Kisah Wartawan Atlet Fencing Nam Joohyuk Kim Taeri Dilamar Berlakon Drama Twenty Five Twenty One
Sejak dua menjak ini, K-Drama sepertinya suka mempelopori kisah yang berlaku pada masa lalu.
Sama seeprti drama terbaru terbitan tvN iaitu “Twenty-Five Twenty-One” yang menceritakan kisah daripada tahun 1998 hingga 2021. Pada tahun 1998, ketika dunia yang kelihatan hampir musnah, dua individu berusia 22 tahun dan 18 tahun berkenalan buat pertama kalinya namun bertindak menyakiti satu sama lain ketika berusia 23 tahun dan 19 tahun. Pada usia 24 tahun dan 20 tahun, mereka mula belajar untuk mempercayai satu sama lain dan ketika berumur 25 tahun dan 21 tahun, mereka akhirnya jatuh cinta.
Khabarnya, dua watak utama drama tersebut telah ditawarkan kepada pelakon Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk di mana kedua-dua agensi mereka mengesahkan bahawa mereka sedang meneliti tawaran tersebut dengan positif.
Nam Joo-hyuk dilamar untuk melakonkan watak Baek Yi-jin, seorang wartawan sukan UBS. Selepas menjadi wartawan pada usia 23 tahun, dia bekerja sebagai penjual alat solek dan pengawal keselamatan bagi mengorek pelbagai isu panas. Dia turut ditawarkan menjadi wartawan sukan ketika Sukan Asia di mana dia berkenalan dengan seorang atlet bermain pedang bernama Na Hee-do.
Bagi watak Na Hee-do pula, ianya ditawarkan kepada Kim Tae-ri di mana dia dipilih untuk menyertai pasukan kebangsaan selepas bertanding sebagai pemain pedang di peringkat sekolah menengah. Dia merupakan seorang yang hebat dalam sukan tersebut dan turut berjaya meraih pingat emas dengan kemahirannya.
Kalau anda nak tahu, kedua pelakon ini pernah bertemu dalam sebuah iklan untuk jenama restoran “Outback Steakhouse” pada tahun 2016. Okay tak gandingan Nam Joo-hyuk dan Kim Tae-ri sebagai pelakon pula nanti?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kisah-wartawan-atlet-fencing-nam-joohyuk-kim-taeri-dilamar-berlakon-drama-twenty-five-twenty-one/