Kisah Wanita Tinggalkan 2 Anak Sehingga Mati Kelaparan



Sanae Nakamura, 23 tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel, Sakurao Hagi, 3 tahun, dan anak lelaki, Kaede Hagi, 1 tahun.
Sejak perceraian dengan suaminya pada Mei 2009, Sanae membesarkan anak-anaknya seorang diri, situasi di mana dia tidak begitu gembira.


Sanae tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk melakukan kerja rumah, dibuktikan oleh longgokan sampah yang bertimbun di dalam apartmentnya. Bekerja sebagai pelayan seks Pada Januari 2010, Sanae Nakamura mula bekerja sebagai pelayan seks di rumah pelacuran. Dia merupakan seorang wanita yang berpenampilan menarik, dan pekerjaan itu adalah perubahan dalam hidupnya daripada menjadi seorang ibu yang membosankan.
Malah, majikannya menyediakan apartment untuk didiami Sanae dan anak-anaknya.

Pada Mac 2010, Sanae Nakamura mendapat teman lelaki dan mula menghabiskan malam-malam di lelaki itu, meninggalkan kedua-dua anak kecilnya bersendirian di rumah.
Situasi ini semakin kerap berlaku, dan tidak diketahui sama ada teman lelaki Sanae mengetahui bahawa dia mempunyai anak atau tidak.
Sanae hanya akan pulang ke rumahnya beberapa hari sekali dengan membawa makanan untuk anak-anaknya.
Jiran mula terdengar tangisan kanak-kanak Selepas beberapa hari, seorang jiran yang prihatin menghubungi pusat kebajikan kanak-kanak Osaka kerana terdengar tangisan dan jeritan “Mama,mama!” setiap malam.
Panggilan telefon pertama yang dibuat oleh jiran tersebut adalah pada 30 Mac 2010. Pada 31 Mac, 1 dan 2 April, 2 pegawai kebajikan mengunjungi rumah Sanae untuk menyiasat perkara dengan lebih lanjut.

Namun, tiada siapa yang menyahut panggilan mereka, membuatkan 2 pegawai tersebut pulang.
Jiran tersebut sekali lagi menghubungi badan kebajikan tersebut seminggu kemudian pada 8 April 2010. 2 kanak-kanak malang tersebut masih menangis dan menjerit sehingga lewat malam.

Pegawai-pegawai kebajikan sekali lagi melawat ke rumah tersebut, namun sekali lagi, tiada siapa yang menjawab panggilan mereka. Kecuaian pegawai kebajikan menjalankan tugas Mereka tidak berjumpa atau menemubual jiran tersebut, tetapi terus beredar. Tidak putus asa, jiran tersebut membuat panggilan ketiga pada 18 Mei, lebih daripada 5 minggu selepas panggilan kedua, dan 11 minggu selepas panggilan pertama.

Perkara yang sama berlaku, pegawai-pegawai kebajikan datang dan tiada siapa yang membuka pintu. Disebabkan rumah tersebut disewa oleh rumah pelacuran tempat Sanae bekerja, jadi mereka tidak tahu siapa yang tinggal di situ.
Tetapi mereka tidak menghubungi rumah pelacuran tersebut untuk mengetahui siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Mereka juga tidak menghubungi pihak polis mengenai kanak-kanak yang dilaporkan dalam bahaya.
Mereka hanya berlalu begitu sahaja.
Sakae Nakamura pulang untuk kali terakhir Pada awal Jun 2010, Sanae Nakamura mengunci pintu apartmentnya dan berlalu pergi. Ia merupakan kali terakhir Sanae melawat anak-anaknya, sehinggalah kedua-dua kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia.
“Saya ingat selepas seminggu kemudian, mereka mungkin sudah mati. Jadi saya tak rasa saya perlu pulang untuk selamatkan mereka,” kata Sanae.
Selepas lebih daripada 6 minggu, iaitu pada 29 Julai 2010, Sanae akhirnya pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja melihat anak-anaknya mati dalam keadaan sudah reput, dia sekali lagi meninggalkan rumahnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Dan keesokan harinya, pihak polis datang ke apartment Sanae selepas mendapat laporan daripada jiran yang terbau bau yang pelik daripada apartment nombor 303.
Pihak polis memecah masuk rumah Sanae
Pihak polis memasuki apartment tersebut melalui balkoni disebabkan pintu utama berkunci. Apabila mereka berjaya memasuki rumah, mereka menemui sumber bau busuk tersebut.
Ia datang daripada 2 mayat yang kecil dan mereput, dalam keadaan berbogel terbaring di tengah-tengah ruang tamu, dikelilingi dengan sampah sarap.
Sanae Nakamura yang juga dikenali sebagai Sanae Shimomura, ditahan pada 30 Julai 2010, dan kelihatan seperti tidak menyesal dengan apa yang berlaku.
“Sejak bercerai pada Mei 2009, saya menjadi penat untuk menjaga anak-anak saya. Saya mahukan masa lapang. Saya harap saya tidak mempunyai anak. Saya tahu mreka tak akan dapat teruskan hidup (mati) jika saya meninggalkan mereka tanpa memberikan makanan atau air,” jelas Sanae.

Sanae Nakamura dibicarakan di Mahkamah Daerah Osaka atas dakwaan membunuh anak-anaknya.
Dia membela diri dengan mengatakan tidak bermaksud untuk membunuh anak-anaknya apabila membiarkan mereka terkunci dalam apartment tanpa makanan dan air selama berminggu-minggu.
Sanae menyalahkan pengalaman buruknya ketika dia kecil yang mana dia diabaikan dan dicabul, membuatkannya tidak sukakan perkara yang tidak menyenangkan.
Dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun
Pihak mahkamah akhirnya mendapati Sanae bersalah di atas kesalahan membunuh, dan dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara.
Berikutan keputusan itu, peguam Sanae kemudiannya membuat rayuan. Pada 25 Mac 2013, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman 30 tahun tersebut.
Hakim Yasuhiro Morioka menjelaskan bahawa tindakan Sanae telah menyebabkan kedua-dua kanak-kanak tidak bersalah itu maut. Beliau menilai hukuman yang diberikan oleh Mahkamah Daerah Osaka sebagai sesuai.




Beliau juga menegaskan bahawa keadaan terdesak yang dihadapi kedua-dua anaknya yang kelaparan itu sebagai “melampaui batas imaginasi” dan kematian mereka adalah “tersangat kejam”. Kisah ini telah difilemkan dalam “Sunk Into The Womb” yang ditayangkan pada tahun 2013.

Kes ini sama seperti kes Rie Fujii pada tahun 2001. Rie Fujii, seorang warga Jepun yang tinggal di Kanada, meninggalkan anak-anaknya yang masing-masing berusia 15 dan 3 bulan di apartmentnya bersendirian ketika melawat teman lelakinya.
Selepas 10 hari, dia pulang ke rumah dan mendapati kedua-dua anaknya telah mati akibat kelaparan. Rie hanya dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan dihantar pulang ke Jepun setelah dibebaskan. – iluminasi.com





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2018/11/kisah-wanita-tinggalkan-2-anak-sehingga-mati-kelaparan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 486 hits
SEORANG gadis berumur 15 tahun telah dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolahnya push Mayatnya ditemui di dalam hutan dalam keadaan dikelilingi oleh simbol simbol syaitan dan dua ekor
Menteri Yohana Anak Korban Kekerasan Meninggal Atau Cacat Pelaku Bisa Dihukum Mati

Menteri Yohana Anak Korban Kekerasan Meninggal Atau Cacat Pelaku Bisa Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 256 hits
Menurut Yohana aturan pelaku kekerasan terhadap anak dihukum tembak mati atau seumur hidup itu sesuai dengan Undang undang Nomor 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang undang Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak
Menyesal Nak Mati Bila Doktor Kata Susu Kultur Itu Penyebab Saluran Suara Anak Jadi Bengkak Ibu

Menyesal Nak Mati Bila Doktor Kata Susu Kultur Itu Penyebab Saluran Suara Anak Jadi Bengkak Ibu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 506 hits
Menyesal nak mati bila doktor kata susu kultur itu penyebab saluran suara anak jadi bengkak IbuSemalam seorang ibu meluahkan rasa kebimbanganya mengenai kesihatan anak perempuan beliau yang lemah selepas disahkan tidak sihat kerana minuman ...
Kisah Stephanie Dickson Tinggalkan Pekerjaan Impian Demi Perbaikan Lingkungan

Kisah Stephanie Dickson Tinggalkan Pekerjaan Impian Demi Perbaikan Lingkungan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 210 hits
Setiap orang pasti memiliki pekerjaan impiannya dan mereka akan mendedikasikan hidupnya untuk pekerjaan tersebut Meski demikian tak selamanya pekerjaan impian tersebut menjadi dedikasi hidup Anda
Inspiratif Mengharukan Kisah Bakti Seorang Anak Kepada Ibunya Yang Keterbelakangan Mental

Inspiratif Mengharukan Kisah Bakti Seorang Anak Kepada Ibunya Yang Keterbelakangan Mental

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 318 hits
Blog Khusus Doa Assalamu alaikum Pada kesempatan ini kami akan share kisah inspiratif yang sangat menyentuh hati dan mengharukan Kisah ini menceritakan seorang anak yang sangat berbakti kepada ibunya Meskipun dari lahir hingga dewasa si ana...
Anak Lima Orang Semua Dah Tinggalkan Dia

Anak Lima Orang Semua Dah Tinggalkan Dia

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1073 hits
Anak lima orang semua dah tinggalkan dia Hasratnya mencari kerja di ibu kota tergendala apabila dia disamun sebaik saja sampai di Kuala Lumpur dari Kuantan Pahang Pada awalnya ada segelintir netizen menyangka wanita ini adalah scammer tetap...
Karang Cerita Hoaks Penculikan Anak Seorang Wanita Di Pontianak Diringkus Polisi

Karang Cerita Hoaks Penculikan Anak Seorang Wanita Di Pontianak Diringkus Polisi

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 289 hits
Tersangka mengomentari posting an Facebook terkait peristiwa hilangnya seorang anak laki laki di daerah Tanjung Hulu Kecamatan Pontianak Timur yang mana informasi yang disampaikan oleh tersangka pada kolom komentar Facebook adalah informasi...
Ibunda Tuti Mengapa Bukan Yang Memerk0sa Yang Dihukum Malah Anak Saya Yang Dieksekusi Mati

Ibunda Tuti Mengapa Bukan Yang Memerk0sa Yang Dihukum Malah Anak Saya Yang Dieksekusi Mati

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 271 hits
Wajah Iti Sarniti digelayuti kesedihan yang dalam Sebentar sebentar dia mengusapkan punggung pergelangan tangan pada kedua kelopak matanya Ibunda dari Tuti Tursilawati tenaga kerja wanita yang dieksekusi mati di Arab Saudi pada Senin waktu ...
Ibu Sedap Keluar Berfoya Foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis

Ibu Sedap Keluar Berfoya Foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 461 hits
Ibu Sedap Keluar Berfoya foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi NajisIbu Sedap Keluar Berfoya foya Dengan Teman Lelaki Anak 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari