Kita Mesti Kembali Ke Manifesto Kita Dan Kekalkan Peralihan Mei 2020




Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.

Tahun 2019 merupakan tahun yang mencabar bagi negara kita di pelbagai sudut. Walaupun Pakatan Harapan dapat membawa beberapa pencapaian luar biasa - termasuk dasar ekonomi pro-rakyat, pembaharuan institusi yang berterusan dan mengurangkan usia pengundian ke 18 tahun - namun hakikatnya kita harus lebih ke hadapan terutamanya dalam reformasi ekonomi. 

Banyak perlu dilakukan, bukan sahaja dari segi mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menurunkan kos sara hidup, tetapi juga menjamin masa hadapan ekonomi kita, untuk memastikan pekerja kita dapat bersaing dalam menghadapi perubahan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas.

Usaha segera perlu dilakukan untuk mengurangkan kesenjangan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kita. Perkara ini semakin membimbangkan, ia bukan sahaja berlaku antara kaum yang berbeza, tapi juga dalam kalangan kaum yang sama.

Masalah ini pasti akan menimbulkan kebangkitan politik identiti agama dan kaum yang melampau yang kita sedang lihat berlaku sekarang, seperti di beberapa negara di seluruh dunia. 

Hakikatnya, Malaysia tidak boleh menjadi aman dan progresif tanpa keadilan sosioekonomi.

Tahun 2020 yang ikonik mestilah menjadi tahun pembaharuan untuk rakyat.

Pakatan Harapan mesti meneruskan proses reformasi institusi dan memaksimumkan pemodenan ekonomi kita. 

Kita mendapat berita peletakan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan pada tahun baru ini. 

Saya berterima kasih kepada Dr Maszlee atas khidmatnya kepada negara. Saya yakin beliau akan terus berkhidmat kepada kawasannya di Simpang Renggam dan rakyat Malaysia umumnya dengan baik. 

Portfolio Kementerian Pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah dan walapun kami ada berbeza pandangan, hakikatnya Dr Maszlee dapat mencapai perkara konkrit walaupun perlu menghadapi banyak cabaran.

Mahu tidak mahu, Pakatan Harapan mesti berusaha untuk menyampaikan agendanya dengan berkesan kepada rakyat Malaysia, serta memperkasakan individu yang berada di dalam kerajaan.

Selain itu, kita perlu menggandakan usaha kita untuk menunaikan manifesto kita.

Antara yang rakyat mahukan jawapan yang jelas adalah peralihan yang dijanjikan sebagaimana Muafakat Pakatan Harapan yang diumumkan pada 6 Januari 2018. 

Majlis Presiden Pakatan Harapan harus secara jelas memberikan komitmen kepada tarikh peralihan dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan pada Mei 2020 sebagaimana yang pernah dinyatakan kepada rakyat. 

Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kebaikan negara kita. Sama ada penduduk kawasan saya yang saya temui di pasar, penjawat awam di Putrajaya mahupun ahli perniagaan - mereka mahukan jawapan yang jelas dalam perkara ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli Parlimen Setiawangsa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kita-mesti-kembali-ke-manifesto-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 623 hits
Tadi ada banyak masa aku membaca kembali satu artikel dari Pejabat Perdana Menteri yang aku rasa terlupa nak buang tentang Wawasan 2020 Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun 2020 dan tahun ni adalah tahun kita menjadi negara maju Kon...
Skmm Akan Menjalankan Kajian Penggunaan Telefon Bimbit Dan E Dagang Dari 27 Disember 2019 Hingga 31 Mei 2020

Skmm Akan Menjalankan Kajian Penggunaan Telefon Bimbit Dan E Dagang Dari 27 Disember 2019 Hingga 31 Mei 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 360 hits
https ift tt eA8V8J Bermula hari esok 27 Disember 2019 sehingga 31 Mei 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan kajian soal selidik penggunaan telefon bimbit dan e dagang rakyat Malaysia Melalui ciapan di Twitter...
Anwar Pm Ke 8 Pada Mei 2020 Kenyataan Tun M Untuk Dua Tahun Itu Sahih

Anwar Pm Ke 8 Pada Mei 2020 Kenyataan Tun M Untuk Dua Tahun Itu Sahih

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 323 hits
Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana servey ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk...
Azam Tahun 2020 Mesti Simpan Duit Walau Rm3 Sehari Kalau Setahun Ribu Jugak Jadinya

Azam Tahun 2020 Mesti Simpan Duit Walau Rm3 Sehari Kalau Setahun Ribu Jugak Jadinya

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 902 hits
Akhir tahun ni macam macam nak beli Baju sekolah anak alat tulis beg sekolah yuran nak Simpan Duit dan macam macam lagi Kalau yang anak seorang mungkin taklah terasa sangat Bila anak dah masuk 2 3 ni barulah kita akan rasa pentingnya ada ta...
Bph Migas Ingatkan Kuota Bbm Subsidi Terancam Kembali Jebol Di 2020

Bph Migas Ingatkan Kuota Bbm Subsidi Terancam Kembali Jebol Di 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 279 hits
Kepala Badan Pengatur Hilir Minyak dan Gas Bumi Fanshurullah Asa mengatakan pemerintah mengalokasikan kuota Jenis BBM tertentu atau BBM bersubsidi di 2020 sebanyak 15 87 juta kilo liter Rinciannya 15 31 juta KL untuk solar dan 560 000 KL un...
Welcome 2020 Azam Apa Tahun Ni

Welcome 2020 Azam Apa Tahun Ni

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 630 hits
Tahun yang di nanti nantikan Sebab masa sekolah dulu kita dah di gambarkan tahun 2020 ada kereta terbang bangunan tinggi tinggi dan canggih Paling win yang kereta terbang tu benornya Hehe Bangunan tinggi tinggi memang dah banyak pun Merata ...
King Calls For Stronger Unity Among Malaysians In 2020

King Calls For Stronger Unity Among Malaysians In 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah has called on all Malaysians to forge stronger bonds of unity and cooperation to enjoy continued harmony and prosperity while maintaining the nation s...
Iphone Iphone 2020 Akan Menggunakan Panel Oled Dari Boe

Iphone Iphone 2020 Akan Menggunakan Panel Oled Dari Boe

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 297 hits
https ift tt 36dbYxg Pada bulan Ogos lepas telah kami laporkan yang Terkini terdapat laporan yang melaporkan iPhone iPhone pada tahun 2020 akan mula menggunakan panel OLED dari BOE Menurut Samsung akan masih kekal menjadi pembekal panel skr...
Fam Sambung Agenda Untuk 2020

Fam Sambung Agenda Untuk 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 252 hits
PERSATUAN Bolasepak Malaysia akan terus menjadikan 2020 sebagai tahun untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi pelaksanaan pelan hala tuju F 30 yang dilancarkan Oktober 2018 agar bola sepak negara secara berterusan berupaya memberi saingan se...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je