Kita Tunggu Zaman Ph Dividen Kwsp 2018 Bagi 2017 Kadar Paling Sejak 1996


Najib Razak: Dividen KWSP untuk tahun 2018 akan diumumkan tidak lama lagi.Kadar dividen KWSP 6.9 peratus yang di umumkan tahun lepas untuk tahun 2017 adalah paling tinggi dalam tempoh 21 tahun sejak tahun 1996.Apakah nasib pencarum-pencarum KWSP selepas PH mengambil alih kerajaan tahun lepas?Berapa agaknya kadar dividen untuk tahun 2018?Baru-baru ini, apabila berbincang tentang pakej projek MRT2 yang dibatalkan, saya mengulas tentang kroni saya sebenar-sebenarnya ialah rakyat. Hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut tentang isu ini terutama tentang KWSP.

Sepanjang masa ketika saya adalah PM, kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat di mana pemegang-pemegang saham utama adalah institusi seperti Khazanah, KWSP, Tabung Haji, PNB dan sebagainya.

Manfaat dari polisi ini, nilai dan pulangan kepada simpanan rakyat di dalam tabung-tabung ini naik dengan baik.

Kecuali tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia menjunam dan mengakibatkan prestasi Bursa Malaysia tidak begitu baik; secara umumnya kadar dividen KWSP naik hampir setiap tahun sehingga memperoleh dividen 6.9 peratus di mana untuk tahun lalu ia adalah tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.

Semasa itu, saya tidak banyak campur tangan di dalam pengurusan KWSP seperti Perdana Menteri yang satu lagi tetapi saya cuba mencari dan memberi peluang kepada mereka kerana saya faham jika KWSP untung, rakyat yang untung.

Sekian lama, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat dan untuk memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah lama bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka yang palsu dan cuma angka rekaan sahaja.

Sebagai contoh, apabila kadar dividen untuk tahun 2016 diumumkan, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok dari DAP membuat kenyataan bersama bahawa kadar dividen 5.7% untuk tahun itu adalah sangat rendah kerana mereka mendakwa wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB dan KWSP berdepan dengan masalah kewangan.

Ya, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 tetapi ini ialah kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu tidak berapa baik akibat krisis kejatuhan harga minyak pada tahun itu.

Tetapi bila prestasi Bursa Malaysia memulih dan bertambah baik pada tahun 2017 dan kadar dividen untuk tahun itu diumumkan ialah 6.9 peratus, pemimpin-pemimpin PH pula menuduh bahawa kadar dividen ini palsu dan hanya gula-gula untuk pilihanraya.

Tidak kira kadar dividen naik atau turun, PH tidak melepaskan peluang untuk menyuntik tomahan dan fitnah bagi menghasut rakyat. Kebenaran tidak penting untuk mereka. Dan ramai terperdaya dengan fitnah mereka.

PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 5 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen - sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.

Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum.

Apapun, saya doa dan berharap kadar dividen KWSP akan terus naik di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/kita-tunggu-zaman-ph-dividen-kwsp-2018.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawapan Kenapa Tun M Kini Adalah Pm M Sia Paling Lemah Sejak Merdeka

Jawapan Kenapa Tun M Kini Adalah Pm M Sia Paling Lemah Sejak Merdeka

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 699 hits
DR MAHATHIR PERDANA MENTERI PALING LEMAH SEMENJAK MERDEKA 1957 Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk kali yang kedua pada 10 Mei 2018 selepas menang bergaya pada PRU ke 14 Dr Mahathir membentuk Kabinetnya bebe...
Caca Duo Molek Ngaku Sering Pakai Narkoba Sejak Desember 2018

Caca Duo Molek Ngaku Sering Pakai Narkoba Sejak Desember 2018

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 229 hits
Argo mengatakan jika Caca memperoleh sabu tersebut dari tersangka Yahya Ansori Nasution sebanyak tiga kali
Benda Yang Paling Banyak Saya Ubah Pada Diri Sendiri Sejak Jadi Mak Adalah Sikap

Benda Yang Paling Banyak Saya Ubah Pada Diri Sendiri Sejak Jadi Mak Adalah Sikap

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 331 hits
Saya dulu pun perangai macam hawau Panas baran Tak sabar Degil Tak reti hormat orang Rasa diri sendiri je betul Tah hape hape Tapi tahun demi tahun especially bila dah jadi mak saya mula perasan anak2 ni memang nature dia tak makan saman Ki...
Datangnya Azab Allah Sejak Dulu Lagi Sebagai Peringatan Dan Amaran Kepada Umat Akhir Zaman 8969

Datangnya Azab Allah Sejak Dulu Lagi Sebagai Peringatan Dan Amaran Kepada Umat Akhir Zaman 8969

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 407 hits
Hubungan terlarang bermaksiat zina sesama jenis dan sebagainya Seruan Nabi dan Rasul sezaman tidak dipedulikan Ini antara akibatnya bila Allah datangkan azab buat manusia yang ingkar perintah dan larangan Nya Nauzubillahminzalik Mereka Memb...
Sejak September 2018 B20 Hemat Rp 13 25 T Devisa Dari Impor Solar

Sejak September 2018 B20 Hemat Rp 13 25 T Devisa Dari Impor Solar

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 224 hits
Direktur Jenderal Minyak dan Gas Bumi Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral Djoko Siswanto mengatakan penyaluran FAME biodiesel selama 2018 mencapai 1 67 juta kilo liter Penerapan kebijakan B20 merupakan bukti keseriusan pemerintah dal...
Playstation Dedah Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Tahun 2018

Playstation Dedah Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat Turun Sepanjang Tahun 2018

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 311 hits
Pada tahun 2018 kita dapat lihat bagaimana industri permainan video mudah alih melonjak naik dengan mendadak Namun konsol permainan masih lagi mampu bersaing dengan PlayStation 4 menjadi antara konsol paling popular sepanjang tahun lepas Ko...
Imigrasi Jateng Deportasi 197 Wna Selama 2018 Paling Banyak Warga China

Imigrasi Jateng Deportasi 197 Wna Selama 2018 Paling Banyak Warga China

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 241 hits
Ramli mengatakan total ada sekitar 137 WNA yang dideportasi karena masa izin tinggalnya telah habis atau overstay Sementara yang menyalahi aturan visa mencapai 48 orang
Movie Tempatan Paling Best 2018

Movie Tempatan Paling Best 2018

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 477 hits
Selamat Tahun Baru 2019 Sempena tahun baru 2019 ni aku nak flashback sikit movie tempatan sepanjang tahun 2018 Senarai movie tempatan pada tahun 2018 yang dapat menarik perhatian ramai Busker Makrifat Cinta Munafik 2 Polis Evo 2 Hantu Kak L...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024