Kita Bukan Hanya Ada Pemimpin Korup Tapi Pengkhianat Negara Dr Noorazman
CYBERJAYA, 04 Mei 2022 – “Kita ada pemimpin bukan hanya sekadar  korup, tetapi pengkhianat negara. Mereka bukan melaksanakan agenda  negara, agenda bangsa, agenda agama. Bukan!” tempelak Dr Noorazman,  jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Kenyataan tersebut dikeluarkannya dalam sesi maklum balas peserta  Konvensyen Ulama dan Da’i anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam  (PEMBELA) yang berlangsung di Cyberjaya April lalu.
Beliau berpendapat bahawa umat Islam secara keseluruhannya sedang  berperang dan diserang, serta menerima ancaman dari pelbagai sudut  seperti kesihatan, ekonomi dan terbaru, ancaman akidah dan agama.
“Tahun 2019 berlaku serangan senjata biologi (COVID-19), tahun 2020  berlaku norma baharu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dan kita  melihat kita semakin lemah, ekonomi semakin lemah.”
Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan Malaysia bakal  memperkenalkan mata wang digital yang mana jika diimplementasi secara  menyeluruh, perkara ini akan menyukarkan sebarang proses pemberian atau  sumbangan wang kepada pihak yang memerlukan seperti madrasah.
Dr Noorazman yang juga merupakan jurucakap Gerakan Post-Mortem  COVID-19 (GPMC) berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya  menerima laporan berhubung kesan sampingan vaksin sebanyak 6% dan  selebihnya tidak dilaporkan. Menurutnya, peratus ini berbeza dengan  rekod data yang diberi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau melihat masalah ini sebagai ruang kepada ulama, badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional untuk membantu rakyat.
Beliau sedia maklum bahawa kebanyakan pemimpin politik dikuasai oleh pengkhianat negara.
Justeru itu, beliau menegaskan dalam bab politik negara, “Tidak  kiralah namanya Islam atau tidak Islam. Kalau tidak bersama rakyat,  tidak bersama kebaikan negara kita, agama kita, kita tolak”.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]  
   
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2022/05/kita-bukan-hanya-ada-pemimpin-korup.html