Kita Dijangka Dapat Umrah Awal Tahun Depan




Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menjangka rakyat Malaysia akan berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah seawal tahun hadapan. - Foto hiasan AFP
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menjangka rakyat Malaysia akan berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah seawal tahun hadapan.
Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata biarpun Arab Saudi sudah memberi kebenaran untuk jemaah luar negara termasuk dari Malaysia untuk mengerjakan umrah, faktor dalaman di negara ini mengakibatkan ia sukar dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.
Katanya, Malaysia ketika ini sedang berdepan gelombang jangkitan COVID-19 yang tinggi malah perintah pergerakan juga dijangka tidak berakhir hingga hujung tahun ini.
"Sememangnya PAPUH termasuk ramai rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menjadi jemaah umrah tetapi kita tidak jangka ia boleh ditunaikan dalam tempoh terdekat ini, kemungkinan selepas berakhirnya Disember nanti.
"Sebenarnya kerajaan Arab Saudi sudah memberi kebenaran kepada jemaah luar termasuk dari Malaysia sejak mereka membuka ibadah itu pada 1 Muharam lalu. Tetapi di Malaysia kita mempunyai halangan tersendiri termasuklah dari segi kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta permohonanMyTravelPass," katanya kepada BH, hari ini.
Hari ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan berkata lebih 20,000 jemaah daripada dalam dan luar negara itu akan menunaikan umrah dalam tempoh beberapa hari lagi.
Menurut laporan itu, jurucakap kementerian, Hisham Bin Saeed, berkata kebenaran hanya diberikan kepada jemaah dari negara yang tidak terikat dengan larangan kemasukan oleh Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA).
Negara yang berdepan larangan perjalanan adalah India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Ethiopia, Vietnam, Afghanistan dan Lubnan.
Mengulas lanjut, Razali berkata, sekiranya kerajaan membenarkan umrah dilakukan, pihak agensi umrah akan mengikuti setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kedua-dua buah negara.
"Kita merayu agar kerajaan mempertimbangkan perkara ini sekurang-kurangnya membuka kepada jumlah jemaah yang terkawal disebabkan agensi pada setiap hari menanggung kerugian dan perlu untuk beroperasi," katanya.
Beliau berkata, disebabkan pembukaan umrah oleh Arab Saudi, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk membenarkan agensi pelancongan mengadakan pengiklanan syarikat dan produk yang ditawarkan.
"Ketika ini, pengiklanan sedemikian tidak dibenarkan berlangsung tetapi kerajaan harus sedar, setiap agensi mempunyai kakitangan yang perlu ditanggung serta dibayar gaji dan sekiranya pengiklanan ini dibenarkan, mereka boleh beroperasi dalam keadaan semasa.
"Janganlah apabila umrah dibenarkan, baru kita mahu memulakan iklan. Melalui iklan sedemikian, mahu rakyat yang mahu mengerjakan umrah tahu, kita agensi ini masih lagi beroperasi," katanya.
Kredit Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/08/kita-dijangka-dapat-umrah-awal-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Sahih Awal Bulan Dan Awal Tahun Hijriyah

Doa Sahih Awal Bulan Dan Awal Tahun Hijriyah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 627 hits
Ini doa sahih pada awal dan akhir tahun Silakan diamalkan
Hiburan Awal Dan Janna Tidak Lagi Mengacara Melodi Sidang Media Khas Diadakan Minggu Depan

Hiburan Awal Dan Janna Tidak Lagi Mengacara Melodi Sidang Media Khas Diadakan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 317 hits
Jika sebelum ini gandingan duo pengacara sensasi program Melodi Awal Ashaari dan Janna Nick seolah olah bakal mengakhiri tugas mereka sebagai hos program tersebut penerbit Melodi Noradillah Abdullah memaklumkan bahawa satu sidang media khas...
Roller Coaster Paling Curam Di Dunia Dibuka Tahun Depan

Roller Coaster Paling Curam Di Dunia Dibuka Tahun Depan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 276 hits
Roller Coaster yang diberi nama Dr Diabolical s Cliffhanger TEXAS Taman tema Six Flags di bandar ini memperkenalkan roller coaster baharu bagi tahun 2022 dengan elemen paling curam di dunia Roller Coaster yang diberi nama Dr Diabolical s Cl...
Banyaknya Kek Lara Si Cilik Lara Alana Dah 7 Tahun Awal Titip Ucapan Indah

Banyaknya Kek Lara Si Cilik Lara Alana Dah 7 Tahun Awal Titip Ucapan Indah

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 386 hits
Siapa yang tidak kenal Lara Alana anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang mempunyai jumlah pengikut di Instagram yang cukup ramai Pejam celik pejam celik rupanya Lara Alana kini sudah pun berusia tujuh tahun pada 22 Julai l...
Mumia Chinchorro 7 000 Tahun Peninggalan Peradaban Awal Manusia Video

Mumia Chinchorro 7 000 Tahun Peninggalan Peradaban Awal Manusia Video

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 265 hits
Mumia Chinchorro 7 000 Tahun Peninggalan Peradaban Awal Manusia VIDEO SANTIAGAO Chile Mumia tertua di dunia iaitu mumia Chinchorro di utara Chile menyertai senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Ilmiah dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bers...
Ibu Terkejut Anak Menjerit Kanak Kanak 1 Tahun 5 Bulan Maut Dipatuk Ular Dalam Bilik

Ibu Terkejut Anak Menjerit Kanak Kanak 1 Tahun 5 Bulan Maut Dipatuk Ular Dalam Bilik

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 375 hits
Empat jam setelah menerima rawatan di hospital selepas dipatuk ular akhirnya kanak kanak lelaki berusia setahun lima bulan pergi menghadap ilahi di Hospital Rembau Negeri Sembilan Menerusi laporan Astro Awani dalam kejadian kira kira jam 9 ...
E Rekod Tasmik Panitia Pendidikan Islam Bahasa Arab Sk Bandar Laguna Merbok Tahun 2021

E Rekod Tasmik Panitia Pendidikan Islam Bahasa Arab Sk Bandar Laguna Merbok Tahun 2021

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 713 hits
1 TEMPLAT PEREKODAN TASMIK TAHUN 1 Templat perekodan tasmik kelas 1A Templat perekodan tasmik kelas 1B Templat perekodan tasmik kelas 1C Templat perekodan tasmik kelas 1DLP Templat perekodan tasmik kelas 1S 2 TEMPLAT PEREKODAN TASMIK TAHUN ...
Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu

Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 423 hits
Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang Sumatera Barat pada Jumaat lalu
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Langit Senja Muzufa

Sambal Tempoyak Petai

Depan Lain Belakang Lain Mengenali Sikap Orang Bermuka Dua

Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi