Kkm Akan Perjelas Isu Discaj Penjawat Awam Pesara Kerajaan Dari Ijn


bharian.com.my
Oleh Luqman Hakim 
[email protected]KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjelaskan laporan yang mendakwa Institut Jantung Negara (IJN) kini dalam proses discaj semua pesakit dari kalangan penjawat awam dan pesara berikutan langkah penjimatan kos kerajaan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan ketika dihubungi, berkata KKM akan menjelaskan perkara itu tidak lama lagi.

"Kementerian, (atau) Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) akan beri maklum balas tidak lama lagi. Tak lama lagi, Insya-Allah," katanya kepada NST.

Beliau diminta ulas laporan oleh portal Code Blue yang ditulis oleh seorang pesara penjawat awam yang diberhentikan rawatan selepas 25 tahun menerima rawatan rapi di IJN.

Pesara itu, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, alasan yang diberi ialah arahan kementerian supaya semua penjawat awam dan pesara perlu discaj ke pusat jantung KKM berhampiran rumah mereka.

"Saya membantah kerana masalah saya sangat rumit; pakar kardiologi kanan IJN bersetuju dengan saya. Tetapi saya diberitahu bahawa tangan mereka terikat kerana kerajaan sedang mengurangkan kos.

"Saya juga mendapat tahu pesara dan penjawat awam lain di seluruh negara, beberapa bulan lalu turut mengalami nasib yang sama.

"Jadi, saya pulang ke rumah dan membuat persediaan untuk berjumpa doktor di pusat jantung KKM berhampiran rumah saya. Ini bukan mudah kerana saya terpaksa membuat janji temu dan klinik sibuk," katanya.

Pesara itu berkata, selepas lebih dua bulan beliau berjaya berjumpa doktor namun bimbang akan kehabisan ubat tidak lama lagi.

Lebih membimbangkan, pusat jantung yang berhampiran rumah pesara itu menyatakan, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan kes beliau dan bilangan ubat yang terhad.

"Pakar kardiologi KKM kemudiannya berkata, dia akan menulis rujukan baharu untuk saya kembali ke IJN, dan saya perlu membuat janji temu dengan IJN sebagai pesakit baharu dan berharap mendapatkan kembali pakar kardiologi kanan yang sama.

"Ini akan menjadi satu lagi kerumitan dan mungkin menunggu dua hingga tiga bulan, atau lebih lama," katanya.

Bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat selama 35 tahun itu meluahkan rasa kecewa terpaksa melalui kesusahan untuk rawatan perubatan.

Sementara itu, jurucakap IJN ketika dihubungi merujuk kepada pekeliling pada September tahun lalu mengatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memerlukan rujukan daripada kerajaan, hospital atau klinik swasta untuk mendapatkan rawatan di IJN.

"Rujukan hendaklah dikeluarkan oleh pakar perubatan, pakar kardiologi atau pakar perubatan kecemasan. Pesakit dengan Insurans Hayat Berkelompok (GL) kerajaan boleh merujuk kepada pekeliling JPA Lampiran SR. 2.1.1 (G), yang disediakan dalam portal rasmi MyPPSM, atau berunding jabatan sumber manusia mereka untuk langkah-langkah yang perlu.

"Setiap agensi kerajaan mempunyai terma dan syarat untuk kelayakan dan perlindungan pekerja apabila mendapatkan rawatan di IJN," katanya.

Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan 12/2002 Garis Panduan Rawatan Susulan di IJN untuk Pesakit Dibiayai Kerajaan, pesakit dibenar mendapatkan rujukan semula ke hospital 12 bulan selepas menjalani prosedur ataupembedahan.

"Ini dilakukan apabila pesakit memerlukan rawatan dan pengurusan susulan yang berterusan.

"IJN mematuhi garis panduan ini yang dikawal ketat oleh Kementerian Kesihatan. IJN kekal komited untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang cemerlang kepada kakitangan kerajaan dan pesara," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/kkm-akan-perjelas-isu-discaj-penjawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang kecewa dengan tadbir urus Kerajaan Madani dalam menangani krisis bekalan dan penetapan harga beras dalam negara Ketua Pemuda negeri Mohd Zarimi Abu Zih berkata kegagalan komunikasi antara kementerian agensi yang be...
Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025

Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 251 hits
Kerajaan umum gaji baharu penjawat awam pada belanjawan 2025 nanti Ia adalah merupakan sebuah berita yang ditunggu tunggu oleh rakyat khsususnya mereka dari golongan penjawat awam Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk ...
Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 359 hits
Stay updated on the 2024 Civil Servants Salary Payment Schedule Plan your finances accordingly and mark these crucial dates on your calendar for a smooth financial year ahead
Perselisihan Faham Keluarga Dipercayai Punca Penjawat Awam Maut Terjun Kondo

Perselisihan Faham Keluarga Dipercayai Punca Penjawat Awam Maut Terjun Kondo

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 269 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myPENJAWAT awam ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di Cheras Kuala Lumpur Perselisihan faham antara keluarga dipercayai menjadi punca penjawat awam wanita terjun d...
Penjawat Awam Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 21

Penjawat Awam Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 21

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA Seorang penjawat awam maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di sini semalam Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamalu...
Kerjaaan Umum Sistem Deep Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini

Kerjaaan Umum Sistem Deep Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 298 hits
Kerjaaan Umum Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini 50 Kerajaan Malaysia perkenalkan kaedah penilaian penjawat awam cara baharu iaitu melalui sistem DEEP Ia diperkenalkan sebagai insitif tambah baik penilaian penjawat awam y...
Diskriminasi Terhadap Guru Penjawat Awam Yang Tiada Vaksinasi Sidang Media Ppim 14 02 2024

Diskriminasi Terhadap Guru Penjawat Awam Yang Tiada Vaksinasi Sidang Media Ppim 14 02 2024

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 262 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendapat aduan terdapat satu portal yang mengendalikan KPI kenaikan pangkat serta gaji guru dan sebagainya telah meletakkan syarat vaksinasi sebagai capaian KPI PPIM memandang serius isu ini dan ia jelas me...
Isu Beras Madani Serlah Kecelaruan Kerajaan

Isu Beras Madani Serlah Kecelaruan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 159 hits
Kewujudan kampit beras baru yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani secara tiba telah mencetuskan kecelaruan yang membuatkan ramai orang jadi rimas dengannya Kecelaruan itu sudah tentu dikaitkan dengan kerajaan berjenama madani yang seda...
Minta Suapan Daripada Oku Penjawat Awam Ditahan

Minta Suapan Daripada Oku Penjawat Awam Ditahan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 276 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myKuala Lumpur Seorang penjawat awam disyaki meminta suapan RM450 bagi meluluskan bantuan kebajikan untuk Orang Kurang Upaya ditahan di Balik Pulau Pulau Pinang semalam Menurut sumber lelaki...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah