Kita Mungkin Perlu Dos Ketiga Lawan Virus Delta



Kita mungkin perlu dos ketiga lawan virus Delta. SETAKAT artikel ini ditulis, enam rakan saya yang sudah disuntik dos pertama vaksin Covid-19 telah dijangkiti virus korona.
Dua daripadanya petugas media tempatan, seorang rakan media dari Thailand dan tiga orang lagi sahabat yang bekerja dari rumah.
Pun demikian, sebulan lalu seorang teman baik saya dari Indonesia berkongsi rasa duka apabila beliau mendapat jangkitan selepas dua minggu menerima dua dos lengkap.
Beliau ingin tahu di manakah silapnya? Antara rumusan awal kami adalah kemungkinan penyebaran Variant Of Concerns, Delta yang kini sedang mengganas di republik berkenaan yang menjadi punca.
Masalah yang meremukkan perasaan teman baik saya itu bukan satu kes pelik. Sebelum ini New York Times melaporkan di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan lapan pemain besbol New York Yankees, hos televisyen popular, Bill Maher dan lima ahli Demokrat positif Covid-19 sekali lagi.
Pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pula, 110 kes dengan 19 kes melibatkan atlet telah direkodkan.
Berdasarkan statistik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS), setakat 30 April lalu, lebih 10,000 jangkitan dilaporkan oleh mereka yang telah divaksinasi.
Di India, lebih dahsyat lagi. Lebih 21,000 rakyatnya dilaporkan positif Covid-19 setelah mengambil dos pertama Covishield dan Covaxin, sementara lebih 5,500 individu dijangkiti selepas memperoleh dos kedua, lapor DNA India.
Lantaran itu, terlalu banyak teori digembar-gemburkan. Antara yang paling sinikal dan banyak sekali dipersoalkan adalah sejauh mana keberkesanan vaksin pada sistem tubuh manusia?
Disebabkan pelbagai prognosis yang timbul, maka persoalan itu saya ajukan kepada Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa.
Beliau menjelaskan, meskipun sudah divaksin, seseorang masih boleh dijangkiti.
Namun, jangkitan adalah bergejala ringan, boleh dirawat di rumah, tidak memerlukan oksigen dan tidak membawa maut.
Lazimnya golongan itu akan mengalami demam selesema biasa dan jumlah yang meninggal dunia juga amat rendah berbanding yang tidak menerima vaksin.
Mengambil contoh senario di United Kingdom, walaupun kes di sana meningkat tetapi kadar kematian adalah sifar kerana peratus yang sudah divaksinasi adalah tinggi dan telah mencapai imuniti kelompok.
Kenyataan Dr Nurul Yaqeen itu sejajar dengan pandangan Ketua CDC, Tom Clark yang diwawancara oleh Bloomberg baru-baru ini.
Kepada media yang sama, Pengarah Pusat Pendidikan Vaksin, Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, Paul Offit pula berkata, semakin pendek tempoh inkubasi, virus dapat merebak sebelum tindak balas imun badan meningkat.
Pernyataan itu antara lain memberitahu setiap jenis vaksin mempunyai durasi masa tertentu sebelum ia betul-betul efektif kepada sistem antibodi bagi melawan virus Covid-19.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, AstraZeneca berkesan 14 hari selepas seseorang mendapat dua dos vaksin, Pfizer (tujuh hari selepas dos kedua), Sinovac (14 hari selepas dos kedua), Sputnik V (21 hari selepas dos pertama) dan Moderna (14 hari selepas dos kedua).
Bagaimana pula dengan keampuhan vaksin sedia ada untuk ‘melawan’ varian Delta yang boleh dijangkiti dalam tempoh 15 saat sahaja?
Dr Nurul Yaqeen berkata, kajian menunjukkan vaksin sedia ada masih boleh memberi perlindungan terhadap varian tersebut. Namun, penyelidikan masih dijalankan bagi melihat kemungkinan perlunya booster dos (suntikan ketiga) untuk menyokong vaksin sedia ada bagi melawan varian Delta.
Ujar pakar tersebut, itu adalah cara yang didapati berkesan untuk mengawal penyakit wabak, contohnya seperti influenza.
Sehingga hari ini, beritahunya, golongan berisiko dinasihatkan mengambil vaksin influenza setiap tahun kerana virus tersebut sering bermutasi.
Pendekatan sama juga barangkali berkesan untuk mengawal wabak Covid-19 yang kini sudah hampir meragut lebih empat juta nyawa manusia di seluruh dunia, kata pakar tersebut.
Justeru, kepada yang sudah lengkap mendapat vaksin, kita masih tetap perlu berhati-hati.
Dengan angka kes positif di Malaysia sudah mencecah sejuta kes, barangkali kerajaan mempertimbangkan untuk mempercepatkan langkah bagi suntikan ketiga?
Segeralah bertindak bagi mengelak situasi menjadi lebih meruncing.
* Mazlina Abdul Majid ialah Editor Rencana SinarPlus, Sinar Harian.
Kita mungkin perlu dos ketiga lawan virus Delta
Baca Artikel Menarik :
PN hilang kuasa bila batal ordinan darurat Doktor kontrak bukan masalah ketika pentadbiran saya, Najib Mencelah bukan cara saya, tunggu Rabu ini- Najib Netizen Dakwa PA Ebit Lew Seorang Pedofil? Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia Layari Laman Facebook MYKMU
The post Kita mungkin perlu dos ketiga lawan virus Delta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/27/kita-mungkin-perlu-dos-ketiga-lawan-virus-delta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Tidak Lawan Virus Dengan Doa

Kenapa Tidak Lawan Virus Dengan Doa

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 306 hits
NAMPAKNYA jumlah jangkitan baharu Covid 19 masih banyak walaupun kerajaan telah mencuba pelbagai langkah untuk mengatasinya Keadaan menjadi meruncing kerana terdapat virus varian Delta melanda negara kita yang didapati mudah merebak dan ter...
2 Dos Suntikan Pfizer Astrazeneca Efektif Terhadap Varian Delta

2 Dos Suntikan Pfizer Astrazeneca Efektif Terhadap Varian Delta

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 184 hits
Dua dos Pfizer AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Foto AFP LONDON Dua dos vaksin COVID 19 jenis Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menjangkiti menurut satu kajian diterbitkan semalam...
Bila Malaysia Akan Beli Vaksin Dos Ketiga

Bila Malaysia Akan Beli Vaksin Dos Ketiga

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 331 hits
POSTED BY AMIR WRLRBeliau berkata negara negara lain sudah mengeluarkan belanja besar untuk membeli dos ketiga tetapi Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya Sepatutnya contohi negara lain seperti UAE yang mula beli Moderna booster Amerika ...
Varian Delta Di Pasir Puteh Mungkin Tersebar Ke Daerah Berdekatan Kata Jknk

Varian Delta Di Pasir Puteh Mungkin Tersebar Ke Daerah Berdekatan Kata Jknk

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 224 hits
Setakat semalam sebanyak enam kluster baharu direkodkan di Kelantan menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 123 KOTA BHARU Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan percaya Varian Delta yang dilaporkan di Pasir Puteh sudah tersebar ke beberapa...
Ahead Of Lawan Protest Cops Reiterate Interstate Travel And Social Gatherings Still Prohibited

Ahead Of Lawan Protest Cops Reiterate Interstate Travel And Social Gatherings Still Prohibited

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 240 hits
Inspector General of Police Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani also stressed that those found in breach of the standard operating procedures will be committing an offence under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act also cal...
Badi Seri Kini Masih Menghantui Sri Pahang Kali Ini 2 2 Lawan Sabah Fc Di Stadium Likas

Badi Seri Kini Masih Menghantui Sri Pahang Kali Ini 2 2 Lawan Sabah Fc Di Stadium Likas

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 329 hits
KUANTAN Sri Pahang sekali lagi kempunan untuk mengutip 3 mata penuh selepas terikat 2 2 dengan Sabah di Stadium Likas Kota Kinabalu semalam Ini merupakan keputusan seri kedua berturut turut buat pasukan kendalian Gianluigi Dollohrumma Tok G...
Lawan Protest Sops And What To Expect Tomorrow

Lawan Protest Sops And What To Expect Tomorrow

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 339 hits
Despite arrests and multiple rounds of police questioning ad hoc youth coalition Sekretariat Solidariti Rakyat is going ahead with their Lawan protest tomorrow They said their goal remains the same to call for Prime Minister Muhyiddin Yassi...
Penganjur Jangka Lebih 1 000 Orang Sertai Perhimpunan Keluar Dan Lawan

Penganjur Jangka Lebih 1 000 Orang Sertai Perhimpunan Keluar Dan Lawan

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 212 hits
Penganjur perhimpunan Keluar dan Lawan menjangkakan kehadiran lebih 1 000 peserta dalam bantahan di Dataran Merdeka esok PETALING JAYA Gangguan berterusan diterima beberapa aktivis daripada pihak berkuasa menjadikan bantahan Keluar dan Lawa...
Suhakam Urges Authorities To Facilitate Lawan Protest

Suhakam Urges Authorities To Facilitate Lawan Protest

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 257 hits
The Human Rights Commission of Malaysia has urged the police and other authorities to facilitate the Lawan protest slated to take place at Dataran Merdeka tomorrow While acknowledging that it is difficult to balance public health priorities...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan