Kita Hanya Menunggu Lampu Hijau Kuwait






 Setelah hampir setahun sejak lawatan kerja Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber di Kuwait, Malaysia masih menantikan kesudahan perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait yang tidak aktif.










Sejak lawatan DS MENHAN yang menyatakan pihak Kuwait tidak mempunyai sebarang halangan terhadap hasrat Malaysia memperolehi Hornet-Hornet tersebut, Malaysia telahpun menerima kelulusan dari Kongres Amerika Syarikat.


Kelulusan Kongres AS bawah Arms Export Control Act pada bulan Jun itu kini memberikan pihak Malaysia akses kepada dokumentasi dan rekod penyelenggaraan armada Hornet Kuwait. Walaupun tidak aktif (active flight status), Hornet Kuwait mempunyai jam masa penerbangan (flight hours) yang rendah dan terus diselenggara dengan baik.


Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris menyatakan bahawa airframe-airframe itu akan dinilai berdasarkan kebolehhidupan jangka lama (long-term viability), terutamanya dari aspek keperluan penyelenggaraan.


Untuk mengoperasikan F/A-18C/D ini, kebolehhidupan jangka lama (long-term viability) amat penting kerana perolehan ini memerlukan pesawat-pesawat tersebut terus terbang sehingga 2040-an sebagai langkah sementara (stop-gap measure) sebelum TUDM membeli pesawat pejuang generasi ke-5 dan ke atas bagi menggantikan pesawat MiG-29, Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D yang sedia ada.


Jen Muhammad Norazlan turut berkata bahawa pasukan teknikal TUDM bakal dihantar ke Kuwait pada bulan September untuk membuat penilaian tetapi tidak pasti jika telahpun dihantar atau belum.


Sekiranya berjaya, pemindahan Hornet Kuwait ke Malaysia hanya boleh diteruskan sekiranya Tentera Udara Kuwait menerima pesawat baharu mereka, iaitu F/A-18E Super Hornet dan Eurofighter Typhoon. "Saya difahamkan kalau mereka terima empat pesawat baharu, maka empat pesawat (Legacy) boleh diberikan kepada kita. Jika lapan diterima, maka kita juga (TUDM) juga akan terima lapan," menurut PTU.


Penyerahan pesawat F/A-18E Super Hornet baharu Kuwait masih mengalami kelewatan, media melaporkan bahawa Boeing telahpun siapkan 28 buah Super Hornet Kuwait dan menyerahkan jet-jet tersebut ke US Navy pada tahun 2021 sebelum boleh diserahkan kepada Kuwait.
 
Tentera Udara Kuwait mempunyai sebanyak 38 unit F/A-18C/D Hornet, terdiri daripada kira-kira 27 unit F/A-18C (tempat duduk tunggal) dan 6 F/A-18D (dua tempat duduk) yang dilaporkan telah dinaik taraf banyak kali sejak memasuki perkhidmatan. Pada Oktober lalu, sebuah Hornet Tentera Udara Kuwait terhempas, mengorbankan juruterbangnya.


Untuk TUDM, 18 Skuadron mengoperasikan 8 buah F/A-18D Hornet sejak 1997 dan “Sarang Tebuan” kini tinggal 7 buah selepas M45-07 terhempas bulan lalu.


Mengambil kira doktrin Malaysia yang tidak mengamalkan sikap ofensif (offensive), pesawat pejuang TUDM harus ditambah dari aspek kuantiti dan kualiti agar dapat mencegah pencerobohan udara malah mempertahankan ruang udara dari pesawat musuh. Selain mempertahankan kedaulatan ruang udara, kuasa udara TUDM yang jjtu juga mampu memberikan kerajaan Malaysia lebih banyak pengaruh pada peringkat serantau serta antarabangsa.


Di sekitar Malaysia, Singapura bakal menerima Lockheed Martin F-35A/B Lightning II, Thailand menambah Saab Gripen E/F. Selain itu, Indonesia juga akan menerima Dassault Rafale dan juga membuat keputusan untuk memperolehi Kaan Turkish Aerospace Industries sementara masih mengekalkan kerjasama mereka bersama Korea Aerospace Industries dalam projek KF-21. Perolehan Boeing F-15EX Indonesia masih dalam pertimbangan dengan laporan media bahawa J-10 China juga antara pesawat pejuang dipertimbangkan.


Namun demikian, jika tidak mengambil kira Kaan dan KF-21 yang masih di tahap prototaip, hanya F-35A/B yang boleh dikatakan pesawat pejuang generasi ke-5 tulen antara jet-jet di atas, Gripen, Rafale, F-15EX malah Super Hornet diklasifikasikan sebagai jet generasi ke-4 atau maksimum 4.5. 


Rakan-rakan strategik Malaysia seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) di mana 3/5 anggotanya iaitu Singapura, Australia dan United Kingdom mempunyai F-35A/B. 


Apakah pendapat anda?
A)Menambah F/A-18C/D Kuwait ke “Sarang Tebuan” Butterworth


B)Beli “Super Hornet” baharu sekiranya US menyokong untuk “potong queue”


C)Beli pesawat baharu lain sementara platform generasi seterusnya seperti Kaan, KF-21, GCAP terus matang?








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/kita-hanya-menunggu-lampu-hijau-kuwait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 883 hits
FAM Kini Menunggu Keputusan Penghakiman FIFA Sebelum Kemuka Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia kini sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa sebelum mengambil tindakan mengemukakan rayuan meng...
Siti Jamumall Tetap Bangga Dengan Aiman Jujur Berharap Hanya Jatuh Talak 2 Sahaja

Siti Jamumall Tetap Bangga Dengan Aiman Jujur Berharap Hanya Jatuh Talak 2 Sahaja

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 644 hits
Usahawan dan pempengaruh sensasi Siti Jamumall tetap bangga dengan Aiman iaitu bekas suaminya kerana tetap ada disamping dirinya sepanjang proses kehamilan dan bersalin tempoh hari https www tiktok com sitijamumall photo 7552892457298529537...
Mangsa Akui Bukan Dib Li Insiden Di Ikbn Miri Hanya Gurauan Hari Jadi Rakan Rakan

Mangsa Akui Bukan Dib Li Insiden Di Ikbn Miri Hanya Gurauan Hari Jadi Rakan Rakan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 638 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan penularan video berdurasi 13 saat di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu sehingga terhentak pada tiang di Miri bukanlah insiden buli Ketua Polis Daerah Miri memaklumka...
Alhamdulillah Hanya Allah Yang Lebih Tahu Dialah Pemberi Rezeki

Alhamdulillah Hanya Allah Yang Lebih Tahu Dialah Pemberi Rezeki

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1195 hits
Zahirkan kegembiraan sesungguhnya Dia yakni Allah lebih tahu Terim aksih blogger Amie s Kitchen Semalam dan sekarang memakai baju hadiah dari blogger Amie s Kitchen Blog yang kian naik atas blog kini ke no 23 terbaik dari 100 blog di Malays...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 2063 hits
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan dan Menyerah Ada satu masa dalam hidup kita terjebak dalam ruang yang samar bukan lagi benar benar kuat tapi juga belum sepenuhnya menyerah Kita berdiri di persimpangan memandang ke hadapan dengan mata ...
Kejar Ambulans Bawa Nenek Langgar Lampu Merah Sehingga Sebabkan Kemalangan 5 Kenderaan

Kejar Ambulans Bawa Nenek Langgar Lampu Merah Sehingga Sebabkan Kemalangan 5 Kenderaan

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 434 hits
Kejar ambulans bawa nenek langgar lampu merah sehingga sebabkan kemalangan 5 kenderaan Kemalangan yang membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Kulim Hi Tech petang semalam Foto PDRM KULIM Akibat me...
Tu Diaaa Cat Hijau

Tu Diaaa Cat Hijau

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 142 hits
Ayahanda Abdul Rani KulopKes rorgol di Melaka Mungkin PDRM boleh panggil orang yang keluar kenyataan tu Kalau ayah jadik menteri perogol ni ayah botakkan kendian seluruh badan dia warnakan dengan kaler ijau nak lagi sedap pakaikan cawat bes...
Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2656 hits
Buletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Seorang pemandu e hailing ditahan susulan satu video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta hampir melanggar seorang wanita yang sedang melintas jalan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohame...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch