Kita Semua Adalah Satu Pelarian Balas Jasa Sediakan Makanan Untuk Petugas Kesihatan


Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 di Malaysia, pelbagai pihak yang prihatin akan situasi yang dilalui oleh para petugas kesihatan barisan hadapan negara tampil untuk menghulurkan bantuan.
Turut tidak terkecuali adalah sekumpulan pelarian yang bergabung tenaga memasakkan makanan untuk disumbangkan ke para petugas kesihatan di hospital Ampang yang sedang berjuang memerangi wabak ini.
Sekumpulan pelarian yang rata-ratanya terdiri daripada warga Syria, Palestin, Yaman dan Iraq telah berbuat demikian sebagai tanda terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan risiko nyawa mereka demi memastikan kesejahteraan orang awam.
Eman Mfleh, seorang pelarian dari Palestin menyatakan bahawa, dia melakukan perkara sedemikian untuk berterima kasih kepada masyarakat Malaysia yang mengalu-alukan mereka untuk menumpang di bumi Malaysia ini.
Gambar: Mahi Ramakrishnan “Terima kasih atas peluang yang diberi untuk membalas kembali jasa masyarakat Malaysia yang mengalu-alukan kami dengan hati yang terbuka.
Gambar: Mahi Ramakrishnan Kepada para doktor, jururawat dan semua kakitangan di hospital kini yang sedang mengerahkan segala kudrat mereka demi memastikan kita semua selamat. Ini sahaja yang dapat kami bantu,” ujar Eman.
Seorang lagi pelarian Syria, Abo Mohamad, yang terpaksa meninggalkan negaranya bersama isteri dan dua anaknya kerana peperangan menyatakan bahawa, kita perlulah berganding bahu dan buat apa yang kita mampu lakukan pada waktu krisis ini.
Gambar: Mahi Ramakrishnan “Kami sentiasa bersama dengan anda. Kita mestilah bantu satu sama lain dan lakukan sedaya upaya kita pada musim krisis ini. Dan kami turut berbesar hati kerana diberikan peluang ini untuk berbakti kepada saudara Malaysia kami yang sedang berada di barisan hadapan.
Mereka berkorban demi memastikan kita semua selamat. Jadi, ini sajalah cara untuk kami menunjukkan penghargaan kami kepada mereka, negara Malaysia serta rakyat Malaysia atas jasa yang telah dicurahkan kepada kami,” katanya.
Dalam pada itu, Amel Ali, 36, yang berpecah peluh memasakkan hidangan kari ayam dan kari daging untuk dihulurkan kepada petugas di hospital Ampang turut melakukan perkara yang sama. Dia yang sudah menjadikan Malaysia sebagai rumahnya sejak tujuh tahun lalu amat memahami situasi yang sedang dihadapi oleh Malaysia.
Gambar: Mahi Ramakrishnan “Kita semua adalah satu. Mari bantu satu sama lain untuk mengharungi waktu yang sukar ini,” ujarnya.
Amel merupakan salah seorang daripada 10 chef yang bergabung tenaga menyediakan makanan untuk dihulurkan kepada petugas kesihatan barisan hadapan di Hospital Ampang.
Inisiatif ini adalah kerjasama yang dijalankan di antara Al-Hasan Volunteer Network dan Beyond Borders Malaysia.
Sebagai orang awam, kita juga boleh membantu petugas barisan hadapan ini seperti mereka juga. Caranya ialah, kita hanya perlu ikut perintah kerajaan. Duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting.
Sumber: Mahi Ramakrishnan
The post “Kita Semua Adalah Satu,” Pelarian Balas Jasa, Sediakan Makanan Untuk Petugas Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/25/kita-semua-adalah-satu-pelarian-balas-jasa-sediakan-makanan-untuk-petugas-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh Terima Bantuan Makanan Wang Tunai

Petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh Terima Bantuan Makanan Wang Tunai

