Kita Sudah Boleh Membayangkan Bagaimana Kitaran Ini Bergolek Sehingga Masalah Kita Semakin Berserabut


 
KOLUM | Ada apa dengan Kerajaan Melayu-Islam?Lim Hong Siang
Diterbitkan 29 Aug 2021, 9:02 amDikemaskini 9:05 amA+A-5Andainya masyarakat Melayu-Muslim gusar dengan dakwaan “dominasi Cina bukan muslim dalam kerajaan” ketika zaman pemerintahan PH, maka begitu jugalah perasaan masyarakat Cina, ketika Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan persekutuan pada 1 Mac 2020.
Apa pun, kita terpaksa akur, dengan harapan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jikalau diambil dari sudut positif, ini kali pertama PAS memerintah di peringkat persekutuan, selepas keluar dari BN pada tahun 1977. Boleh jadi ia rahmat dalam tragedi politik, andainya pengalaman di Putrajaya mematangkan PAS sebagai parti politik yang lebih menyesuaikan diri dalam konteks masyarakat majmuk.
Justeru itu, saya tidak menuntut agar pengharaman judi dan arak, pindaan RUU355 dan sebagainya yang didesak PAS sebelum ini, dilaksanakan ketika PN memerintah. Cuma saya bersetuju bahawa pemimpin PAS harus meminta maaf, kerana inilah yang dijadikan peluru untuk membedil PH, khususnya Amanah sepanjang tempoh 22 bulan selepas 9 Mei 2018.
Paling tidak mereka perlu memohon maaf kepada penyokongnya, kerana PAS melakar khayalan seolah-olah ia dapat dilaksanakan sebaik PAS memerintah.
(Untuk makluman, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching dari DAP pernah memohon maaf secara terbuka, kerana gagal menunaikan janji sebagaimana yang terkandung dalam Buku Harapan untuk “mengiktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu)”, setelah kerajaan PH tumbang.)
Sedar atau tidak, ramai yang sedang memerhatikan bagaimana “kerajaan Melayu-Islam” ini menampilkan imej dan pendekatan agamanya, khususnya PAS.


Suara rasional mengingatkan kita bahawa tidak adil seandainya PAS dinafikan hanya berdasarkan persepsi yang dibina media, atau imaginasi kita yang mungkin berasaskan prejudis. PAS harus diberi peluang untuk membuktikan diri mereka dalam soal urus tadbir negara, diuji integritinya dengan kuasa dan juga kecaknaannya terhadap rakyat.
Tegakkan benang basah
Malangnya, antara pertikaian awal yang dicetuskan menteri PAS, adalah perlanggaran SOP oleh Khairuddin Aman Razali, selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika itu, apabila beliau tidak menjalani kuarantin 14 hari sekembalinya dari Turki pada 7 Julai 2020.
Sesungguhnya, Khairuddin bukan satu-satunya menteri dalam dunia yang mengingkari SOP. Sebelum ini, Menteri Kesihatan New Zealand David Clark juga didapati melanggar SOP yang dikuat kuasa di negaranya.

David Clark
Cuma apa yang dilakukan oleh David Clark adalah mengaku salah, mendakwa dirinya “orang bodoh”, memohon maaf dan meletak jawatan.
Khairuddin tidak letak jawatan, sebaliknya menawarkan agar gajinya selama empat bulan dipulangkan, lantas kehilangan satu peluang untuk membuktikan rasa kebertanggungjawaban seorang menteri muslim kepada dunia.
Lebih malang, alasan dan dalil yang dikemukakan oleh rakan yang sewaktu dengannya untuk mempertahankannya. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membandingkan kes Khairuddin dengan pemandu lori sayur ke Singapura, untuk menghalalkan tindak tanduk Khairuddin.
Sedangkan pemandu lori mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan diluluskan kerajaan. Ia seolah-olah menteri yang makan nangka, rakyat jelata pula yang kena getah.
Tidak cukup dengan itu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin sanggup memetik kisah Nabi Sulaiman dengan mengibaratkan Khairuddin sebagai burung hud-hud, semata-mata untuk mempertahankan ahli Majlis Syura Ulamak PAS itu. Lantas tidak kurang yang tertanya-tanya, andainya kesalahan yang seterang bulan ini pun cuba dipertahankan dengan segala dalil yang terfikir, bagaimana pula dengan kesilapan yang samar-samar?
Di sini integriti PAS terjejas. Ia bukan berlaku sekali sahaja, tetapi berkali-kali. Jelas, PAS tidak mengambil iktibar daripada pengajaran ini. Mereka mempertahankan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dengan pembohongan, setelah dikantoikan seorang netizen, bahawa Sanusi pandu uji kereta ketika sekatan pergerakan.
Malah, netizen tersebut dimaki dan dicemuh sebelum polis mengeluarkan kompaun kepada MB Kedah itu. Kejadian sedemikian hanya meyakinkan kita bahawa PAS akan menegakkan benang basah selagi terdaya, apatah lagi pernah didakwa pemimpinnya bahawa berbohong itu wajib demi menjaga maslahat. Paling mengecewakan, Sanusi tidak memohon maaf kepada netizen tersebut sehingga hari ini.
Tiada empati
Sudah tentu nama Muhammad Sanusi mencungkil lebih pertikaian sungguhpun beliau tidak berkuasa di peringkat persekutuan. Kenyataan seperti “belat sungai” tidak memadai tahap intelektual dan kematangan sebagai seorang menteri besar, meskipun dalam nada bergurau. Dan kita tidak lupa bagaimana “jenaka” Sanusi mencerminkan darjat dirinya sebagai seorang insan, apabila beliau bergurau dengan “kontena mayat”.


Sekali lagi, tiada teguran secara terbuka mahu pun rasa bersalah daripada pimpinan tertinggi PAS lantaran kerenah Sanusi, menjadikan PAS sebagai lawak yang paling menyedihkan di mata khalayak ramai.
Gelagat pemimpin PAS cukup membingungkan. Bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan nilai Islam, tidak menyimpan sehiris rasa empati terhadap rakyat yang menderita lantaran penularan wabak Covid-19?
Saya cukup terkesan apabila Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh cuba memperlekeh kempen bendera putih, satu inisiatif “rakyat jaga rakyat”, tatkala berlakunya kes bunuh diri lantaran kesempitan ekonomi akibat wabak Covid-19.
Saya boleh merasai kemarahan sesetengah netizen apabila Nik Abduh mencadangkan agar diangkat tangan untuk berdoa kepada Tuhan, dan bukannya diangkat bendera putih. Saya terlintas dengan hantaran media sosial sebegini, “Mengapa Nik Abduh tidak angkat tangan dan berdoa sahaja, sebaliknya dia berkempen dari rumah ke rumah ketika pilihan raya? Mengapa Nik Abduh tidak angkat tangan dan berdoa sahaja, sebaliknya dia menaikkan poster dan bendera parti sepanjang jalan ketika pilihan raya?”
Secara jujur, saya sedikit terkejut dengan reaksi pemimpin PAS terhadap kempen bendera putih.
Kita sedia maklum, PAS adalah parti yang membina kekuatannya dari akar umbi. Sepanjang 70 tahun sejak penubuhan, kebanyakan masa PAS adalah pembangkang di peringkat persekutuan. Tanpa sumber dan sokongan jentera kerajaan pusat, PAS amat bergantung kepada kutipan dana daripada masyarakat massa. Saya dimaklumkan, seorang pemimpin PAS pernah berkata, “Wang PAS ada di dalam saku ahli PAS.”
Justeru itu, saya menjangkakan pemimpin PAS lebih berempati dengan situasi rakyat marhaen, kerana pernah mengalami zaman serba tiada. Dengan kuasa yang ada dalam tangan, mereka harus cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rakyat yang terdesak, apatah lagi penderitaan rakyat sekarang tidak lain tidak bukan berpunca daripada ketidakcekapan urus tadbir kerajaan yang dianggotai PAS.
Apabila diungkit istilah “empati”, susuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula terlintas dalam minda, sungguh pun beliau bukan berasal daripada PAS. Untuk sekian lama sebelum Dr Zulkifli menyertai kabinet Mahiaddin Yasin, beliau disanjungi kerana pendekatannya yang sederhana ketika menyandang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Sedikit terkilan apabila beliau sanggup menjadi sebahagian daripada sebuah kerajaan yang merampas kuasa dengan cara sedemikian, namun saya cuba tidak dibayangi insiden ini ketika menilai.


Sesungguhnya, perlanggaran SOP berkali-kali yang dilakukannya tidak begitu menyenangkan, apatah lagi apabila majlis keramaian yang dihadirinya dianjurkan golongan kayangan yang berlagak seolah-olah kebal daripada SOP. Apapun alasan yang diberikan, Dr Zulkifli tidak menunjukkan teladan yang baik selaku seorang menteri mahupun seorang agamawan.
Paling membeliakkan apabila enteri di Jabatan Perdana Menteri yang menerajui portfolio hal ehwal agama ini memuat naik satu video berjudul “Cara Sembelihan Lembu Wagyu mengikut Standard Halal Malaysia”, tatkala masyarakat Malaysia diselubungi kemurungan lantaran kemelesetan ekonomi.
Perkara ini remeh, namun memahat dalam hati sebab saya ingat pada ketika itu, terdapat seruan agar kita tidak berkongsi sesuatu yang menampakkan kemewahan di media sosial, kerana ia dikhuatiri memberi impak psikologi kepada mereka yang ditimpa malapetaka, atau tersepit dalam kesempitan pada waktu itu. Kita cuba sedaya upaya untuk menjaga hati mereka yang rapuh dari segi mental, dengan menyampaikan mesej bahawa kita bersolidariti kepada sesiapa yang tidak bernasib baik.
Tidak haram, bukan dosa untuk memuat naik video lembu wagyu. Cuma mungkin saya silap kerana mengandaikan pemimpin yang berlatarbelakangkan agama akan lebih peka terhadap sensitiviti golongan minoriti yang terpinggir.
Imej negatif untuk non-muslim
Boleh lagi saya senaraikan kontroversi seperti nikah dalam talian yang melibatkan pemimpin PAS ketika menyandang jawatan timbalan menteri, mesej tidak senonoh yang terdedah, adegan drift di stesen minyak Petronas dan sebagainya. Namun, saya tidak berminat untuk menyerang sesiapa menggunakan isu peribadi sebegini, menyedari hakikat bahawa setiap insan memiliki kelemahan, dan tidak semua teruji apabila diuji.
Cuma, mungkin ada baiknya jikalau ia dijadikan iktibar untuk pemimpin PAS agar tidak menggunakan isu peribadi untuk menyerang pesaing politiknya pada masa depan. Biarlah tuntutan moral itu bermula dari diri sendiri.
Akhir kata, tulisan ini tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, jauh lagi agama Islam. Untuk golongan muslim, ketertinggian nilai Islam ditampilkan melalui Quran dan Hadis. Namun untuk golongan non muslim, Islam dipandang melalui tingkah laku muslim dan muslimat.
Realiti mengajar kita, bahawa imej Islam tercalar lantaran kerenah segelintir muslim yang korup, sehingga mengundang reaksi biadab daripada segelintir non-muslim. Seterusnya muslim menganggap Islam dihina, dan membalas dengan reaksi yang lebih keras, lantas ia menebalkan prejudis non-muslim terhadap Islam.
Kita sudah boleh membayangkan bagaimana kitaran ini bergolek sehingga masalah kita semakin berserabut.
Moga-moga tulisan ini merungkaikan masalah yang ada, dan bukan sebaliknya. Mohon diperbetulkan andainya tersilap dan tersasul. Selamat maju jaya.

LIM HONG SIANG ialah pengarah eksekutif Saudara (penyelidikan sosiobudaya).

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/08/kita-sudah-boleh-membayangkan-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Kalau Ada Masalah Kulit Muka Boleh Ambil Crystal Skin

Lelaki Kalau Ada Masalah Kulit Muka Boleh Ambil Crystal Skin

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 345 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan kawan yang diingati dan dirindui selalu Rindu masa bersama dengan kawan kawan berlibur macam dulu kala Masa tu lah nak hilang tekanan dan juga dapat habis ...
Suddenly It S Semua Boleh As Far As Muhyiddin The Caretaker Pm Is Concerned

Suddenly It S Semua Boleh As Far As Muhyiddin The Caretaker Pm Is Concerned

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 281 hits
TTDI 19 Aug In a breathtaking U turn the caretaker government headed by just ousted PM Muhyiddin Yassin has given the OK to Malaysians and foreigners who live hide work or play in Phase 1 Covid 19 territories such as Kuala Lumpur and Kelang...
Anwar Masih Boleh Lakukan Keajaiban Meskipun Ismail Sabri Dikata Mendahului

Anwar Masih Boleh Lakukan Keajaiban Meskipun Ismail Sabri Dikata Mendahului

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 569 hits
SEJUJURNYA kesabaran penulis menantikan keputusan siapa calon UMNO dan Barisan Nasional untuk dipilih secara sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri kesembilan pada malam Selasa umpama menyaksikan pemilihan calon Presiden bagi pilihan r...
Setakat Majoriti 5 10 Boleh Ke Politik Stabil Dan Negara Diuruskan Dengan Berkesan

Setakat Majoriti 5 10 Boleh Ke Politik Stabil Dan Negara Diuruskan Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 278 hits
LEBIHAN ITU BUKANLAH DARI SATU PARTI ATAU PAKATAN YANG SAH TETAPI LEBIH KEPADA SOKONGAN BIDAN TERJUN ANGGUK ANGGUK GELENG GELENG MELEPASKAN PERUT DAN TENGKUK SENDIRI Apakah kabinet kecil minimum akian terbentuk dan urusan mahkamah tidak aka...
As Beri Amaran Perhimpunan Agung Pbb Boleh Jadi Super Spreader Covid

As Beri Amaran Perhimpunan Agung Pbb Boleh Jadi Super Spreader Covid

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 269 hits
AS beri amaran Perhimpunan Agung PBB boleh jadi super spreader Covid PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU Amerika Syarikat menggesa pemimpin dunia menghantar video berbanding pergi ke New York bulan depan untuk menghadiri perhimpunan tahunan pe...
Saya Maafkan Sesiapa Saja Orang Di Luar Mungkin Boleh Nilai Sendiri Ebit Lew

Saya Maafkan Sesiapa Saja Orang Di Luar Mungkin Boleh Nilai Sendiri Ebit Lew

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 327 hits
Saya maafkan sesiapa saja orang di luar mungkin boleh nilai sendiri Ebit LewSesi merakam keterangan pendakwah Ebit Lew dengan pihak polis Bukit Aman berhubung kes gangguan seksual mengambil masa selama lima jam sebelum lelaki itu dibenarkan...
Vide0 Makcik Ni Boleh Bercakap Dalam Bahasa Cina Dan Tamil Bila Membawang Bahasa Tamil Sekali Dengan Gaya Tangan Keluar

Vide0 Makcik Ni Boleh Bercakap Dalam Bahasa Cina Dan Tamil Bila Membawang Bahasa Tamil Sekali Dengan Gaya Tangan Keluar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 368 hits
Bahasa itu adalah jiwa bangsa seperti yang kita semua tahu malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang berbilang bahasa dah budaya Walaupun begitu malaysia masih mengekalkan keamanan dah kesejahteraa...
Bila Boleh Tempah Plat Fd Fasa 2

Bila Boleh Tempah Plat Fd Fasa 2

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 375 hits
Pada masa sekarang plat Putrajaya paling terkini adalah plat FD sementara menunggu plat FE dilancarkan lebih kurang April 2022 nanti Tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah plat FD fasa 2 pun masih belum dibuka untuk tempahan umum Sa...
Hiburan Orang Luar Boleh Nilai Sendiri Maafkan Siapa Sebar Fitnah Ebit Lew Serah Kes Kepada Pihak Polis

Hiburan Orang Luar Boleh Nilai Sendiri Maafkan Siapa Sebar Fitnah Ebit Lew Serah Kes Kepada Pihak Polis

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 276 hits
Selepas tersebar berita seorang pendakwah terkenal akan dipanggil untuk memberikan keterangan mengenai kes gangguan seksual kelmarin figura berkenaan disahkan sebagai Ustaz Ebit Lew hari ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut laporan le...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi