islam yang berjaya melepskan diri selepas perjanjian Hudaibiyah kena dihantar pulang ke Makkah walaupun dia merayu-rayu dengan penuh harapan


4. Berperang dengan umat Islam seperti di dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Berapa ramai orang Islam yang dibunuh Quraisy termasuk bapa saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Mutallib yang amat disayangi oleh Nabi


Misi Nabi ialah untuk menyebarkan iman dan menyelamatkan manusia dari api neraka. Iblis pula berusaha sebaliknya, mahu membawa seramai mungkin anak-anak Adam ke neraka. Peristiwa ini dan juga harapan Nabi agar zuriat orang-orang Taif yang mencederakan baginda untuk beriman di masa hadapan merupakan contoh pemikiran strategik dan kesetiaan kepada misi yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun.


Di dalam peperangan Uhud, pihak Quraisy dipecahkan kepada 3 ketumbukan yang masing-masing dipimpin oleh Khalid al Walid, Abu Suffian dan Ikrimah bin Abu Jahal. Di ketika Fathul Makkah ini, Khalid sudah beriman. Rasulullah SAW meraikan Abu Suffian sebagai pembesar Makkah dan mengisytiharkan sesiapa yang berlidung di rumah Abu Suffian akan selamat. Kita kena ingat isteri Abu Suffianlah yang menjadi tokoh konspirator yang mengulah Wasyi untuk membunuh Hamzah.


Pada awalnya Ikrimah menolak Islam dan melarikan diri dari Makkah. Dia telah dimasukkan ke dalam senarai yang jika kita guna istilah cowboy, “wanted, dead or alive”. Dipendekkan cerita, akhirnya dia memeluk Islam dan menjadi seorang sahabat Nabi yang hebat dan syahid di dalam peperangan Yarmuk di dalam satu episod yang amat menyayat hati.


Pemikiran strategik dan ihsan yang dipemirkan oleh Rasulullah SAW di dalam pembukaan Makkah kena menjadi tauladan kita semua. Di dalam kemenangan baginda beristighfar, bukannya marah-marah dan nak membalas dendam.


Misi menyebarkan iman dan membebaskan manusia dari api neraka ini sekarang diwarisi oleh kita. Jadi, kita kena berfikir panjang dan mempamirkan adab yang paling mulia untuk menarik orang lain kepada agama kita.


Tentunya kita pernah dengar “orang yang belum beriman tidak membaca Al Quran dan mentelaah hadis, mereka memerhatikan kita sebagai mewakili agama yang mulia ini”. Jadi, adalah setiap tindakan kita selari dengan misi Rasulullah dan perangai sebagai wakil agama?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/malaysia-punya-kelompok-islam-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuat Kuasa Undang Undang Menyeluruh Pertahan Akidah Rakyat Malaysia Beragama Islam

Kuat Kuasa Undang Undang Menyeluruh Pertahan Akidah Rakyat Malaysia Beragama Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 228 hits
Dalam bab beragama saya lihat hanya ada 2 pendekatan utama dalam menentukan kebebasan manusia terhadap memilih agama atau kepercayaan mereka sila betulkan jika saya salah Pertamanya adalah sekular Ini pendekatan yang ramai tahu banyak negar...
Seronoknya Makan Di Taco Bell Malaysia Banyak Menu Sihat Sedap Paling Penting Mesra Poket

Seronoknya Makan Di Taco Bell Malaysia Banyak Menu Sihat Sedap Paling Penting Mesra Poket

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 126 hits
Sejak April 2022 Taco Bell Malaysia telah menyediakan pelbagai menu yang diinspirasikan dari negara Mexico dengan perisa yang membuka selera dan menyelerakan Dengan 28 cawangan yang bermula dari Lembah Klang Pulau Pinang Nilai dan Melaka Ta...
10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2024 Menurut Planmalaysia

10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2024 Menurut Planmalaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 287 hits
Cameron Highlands Pahang diiktiraf sebagai 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun ini Turut tersenarai adalah sebagai bandar paling bahagia adalahJeli KelantanJerantut PahangKuala Terengganu TerengganuLenggong PerakBandaraya Melaka...
Foto Keunikan Dakwah Keliling Oleh Ustaz Yahya Ajarkan Anak Anak Usia Dini Pendidikan Islam Dengan Kostum Badut

Foto Keunikan Dakwah Keliling Oleh Ustaz Yahya Ajarkan Anak Anak Usia Dini Pendidikan Islam Dengan Kostum Badut

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 169 hits
Selain mengajarkan pendidikan Islam ustaz Yahya juga membagikan sejumlah cerita kisah Nabi dan Rasul kepada anak anak
Anak Anak Tak Suka Makan Mi Kuning Rasa Kapur Kuat Ini Cara Paling Berkesan Hilangkannya

Anak Anak Tak Suka Makan Mi Kuning Rasa Kapur Kuat Ini Cara Paling Berkesan Hilangkannya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 262 hits
Masalah terbesar ketika menyediakan sepinggan mi goreng kepada anak anak adalah rasa kapurnya yang cukup kuat Silap cara ada anak anak kita langsung tak suka dengan mi kuning Rasa kapur yang ketara dalam bahan kandungan mi kuning ini memang...
Gerakan Boikot Tunjuk Penyatuan Pengaruh Kuat Pengguna Islam Ppim Harian Metro 18 03 2024

Gerakan Boikot Tunjuk Penyatuan Pengaruh Kuat Pengguna Islam Ppim Harian Metro 18 03 2024

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 328 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong gerakan boikot oleh pengguna Muslim terhadap perniagaan yang melakukan penghinaan terhadap kesucian Islam menerusi penggunaan kalimah Allah SWT atau lain lain cara Ketua Aktivisnya Da...
Senarai Website Yang Paling Gemar Dilawati Rakyat Malaysia No9 Tu Paling Tak Sangka

Senarai Website Yang Paling Gemar Dilawati Rakyat Malaysia No9 Tu Paling Tak Sangka

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 251 hits
Penciptaan internet adalah satu anugerah kerana dengan teknologi ini manusia dapat berhubung dan mengakses segala maklumat dengan mudah Setiap hari kita boleh berkomunikasi melalui pelbagai aplikasi seperti Whatsapp Facebook dan lain lain d...
Penampilan Pertama Di Malaysia Oneus Bakal Bawa Konsert Jelajah Dunia Ke 2 La Dolce Vita Di Kl

Penampilan Pertama Di Malaysia Oneus Bakal Bawa Konsert Jelajah Dunia Ke 2 La Dolce Vita Di Kl

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 253 hits
Khabar gembira untuk peminat ONEUS kerana band boy sensasi dari Korea Selatan itu akan membuat penampilan sulung mereka di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah mereka 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR La Dolce Vita in Kuala Lumpur dianjurka...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl