Kkm Belum Ada Perancangan Gubal Akta Larang Minum Arak


nurul atikah  Kementerian tidak mahu ganggu bidang kuasa PBT
BANGI – Kementerian Kesihatan (KKM) belum mempunyai perancangan untuk menggubal akta, bagi melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol di tempat terbuka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye

Beliau berkata, kementerian itu tidak mahu mengganggu bidang kuasa pihak lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sekarang mempunyai kuasa untuk melarang perbuatan meminum arak secara terbuka di sesetengah tempat

Menurutnya, kementerian hanya bertanggungjawab mengawal jenis kandungan alkohol serta peratusan kandungan alkohol dalam minuman keras sebagai antara syarat sebelum produk itu dibenarkan dijual di negara ini

“Ia jelas di bawah kuasa PBT. Kementerian Kesihatan tidak akan mengganggu kuasa ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Asia Pasifik untuk Penyelidikan Alkohol dan Ketagihan (APSAAR) di sini, hari ini

Beberapa pihak antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang khas atau menguatkuasakan larangan meminum arak di tempat tertentu atau secara terbuka antaranya bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras

Dalam pada itu, Dr Lee berkata, kementerian belum menerima permohonan daripada mana-mana pegawai awam atau badan berkanun untuk menanam ketum susulan kebenaran yang diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Dewan Rakyat pada Isnin lepas

Beliau berkata, kebenaran itu hanya diberikan bagi penanaman oleh pihak tersebut untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan perubatan

Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, penanaman ketum dibenarkan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan perubatan oleh mana-mana pegawai awam atau pegawai daripada badan berkanun berdasarkan terma dan syarat tertentu serta surat kebenaran daripada Menteri Kesihatan

Sementara itu, Dr Lee dalam ucapannya berkata sejak pelaksanaan Medication Assisted Therapy (MAT) atau terapi dengan bantuan ubat pada 2005, Malaysia kini mempunyai lebih 500 klinik atau pusat sama ada oleh kerajaan atau swasta yang diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan

Program itu beliau berkata, didapati berkesan dalam peningkatan kualiti hidup terutama dari segi pekerjaan, status kesihatan dan fungsi sosial bagi kes-kes tersebut

“Terdapat juga pengurangan yang luar biasa dalam HIV, Hepatitis B dan C dan juga pengurangan dalam jenayah, tahanan, penggunaan dadah dan risiko HIV. Penagih dadah juga tidak lagi menjadi beban sosial dan boleh menyumbang kepada masyarakat melalui pekerjaan yang bermanfaat,” katanya.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/kkm-belum-ada-perancangan-gubal-akta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5529 Persatuan Penggua Gesa Wujudkan Akta Larang Minum Arak Secara Terbuka The Malaysian Insight 26 11 2019

5529 Persatuan Penggua Gesa Wujudkan Akta Larang Minum Arak Secara Terbuka The Malaysian Insight 26 11 2019

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 590 hits
KERAJAAN dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan b...
5551 Perlu Akta Larang Minum Arak Di Tempat Awam Ppim Harian Metro 30 11 2019

5551 Perlu Akta Larang Minum Arak Di Tempat Awam Ppim Harian Metro 30 11 2019

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 881 hits
PERLU perbincangan meja bulat segera antara kerajaan dan agensi di bawahnya untuk mewujudkan peraturan khusus melarang orang ramai meminum arak dan minuman mengandungi alkohol di tempat awam Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia D...
Selangor Patut Lebih Tegas Larang Minum Arak Tempat Awam

Selangor Patut Lebih Tegas Larang Minum Arak Tempat Awam

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 383 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Banyak kerosakan jenayah berlaku disebabkan minum minuman keras BANGI Kerajaan negeri Selangor sepatutnya bertegas dalam menangani isu meminum arak di tempat awam yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman tet...
Perlu Usulkan Akta Kawalan Arak Ke Parlimen

Perlu Usulkan Akta Kawalan Arak Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 202 hits
HARAKAHDAILYKUALA LUMPUR Akta Kawalan Arak yang ketat perlu diusulkan di Dewan Rakyat bagi menjaga keselamatan orang ramai dan menjamin kesejahteraan penduduk supaya tiada insiden berkaitan mabuk arak terjadi Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malay...
Penyebab Bayi Gumoh Setelah Minum Asi

Penyebab Bayi Gumoh Setelah Minum Asi

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 341 hits
Gumoh pada bayi bukan merupakan sesuatu yang perlu dikhawatirkan Gumoh merupakan sebuah kondisi yang umum terjadi selang beberapa saat bayi meminum ASI Bagi Ibu muda mungkin kondisi ini akan sedikit menimbulkan kekhawatiran Karena biasanya ...
Frustasi Dicerai Istri Suami Di Serang Gantung Diri Minum Racun Serangga

Frustasi Dicerai Istri Suami Di Serang Gantung Diri Minum Racun Serangga

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 396 hits
Tak hanya gantung diri AA pun sempat meminum racun serangga dan obat sesak napas Karena pada saat ditemukan terdapat botol obat rancun serangga dan obat sesak napas di dekat di sekitar jenazah
Gambar Abang Offshore Selamatkan Anjing Di Laut Siap Bagi Minum Air Jadi Viral Terima Pujian Netizen

Gambar Abang Offshore Selamatkan Anjing Di Laut Siap Bagi Minum Air Jadi Viral Terima Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 545 hits
Tidak semua manusia yang bersikap kejam terhadap binatang Ada sahaja manusia yang sanggup bersusah payah membantu binatang yang dalam kesusahan Malahan ada orang yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak kerana seekor binatang peli...
Pemkab Tangerang Berencana Larang Penggunaan Vape

Pemkab Tangerang Berencana Larang Penggunaan Vape

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 157 hits
Pihaknya mengaku sering mendapat laporan adanya kandungan narkotika dalam cairan rokok elektrik tersebut
Imam Nahrawi Klaim Kpk Larang Keluarga Menjenguk

Imam Nahrawi Klaim Kpk Larang Keluarga Menjenguk

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 232 hits
Imam Nahrawi Klaim KPK Larang Keluarga Menjenguk Mengutip pasal 61 KUHAP lanjut Wa Ode seorang tersangka memiliki hak untuk dikunjungi baik untuk urusan kekeluargaan atau urusan lainnya Namun dia mengklaim KPK membatasi hal tersebut dan tak...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berita Kelahiran Dan Kematian Dalam Satu Hari

Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia