Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 2, 2025 1:06 PM
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenal pasti individu dari MCA yang mendakwanya sebagai “Melayu gila” baru-baru ini

Ahli politik yang juga Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu berkata isu tersebut diketahuinya selepas ia didedahkan beberapa individu menterjemahkan kenyataan tersebut ke bahasa Melayu.

“Semalam saya terbaca hantaran dari kakak Liyana Marzuki mengenai kenyataan dari seorang individu bernama Law Yiak Kwang yang telah menulis kenyataan dalam bahasa Cina.

“Dalam kenyataan tersebut apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Adrian Lim Chee En mengatakan Melayu gila /kuda gila,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya.

Bagaimanapun, Adun Merlimau itu berkata, apabila perkara terbabit didedahkan Law terus mendakwa dia sebagai individu “yang sentiasa bertindak tidak mengikut akal”.

Namun, Akmal menegaskan namanya tidak disebut dalam hantaran tersebut.

“Ini adalah tuduhan yang sangat berat, pertamanya bagi diri saya yang menuduh saya sentiasa bertindak tidak mengikut akal.

“Yang kedua jika benar apa yang diterjemahkan yang merujuk kepada kenyataan ‘Melayu gila’ itu adalah benar, maka ini adalah satu kenyataan yang menghina orang Melayu secara keseluruhan,” tambahnya dalam catatan Facebook.

Harap pendirian difahami

Law dalam catatan panjang lebar di Facebook pada Jumaat menafikan dia menggunakan istilah “Melayu gila” dan mendakwa kenyataan tersebut disalah terjemah.

Perkataan ‘Melayu gila’ tersebut, dakwa ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu, tidak diterjemah seperti maksud yang ingin disampaikannya.

“Perkataan 癫马 tersebut diterjemahkan dengan cara bias oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengapi-apikan sentimen perkauman.

“Perkataan 癫 boleh bermakna ‘gila’. Kadangkala, perkataan ini juga boleh digunakan untuk menyifatkan perangai seseorang yang bertindak tidak mengikut akal,” katanya.

Menurut Law lagi, aksara 癫马 biasanya digunakan oleh pengguna media sosial untuk menggambarkan Akmal sebagai Ketua Pemuda Umno.

“Perkataan ‘Akmal’ diterjemahkan dalam Bahasa Cina sebagai 阿克马 dengan perkataan 马 di hujungnya.

“Perkataan 癫马 membawa maksud ‘Akmal yang sentiasa bertindak tidak mengikut akal’.

“Kesimpulan, perkataan 癫马 bukan membawa maksud Melayu gila.

“Saya berharap penjelasan saya yang panjang lebar ini dapat memberikan pencerahan yang terperinci kepada kawan-kawan saya dan seluruh rakyat Malaysia yang saya hormati.

“Saya berharap kawan-kawan tidak salah faham pendirian saya yang sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia atas satu penterjemahan perkataan yang tidak tepat,” katanya.
Law Yiak KwangSementara itu, Akmal menegaskan dia telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Law.

“Kita nak tengok nanti siapa yang tiada akal apabila di mahkamah dan siapa jadi gila nanti. Jumpa di mahkamah,” tegasnya.

Pada masa sama Akmal meminta Presiden MCA Wee Ka Siong untuk memberi perhatian kepada kepimpinan pemuda partinya itu agar keadaan boleh dikawal lebih awal.

Sebelum ini, Akmal menyelar kenyataan MCA Johor berhubung kenyataan yang mempertikaikan peruntukan untuk pembangunan al-Quran dan bantuan untuk Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sambil mengaitkannya dengan bantuan tol sempena Tahun Baru Cina.

Dia mendesak MCA Johor untuk memohon maaf dalam tempoh 24 jam sebelum pihaknya mengambil langkah membuat laporan polis.

Susulan itu, MCA Johor memadamkan kenyataan dalam bahasa Mandarin itu dari laman sosialnya dan memohon maaf.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/kita-tengok-siapa-jadi-gila-di-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akmal To Sue Johor Mca Member Over Melayu Gila Statement Accusing Him As Irrational Leader

Akmal To Sue Johor Mca Member Over Melayu Gila Statement Accusing Him As Irrational Leader

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 220 hits
DATUK Dr Muhamad Akmal Saleh has requested his lawyers and that of the UMNO Youth to initiate legal action against a Johor MCA member for having accused him of always acting in an irrational manner and for the latter s seemingly Melayu gila...
Tuduh Akmal Gila Lebih Rasis Puad Beritahu Mca

Tuduh Akmal Gila Lebih Rasis Puad Beritahu Mca

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 113 hits
suara tv comBy03 02 2025KUALA LUMPUR Datuk Dr Akmal Saleh tidak rasis seperti didakwa Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng bahkan Ketua Pemuda Umno itu tidak pernah memulakan kontroversi sebaliknya hanya bertindak balas Ahli Majlis Kerja Tertin...
Gerakan Yang Hilang Arah Tak Dokong Idea Basmi Rasuah Kata Bersih

Gerakan Yang Hilang Arah Tak Dokong Idea Basmi Rasuah Kata Bersih

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 119 hits
Faisal Abdul Aziz membidas Dominic Lau yang mendakwa gabungan itu hilang fokus dan hala tuju kerana dilihat tidak lagi agresif berbanding ketika pentadbiran BN sebelum PRU14 PETALING JAYA Bersih membidas Presiden Gerakan Dominic Lau yang me...
Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 116 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 3 19 PMDi sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa pihak berkuasa cuba menyekat perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sebaliknya Bernama melaporkan p...
Kata Kata Perpisahan Sekolah Singkat Tapi Ngena Di Hati

Kata Kata Perpisahan Sekolah Singkat Tapi Ngena Di Hati

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 101 hits
Perpisahan sekolah seringkali menjadi momen haru apalagi tidak jarang ketika menyampaikan kata kata perpisahan sekolah malah pada menangis Padahal belum tentu ini bakal jadi momen terakhir mereka saling bertemu kan Tapi mungkin justru itula...
Dasar Latihan Amali 1 3 Rapat Jurang Akademik Dunia Pekerjaan Kata Wakil Pelajar

Dasar Latihan Amali 1 3 Rapat Jurang Akademik Dunia Pekerjaan Kata Wakil Pelajar

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 107 hits
Dasar Latihan Amali 1 3 diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia dijangka manfaat 100 000 pelajar tempatan daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara PETALING JAYA Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyifatkan Dasar Latihan Amal...
Habis Nampak Semua Baju Terbuka Tak Sengaja Di Dada Persembahan Seksi Jennie Tular

Apa Itu Sids Sindrom Kematian Bayi Mengejut Ini Ibu Bapa Perlu Berwaspada

Jangan Tunggang Isu Agama Kaum Demi Kepentingan Peribadi Pm Anwar

Lirik Lagu Batu Hitam Hafiz Hamidun Ft Ruffedge

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Isu Penghinaan Agama Era Fm V Zamri Vinod

Aidilfitri Kpm Umum 3 Hari Cuti Raya Tambahan

Pendaftaran Spm 2025 Cara Mendaftar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sahur Waktu Mustajab Berdoa

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi

Video Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri Dia Minta Saya Pergi Meminang

Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid