Kj Terima Dos Penggalak Akan Umum Kepada Penerima Astrazeneca


Oleh Afiq Mohd. Shah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. GAMBAR: Abd Razak Aid BUTIRAN lanjut pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin jenis AstraZeneca akan diumumkan sedikit masa lagi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, pihaknya juga akan membuat pengumuman mengenai pilihan lain bagi dos penggalak termasuk kepada individu yang mempunyai alahan dan tidak boleh mengambil vaksin mRNA mungkin boleh ditawarkan Sinovac atau AstraZeneca.
Khairy berkata, beliau menerima pertanyaan orang ramai mengenai polisi campuran vaksin setelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak dilancarkan.
Kata beliau, jawatankuasa pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesyorkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) untuk meneruskan vaksinasi heterologous sejajar dengan apa yang dilakukan di kebanyakan negara.
Beliau pada masa sama turut memaklumkan telah menerima suntikan penggalak vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer.
“Untuk meyakinkan semua orang tentang dos penggalak secara heterologous, saya adalah penerima Sinovac.
“Sebelum saya menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), saya telah menerima suntikan penggalak Pfizer. Jadi saya kini #TeamSSP! Semua selamat, semuanya baik #LindungDiriLindungSemua,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Khairy turut berkongsi gambar ketika beliau menerima dos penggalak secara heterologous jenis Pfizer. Mengulas lanjut, Khairy berkata, individu yang boleh menerima dos penggalak tidak perlu memohon sebaliknya akan memperoleh pemberitahuan janji temu menerusi MySejahtera sebaik sahaja layak berdasarkan selang masa yang disyorkan.
Jelas beliau, penerima Pfizer akan ditawarkan dos penggalak homologous atau pun dos ketiga Pfizer selepas enam bulan daripada dos kedua.
Bagi penerima Sinovac pula, Khairy berkata, mereka akan ditawarkan dos penggalak Pfizer selepas tiga bulan daripada tarikh menerima dos kedua.
“Orang ramai juga bertanyakan status vaksinasi mengenai dos penggalak.
“Anda dianggap telah divaksin sepenuhnya jika telah melengkapkan siri utama iaitu sama ada dua dos Pfizer/Sinovac/Astrazeneca atau satu dos CanSino.
“Dos penggalak tidak diperlukan untuk anda dianggap telah divaksin sepenuhnya buat masa ini tetapi sangat disyorkan,” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kj-terima-dos-penggalak-akan-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
17 051 Petugas Barisan Hadapan Kesihatan Pulau Pinang Layak Terima Dos Penggalak

17 051 Petugas Barisan Hadapan Kesihatan Pulau Pinang Layak Terima Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOW GEORGETOWN Seramai 17 051 petugas barisan hadapan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang layak menerima suntikan dos penggalak menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan bagi dos penggalak peringkat neg...
Dos Penggalak Comirnaty Buat Warga Emas Terima Vaksin Lengkap Sinovac

Dos Penggalak Comirnaty Buat Warga Emas Terima Vaksin Lengkap Sinovac

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 294 hits
Oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin GAMBAR Abd Razak Aid PENERIMA vaksin lengkap Sinovac berusia 60 tahun ke atas di seluruh negara akan diberikan dos penggalak vaksin Comirnaty secara heterologous bermula 22 Oktober ini Menteri Kesiha...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos Penggalak Kepada Petugas Barisan Hadapan

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Berikan Dos Penggalak Kepada Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 322 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID 19 kepada petugas kesihatannya secara berperingkat mulai hari ini kata Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus Beliau berkata sebagai permulaan pemberian...
Berita Gembira Pm Umum Bantuan Rm500 Akan Dimasukan Kedalam Penerima Yang Layak Mulai 26 Oktober 2021

Berita Gembira Pm Umum Bantuan Rm500 Akan Dimasukan Kedalam Penerima Yang Layak Mulai 26 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pendapatan sebanyak RM 500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan akan dibayar mulai esok
5 410 Dos Penggalak Diberikan Kepada Petugas Kesihatan

5 410 Dos Penggalak Diberikan Kepada Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh MUHD AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF Gambar hiasan PETALING JAYA Sebanyak 5 410 pemberian dos penggalak vaksin Covid 19 telah diberikan kepada petugas kesihatan semalam Perkara tersebut diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar m...
Dos Penggalak Kepada Individu Dos Lengkap Vaksin Sinovac

Dos Penggalak Kepada Individu Dos Lengkap Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 258 hits
KKM telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak ini kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang kurangnya 3 bulan yang lalu AWANInews MalaysiaSihat SUBSCRIBE now Astro Awani https www yout
Artis Terima Komen Buruk Yg Entertainment Umum Bakal Ambil Tindakan

Artis Terima Komen Buruk Yg Entertainment Umum Bakal Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 287 hits
YG Entertainment telah mengambil tindakan undang undang untuk pelbagai perkara yang melibatkan artis mereka Pada 14 Oktober agensi hiburan tersebut mengeluarkan kenyataan berikut Ini adalah YG Entertainment Pertama sekali kami mengucapkan t...
Lebih 22 4 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Lengkap Covid 19

Lebih 22 4 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Lengkap Covid 19

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 315 hits
97 8 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin KUALA LUMPUR 28 Rabiulawal 1443H Khamis Sebanyak 22 409 335 atau 95 7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi COVID 19 setakat ma...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Carilah Seseorang Yang Membawa Kita Lebih Dekat Dengan Allah

10 Blogger Dengan Penghasilan Tertinggi Tahun 2025

Ikhlas Itu Betul Tapi Bila Melibatkan Kerja

Pengerusi Keadilan Kelantan Perlu Tokoh Luar

French Toast

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles