Kita Tunggu Dan Lihat Betul Atau Tidak Ada Angin Pokok Bergoyang


 
SAYA TAK PERCAYA AHLI POLITIK BERPENGARUH ITU AZMIN…

14 October 2024

Semalam, media gempar melaporkan bahawa SPRM telah menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan “safe house” seorang ahli politik berpengaruh di negeri Selangor.

Dilaporkan di dalam serbuan itu telah ditemui wang tunai Singpura berjumlah SGD1.5 juta atau kira-kira RM5 juta mengikut nilai mata wang Malaysia.

Difahamkan wang tunai itu adalah untuk tujuan pelbagai guna, termasuk untuk tujuan politik oleh ahli politik berpengaruh berkenaan.

Hari ini pula dilaporkan dua buah lagi “safe house” diserbu dan digeledah oleh SPRM dan ditemui wang tunai berjumlah SGD74,000 (RM243,000) dan SGD78,000 (RM256,000) atau keseluruahnnya sebanyak RM321,000  di dua lokasi berasingan di Lembah Klang.

Dengan tiga “safe house” sudah diserbu dan digeledah SPRM, nampaknya “safe house” tidak lagi “safe” sekarang ini.

Operasi yang dilakukan SPRM ini adalah susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir yang dilakukan syarikat cabang pelaburan kerajaan negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika mengulas penemuan wang tunai berkenaan mengesahkan pihaknya telah menahan bekas pegawai kanan di MBI, ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.

Difahamkan juga setakag ini seramai 15 orang telah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Azam turut mengesahkan SPRM akan memanggil ahli politik berpengaruh yang dikaitkan dengan penemuan wang tunai itu.

“Dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya,” kata Azam.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama ahli politik tersebut.

“Saya akan beritahu bila tiba masa yang sesuai,” tambahnya lagi.

Berikutan laporan demi laporan berkaitan serbuan SPRM itu, beberapa akaun media sosial, khususnya Tik Tok dan FB dengan berani membuat dakwaan kononnya ahli politik berpengaruh yang dikaitkan dengan penemuan kesemua wang tunai itu ialah Azmin Ali.

Bagaimanapun, kesahihan dakwaan akuan-akaun tersebut tidak dapat disahkan sama ada benar atau palsu.

Kesemuanya hanya membuat dakwaan rambang tanpa menampilkan sebarang bukti.

Segala dakwaan itu hanya boleh diterima sebagai berita yang sahih jika SPRM sendiri tampil mengesahkannya, tetapi agensi penyiasat itu sendiri belum mahu mendedahkannya.

Dengan itu, dakwaan akaun-akaun media sosial yang mengaitkan Azmin itu, sesetengahnya merupakan akaun hantu, bolehlah dianggap sebagai khabar angin, fitnah dan berita palsu semata-mata.

Saya sendiri sehingga ini tidak percaya ahli politik berpengaruh yang dikaitkan dengan penemuan wang tunai RM5 juta  dan RM321 ribu itu adalah Azmin, bekas MB Selangor dan bekas menteri MITI.

Pada pandangan saya, setelah meneliti perjalanan politik Azmin sejak sekian lama di mana beliau adalah anak didik Anwar Ibrahim, meskipun kedua-duanya kini berlainan haluan dalam politik, bukanlah jenis sebegitu yang mudah terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik serta melanggar undang-undang.

Tengok wajahnya yang jernih dan bersih saja sudah cukup untuk meyakinkan  bahawa Azmin adalah jenis orang baik-baik.

Untuk itu, saya sama sekali tidak percaya dengan segala dakwaan di media sosial yang mengaitkan Azmin dengan penemuan wang tunai itu.

Kawan-kawan yang menghubungi saya dan bertanyakan sama ada benar ahli politik berpengaruh itu ialah Azmin, saya juga tidak ragu-ragu menyanggahnya.

Keyakinan saya ahli politik berpengaruh itu bukan Azmin dan cubaan mengaitkan beliau hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan namanya.

Lagi pun, ramai lagi ahli politik berpengaruh ada di Selamgor.

Saya hanya akan percaya tentangnya jika setelah SPRM sendiri mengesahkannya dan seterusnya benar-benar mendakwa Azmin ke mahkamah.

Selagi semua itu tidak berlaku – sekali lagi saya ulang – saya tidak percaya ia adalah Azmin.

Dan selagi belum ada kepastian, berhentilah memfitnah Azmin. – ShahbudinHusin 14Oktober2024.

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/kita-tunggu-dan-lihat-betul-atau-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 204 hits
Ramai orang anggap dan mindset bahawa makan malam adalah penyebab utama kenaikan berat badan Tapi betul ke Jom baca sampai habis Kalori adalah kalori Sama ada kita makan time pagi ke tengah hari atau malam kalori tetap kalori Kalau kita amb...
Lelaki Maut Dihempap Pokok Ketika Angin Kencang Ribut

Lelaki Maut Dihempap Pokok Ketika Angin Kencang Ribut

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 99 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myMOHD Rizal maut dihempap pokok tumbang Gambar kanan anggota bomba melakukan kerja pembersihan FOTO Ihsan BombaSik Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang ketika menunggang ...
Daging Kambing Atau Daging Lembu Mana Yang Lebih Bernutrisi

Daging Kambing Atau Daging Lembu Mana Yang Lebih Bernutrisi

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 224 hits
Dari segi nutrisi daging kambing dan daging lembu mempunyai kelebihan masing masing 1 Tenaga dan Lemak Daging kambing mengandungi lebih banyak tenaga dan lemak berbanding daging lembu Sebagai contoh 100 gram daging kambing mengandungi kira ...
Artis Kalau Bagi Kenyataan Bodoh Samada Dia Memang Bodoh Atau Sekadar Untuk Publisiti Murahan

Artis Kalau Bagi Kenyataan Bodoh Samada Dia Memang Bodoh Atau Sekadar Untuk Publisiti Murahan

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 94 hits
ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN Kecoh hari ni kat media sosial seoarang retis yang tetiba nak into the scene isu Majlis anugerah kecemerlangan murid atau juga di sebut majlis apr...
Pilihan Ibu Bapa Mengkritik Atau Menyokong Anak Anak

Pilihan Ibu Bapa Mengkritik Atau Menyokong Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 127 hits
Sebagai ibu bapa kita memegang tanggungjawab besar dalam membentuk suasana di rumah Sama ada kita memilih untuk mengkritik atau menyokong anak anak kedua duanya memberi impak besar terhadap perkembangan mereka Suasana mengkritik sekat atau ...
Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

Diam Bukan Bermakna Kalah Atau Mengiyakan Fitnah Dewi Bakal Dedah Sesuatu Berserta Bukti

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 190 hits
Wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan usahawan Jofliam tampil membuka mulut setelah namanya meniti di bibir netizen sejak kebelakangan ini
Guru Guna Zayn Sebagai Konten Simpati Atau Ambil Kesempatan

Guru Guna Zayn Sebagai Konten Simpati Atau Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 65 hits
Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokon...
Bahagia Atau Derita Jung Haein Jung Somin Beri Spoiler Ending Love Next Door

Bahagia Atau Derita Jung Haein Jung Somin Beri Spoiler Ending Love Next Door

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 98 hits
Cepat betul masa berlalu drama Love Next Door pun hanya tinggal 2 episod sahaja lagi sebelum tamat Artikel Berkaitan Dalam satu temu bual Jung Hae in ada memberi sedikit spoiler buat penonton untuk 2 episod terakhir drama tersebut Katanya P...
Cerai Atau Tidak Esok Penentu Status Fazura Fattah

Cerai Atau Tidak Esok Penentu Status Fazura Fattah

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 155 hits
PETALING JAYA Bercerai atau tangguh lagi persoalan status perkahwinan pasangan pelakon kesayangan ramai Fazura dan Fattah Amin akan sekali lagi berdepan detik penentuan esok Prosiding tuntutan perceraian Fazura terhadap Fattah yang memasuki...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck

Pizza Kuali Simple Mudah Dan Sedap


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789