Kita Keturunan Mamak Malbari Kah


Kadang-kadang ada yang menyapa saya dengan cakap Tamil. Ini kerana kulit saya gelap. Hitam. Saya hanya tersenyum. Saya faham ramai yang membezakan ras dan bangsa berdasarkan warna kulit. Masa kecil saya pernah bertanya pada emak.

"Kita keturunan mamak Malabari kah?".

"Kita keturunan Pattani. Moyang kita, Haji Musa dulu tukang di istana Raja Pattani. Bergaduh. Lari masi sini, Kedah."

"Sebelah tok wan, ada mamak jugakah?," saya soal lagi kerana mahu tahu asal usul sebelah ayah pula.

"Tok wan pun asal Pattani. Dulu masa tok wan ada dia selalu pergi ke sana. Adik beradik ramai lagi di sana tetapi sekarang sudah putus hubungan," kata emak sambil tersenyum.

Saya mula faham warna kulit bukan lambang identiti bangsa. Hanya sebahagian kecil kepada identiti bangsa. Makanya sebagai seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, dan menganut agama Islam, maksudnya saya Melayu.

Tafsiran Melayu ini agak pelik. Kalau di Indonesia, Jawa adalah jawa; Bugis dipanggil Bugis; Batak tetap Batak. Tetapi di Malaysia, Pattani, Jawa, Boyan, Banjar, Bugis dan banyak lagi, semuanya dipanggil Melayu. Kerana semua itu bertutur, makan minum pakai juga sama dan beragama Islam. Dan mereka semua berbangga menjadi Melayu.

Tamadun Melayu hebat. Kedah Tua buktinya. Melaka kehebatanannya telah diperkatakan oleh sarjana-sarjana Barat. Manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia juga Melayu. Banyak lagilah cerita hebatnya Melayu.

Kemudian datang penjajah. Portugis, Belanda, British dan Jepun. British paling laknat. Menolak Melayu ke kampung. Bawa pendatang dan letakkan mereka di bandar. Beri peluang kepada pendatang untuk kuasai ekonomi.

Dek kerana sifat semula jadi Melayu yang rendah diri maka senyaplah, tunduklah dan menyerahlah. Namun Melayu terus bekerja di kampung membanting tulang. Pagi ke petang. Tetapi kampung apa yang ada sangat. Cukuplah makan dan minum.

Lebih 500 tahun dijajah maka kesannya amat mendalam. Melayu mundur dan melarat di kampung-kampung. Namun selepas 60 tahun merdeka, Melayu nampak cerdik sedikit. Kerja buat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadikan golongan terpelajar Melayu semakin ramai. Yang diiktiraf oleh dunia pun sudah ramai.

Tetapi peliknya dalam Melayu semakin mendaki ke puncak, ada Melayu yang malu jadi Melayu. Ada Melayu yang berterusan menghina Melayu. Ada Melayu yang tidak yakin dengan kebolehan anak bangsanya sendiri.

Allahyarham Syed Hussin Alatas sejak tahun 1959 dalam akhbar Utusan Melayu tanpa henti menulis untuk memperincikan tentang keperibadian Melayu. Allahyarham juga menyangah Revoulis Mental dan menjawab Melayu Dilema dalam bukunya 'Siapa yang salah. Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu'. Isi kandungan buku tersebut diambil daripada ceramahnya di Kampus Univesiti Sains Malaysia pada 11 Ogos 1972.

Beliau menyebut : " Sebetulnya orang Melayu tidak malas hanya usahanya membawa pendapatan yang lebih kecil daripada masyarakat lain umumnya. Pegawai-pegawai kerajaan Melayu, soldadu Melayu, polis Melayu, drebar Melayu, peon Melayu, buruh Melayu, peladang Melayu, nelayan Melayu, murid-murid Melayu, mahasiswa-mahsiswa Melayu, kebanyakan mereka berusaha dan tidak malas.

"Asal usulnya Melayu dianggap malas, menurut penyiasatan saya, pada kurun ke-19, adalah sebab orang Melayu enggan bekerja di ladang-ladang dan lombong-lombong timah. Mereka tidak dapat diperalatkan oleh penjajah kapitalis. Jika orang Melayu malas sudah lama mereka lenyap dari muka bumi."

Beliau tidak menyangkal adanya halangan (kelemahan) daripada masyarakat Melayu namun yang utama ialah pimpinan politik.

Katanya lagi; "Jika pemimpin cuai berkuasa, yang rasuah, yang kusut pemikiran atau tidak berdaya fikir, yang malas, yang mementingkan diri sendiri, yang mahu benar sendiri, yang tidak mengakui amal orang lain, jika mereka menguasai politik negeri nescaya masyarakat Melayu tidak akan maju."

Dan di zaman milenial ini, ramai yang mengakui pejuang Melayu. Parti politik; pertubuhan bukan kerajaan (NGO); alim ulama dan tokoh masyarakat masing-masing mahu mengangkat Melayu. Mereka berkongres, beresolusi, berkempen, dan macam-macam lagi. Tetapi semuanya berberai-berai dan cuai. Maka semuanya di situ, tidak ke mana-mana, hanya berpusing dalam satu bulatan. Masih sama.

Makanya, Melayu akan terus menjadi melukut di tepi gantang. Untuk menghapuskan kesan penjajah itu bukan perkara yang mudah. Hanya dengan kuasa politik boleh melakukannya kerana hari ini dibuktikan satu persatu milik Melayu hilang.

Dan hari ini, 9 Oktober 2019. Hasil keringat orang Melayu bermula pada tahun 1938 terknoktah. Dirgahayu Utusan Melayu!. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/kita-keturunan-mamak-malbari-kah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Ala Mamak Nasi Kandaq Aromanya Pun Dah Terliur Dibuatnya

Ayam Ala Mamak Nasi Kandaq Aromanya Pun Dah Terliur Dibuatnya

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 297 hits
Masak ayam ala mamak nasi kandar ni ada banyak versinya Yang ni versi empunya resipi Iza Abu Bakar Katanya anak anak dan suami cukup berselera menikmatinya Masaknya senang aje moga menjadi inspirasi untuk mencubanyaOk jom semak resipi yang ...
Nak Masak Ayam Goreng Ala Mamak Style Boleh Guna Rempah Mama Uwais

Nak Masak Ayam Goreng Ala Mamak Style Boleh Guna Rempah Mama Uwais

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 698 hits
Rempah perapan ayam goreng ala style mamakRempah Perapan Ayam by Mama UwaisNampak dimata hanya biasa biasa saja tapi disebalik luar biasa terselit luar biasa Apa rahsia luar biasa rempah perapan ayam goreng ni by Mama uwaisApabila rempah re...
Pln Akhiri Masa Gelap Suku Talang Mamak Di Pedalaman Riau

Pln Akhiri Masa Gelap Suku Talang Mamak Di Pedalaman Riau

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 111 hits
PLN berhati hati Pembangunan akses listrik tak boleh merusak hutan lindung di sekitar permukiman suku Talang Mamak Material pendukung diberangkatkan ke sana Warga bersemangat membantu petugas PLN Demi mengusir masa kegelapan
Rahsia Ayam Goreng Mamak Boleh Jadi Ketagih Jom Dedahkan

Rahsia Ayam Goreng Mamak Boleh Jadi Ketagih Jom Dedahkan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 516 hits
Perasan tak kalau korang ke kedai Mamak bau ayam gorengnya menusuk ke hidup Kalau pergi kaunter makanan mesti teringin nak pilih ayam goreng yang beraroma wangi niDahlah rangup ada rasa rempah yang cukup sedap Apa rahsia resipi mamak ni yan...
10 Artis Indonesia Keturunan Jerman Cantiknya Bikin Hati Meleleh

10 Artis Indonesia Keturunan Jerman Cantiknya Bikin Hati Meleleh

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 298 hits
Memiliki paras cantik yang mampu membuat hati kaum adam meleleh rupanya 10 artis Indonesia ini merupakan keturunan Jerman
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024