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 504 hits
SUNGAI BULOH 20 MAC Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang bertugas memantau dan menyaring pesakit Covid 19 hari ini EXCO Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman ...
Terkini Negara Catat Satu Lagi Kematian Covid 19 Petugas Kesihatan Pertama Yang Disahkan Maut

Terkini Negara Catat Satu Lagi Kematian Covid 19 Petugas Kesihatan Pertama Yang Disahkan Maut

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 305 hits
Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid 19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad sebanyak 9 kes Kementerian Kesihatan Malaysia berkata kes kematian kesembilan merupakan kes kematian pertama di kalanga...
Mcdonald S Taja Makanan 50 Hospital Memanfaatkan 15 000 Petugas Kesihatan

Mcdonald S Taja Makanan 50 Hospital Memanfaatkan 15 000 Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 322 hits
McDonald s Malaysia dilaporkan telah menaja makanan untuk 50 hospital diseluruh negara secara berperingkat dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan yang dilanjutkan sehingga 14 April nanti Penajaan makanan ini akan memanfaatkan kira kira 15...
Sumbang Cermin Tutup Muka Kenang Jasa Petugas Kesihatan

Sumbang Cermin Tutup Muka Kenang Jasa Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 1 APRIL Seorang pegawai perhubungan menyumbangkan 100 unit cermin tutup muka topi keledar untuk kegunaan petugas kesihatan yang ketika ini berperang merawat pesakit Covid 19 Harris Rajahdin 39 berkata sumbangan itu bagi menghargai...
Tak Seronoklah Nak Balik Petugas Kesihatan Bimbang Akan Nasib Rakan Setugas Dijangkiti Covid 19

Tak Seronoklah Nak Balik Petugas Kesihatan Bimbang Akan Nasib Rakan Setugas Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 324 hits
Kesan penularan wabak Covid 19 ini boleh dirasai di seluruh dunia apabila sebahagian perniagaan perniagaan serta pejabat urusan terpaksa ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan yang disebabkan oleh virus ini Selepas WHO mengisytiharkan w...
Lihatlah Bagaimana Rakyat China Memberi Penghormatan Luar Biasa Kepada No 1 Frontliner Petugas Petugas Kesihatan Video

Lihatlah Bagaimana Rakyat China Memberi Penghormatan Luar Biasa Kepada No 1 Frontliner Petugas Petugas Kesihatan Video

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 440 hits
Wabak Covid 19 di China telah hampir sselesai dan berada dalam kawalan sepenuhnya Kesemua pegawai kesihatan yang berkhidmat dengan sepenuh hati jiwa dan raga mereka telah dibenarkan pulang ke kampung halaman masing masing setelah berhempas ...
Kkm Tenaga Kerja Diselaras Kurangkan Beban Petugas Kesihatan

Kkm Tenaga Kerja Diselaras Kurangkan Beban Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 377 hits
PUTRAJAYA 25 MAC Kementerian Kesihatan Malaysia menyelaraskan tenaga kerja di hospital kerajaan bagi mengurangkan beban petugas kesihatan sedia ada dalam mendepani wabak Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Oyo Malaysia Tawarkan Bilik Percuma Kepada Petugas Frontliners Kesihatan

Oyo Malaysia Tawarkan Bilik Percuma Kepada Petugas Frontliners Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 320 hits
Kini lebih byk organisasi tampil diri dgn memberi bantuan dlm krisis COVID 19 ini dan terbaru adalah dimana OYO Malaysia tawarkan bilik percuma kepd petugas frontliners
Hiburan Terus Membantu Ustaz Ebit Lew Sumbang Pelbagai Kelengkapan Untuk Petugas Kesihatan

Hiburan Terus Membantu Ustaz Ebit Lew Sumbang Pelbagai Kelengkapan Untuk Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 439 hits
Demi untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa rakyat Malaysia petugas kesihatan berkhidmat dan bekerja keras untuk menangani penularan wabak COVID 19 Mereka tidak tidur tidak pulang ke rumah dan ada kalanya tiada masa untuk makan Bagi menghar...
Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives