Kita Akan Bagi Keistimewaan Penjara Sekiranya Najib


Ke mana pun saya pergi sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja-T oren lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut “dikecualikan” daripada memakai pakaian seragam itu adalah isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor.

Kalau orang biasa yang tanya, saya tak hairan sangat. Ini peguam, pendakwa raya dan menteri kabinet pun tanya.

Ada orang kata, mereka tidak dipakaikan uniform tersebut kerana mereka tidak dikenakan tahanan reman manakala yang lain pula kata, kerana tidak ada bahaya mereka melarikan diri.

Ada yang tanya adakah ini pilih kasih atau ada lagi pihak yang memihak kepada mereka?

Tapi semua kata adalah tidak adil Najib dan Rosmah dikecualikan. Lebih tidak patut kalau alasan sengaja dibuat supaya mereka tidak perlu memperagakan pakaian seragam itu.

Betapa tidak. Beberapa orang kanan Najib seperti (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Rahim, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan (Datuk) Rizal Mansor semuanya “diorenkan”.

Saya kurang pasti kalau Datuk Seri (tengku) Adnan Mansor juga “dibajuorenkan”. Tetapi rasanya tidak. Kalau tidak silap dia pakai baju seakan batik berwarna biru.

Banyak lagi kes SPRM yang menanti Najib dan Rosmah. Jadi kita tunggu dan lihatlah sama ada hasrat orang ramai melihat Najib dan Rosmah memperagakan seragam oren itu akan termakbul.


Hak Bersuara

Kemudian orang pun bertanya mengenai Najib yang terus membuat kenyataan seolah-olah dia masih Perdana Menteri dan keengganannya masuk kandang tertuduh ketika sesi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 16 November lalu.

Berkenaan Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan loya tak payahlah baca komen dia.

Ini cerita orang takut hantu ketika berseorangan pada malam gelap gelita. Lagi takut, lagi kuatlah dia menyanyi atau bercakap sendirian.

Bersabit keengganan dia masuk kandang tertuduh pula, ada orang, termasuk peguam kata, perbuatannya itu menghina mahkamah. Orang putih kata “contempt of court”.

Penyelidikan saya mendapati bahawa di bawah Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947, sabit tuduhan menghina mahkamah  boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga minggu atau denda.

Tapi saya rasa keengganan masuk kandang itu dibuat untuk menguji kesabaran hakim dan mencabar peraturan mahkamah.

Adalah kebiasaan dalam perbicaraan bagi orang kena tuduh dan peguam mereka menggunakan pelbagai tipu helah dan isu teknikal bagi melengahkan perbicaraan dan sekali gus mencetuskan keraguan.

Kita telah tengok bagaimana kaedah ini digunakan secara berleluasa dalam kes-kes berat atau sensasi, khususnya yang membabitkan orang politik dan orang kenamaan lain.

Silap-silap tertuduh sakit perut, sakit jantung, sakit mata dan macam-macam lagi. Kemudian tukar peguam. Lepas itu bantah itu dan ini.


Mahkamah Teliti

Proses mahkamah lazimnya perlahan kerana mahkamah perlu teliti. Ada empat peringkat mahkamah yang perlu dilalui sebelum seseorang itu menjalani hukuman.

Dalam kes Najib ini sudah pasti dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Dengan takdir dia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, dia boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kalah di Mahkamah Rayuan merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan. Kalau kalah juga barulah masuk penjara.

Jadi, nasihat saya, kita jangan terlalu sangat menaruh harapan hendak tengok Najib, Rosmah dan sekutu mereka dicampakkan ke dalam penjara dalam masa yang singkat.

Kalaulah ditakdirkan Pendakwa Raya menang, saya rasa kita berikan sedikit keistimewaan kepada Najib.

Kita benarkan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang dengan menaiki MRT kerana kebetulan dia memilih membina MRT di antara Sungai Buloh dan Kajang yang kedua-duanya ada penjara. 

Tulisan Kadir Jasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/kita-akan-bagi-keistimewaan-penjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terlalu Harap Najib Rosmah Akan Ke Penjara

Jangan Terlalu Harap Najib Rosmah Akan Ke Penjara

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 332 hits
ULASAN Kemana pun saya pergi sekarang soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja T oren lokap ...
Demo Icerd Kenapa Umno Pas Tak Buat Demo Najib 1mdb Soal Kit Siang

Demo Icerd Kenapa Umno Pas Tak Buat Demo Najib 1mdb Soal Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 643 hits
Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Umno dan PAS akan bersama mengadakan protes bagi menyatakan bantahan terhadap skandal 1MDB dan bekas perdana menteri Najib Razak Veteran DAP itu berkata demikian sebagai mengulas rancangan Umno dan PAS m...
Tumpu Bangunkan Ekonomi Dan Kekalkan Perpaduan Najib

Tumpu Bangunkan Ekonomi Dan Kekalkan Perpaduan Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 187 hits
ICERD Ketika pentadbiran BN satu jawatankuasa pernah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah jabatan Perdana Menteri pada tahun 2011 Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji akan ...
Najib Selesai Beri Keterangan Hampir 4 Jam Di Sprm

Najib Selesai Beri Keterangan Hampir 4 Jam Di Sprm

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 369 hits
THE MALAYSIA TIMES PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini selepas memberi keterangan kira kira empat jam dipercayai berkaitan kes penyelewen...
Kalau Najib Boleh Didakwa Waytha Moorthy Juga Patut Disiasat Timbalan Mufti Perak

Kalau Najib Boleh Didakwa Waytha Moorthy Juga Patut Disiasat Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 660 hits
Timbalan Mufti Perak Ustaz Zamri Hashim11 Rabiulawal 1440H Isnin Kenyataan biadab Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang memfitnah dan memburukkan nama negara hakikatnya tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia Ti...
Dividen Unit Amanah Dijangka Akan Turun Najib

Dividen Unit Amanah Dijangka Akan Turun Najib

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 329 hits
Oleh kerana keyakinan pelabur telah terhakis akibat langkah langkah yang tidak bijak dari kerajaan PH dan ekonomi yang semakin menyusut selepas PRU14 pelabur asing telah banyak menarik keluar dana mereka dari Malaysia Seperti di dalam carta...
Najib Jawab Ratifikasi Icerd Zaman Bn

Najib Jawab Ratifikasi Icerd Zaman Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 792 hits
Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memutus atau mengumumkan sebarang usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana sudah mengetahuinya bertentangan dengan asas negara Kajian yang ...
Mengapa Bank Negara Dan Suruhanjaya Sekuriti Tidak Mengeluarkan Amaran Dan Siasat Dalang Di Sebalik Harapan Coin Najib

Mengapa Bank Negara Dan Suruhanjaya Sekuriti Tidak Mengeluarkan Amaran Dan Siasat Dalang Di Sebalik Harapan Coin Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 341 hits
Khalid Samad mengakui dia dan rakan rakan terlibat dalam projek Harapan Coin Bagus Kita buat ulang kaji sedikit Pertama Khalid Samad cadangkan Harapan Coin diguna dalam transaksi rakyat dengan kerajaan Kedua Khalid Samad dalam video kata Ha...
Najib Razak Baginda Dipanggil Sprm Kes Scorpene

Najib Razak Baginda Dipanggil Sprm Kes Scorpene

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 295 hits
Najib pada tahun 2002 mengawasi pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan Agosta dari tentera laut Perancis DCN International bernilai hampir 1bil yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak bagi tujuan meningkatkan kebolehan p...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai