Kisah Urban Legend Misteri Dan Asal Usul Orang Minyak
Kita selalu dengar cerita orang minyak yang menyerang penduduk kampung dan gadis-gadis yang masih sunti. Mesti anda tertanya-tanya apa dan siapakah sebenarnya orang minyak yang menjadi salah satu kisah urban legend dalam masyarakat melayu kita
Orang minyak merupakan seseorang yang menuntut ilmu batin, ilmu sesat atau ilmu hitam dengan cara menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk merompak sebelum memperkosa gadis yang masih perawan.
Salah satu mitos cerita mengatakan bahawa, Orang Minyak ini telah tersalah menuntut ilmu, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas merogol 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkahan pada mukanya selepas dinodai
Versi lain juga menyatakan, Orang Minyak adalah manusia biasa yang sedang mempelajari ilmu batin dan ilmunya akan sempurna setelah berjaya memperkosa 41 wanita dengan kemampuan memasuki sebuah rumah tanpa dapat dilihat oleh sesiapa
Apabila ilmunya telah lengkap, kulit hitamnya akan berubah menjadi putih dan akhirnya memiliki kuasa sakti. Ilmu hitam walaupun dianggap amalan salah dan khurafat tetapi kemunculan orang minyak memang tidak dapat dinafikan apabila terdapat segelintir masyarakat yang berniat serong untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat dalam sesebuah kampung tersebut
Kewujudan Orang Minyak sebenarnya amat popular sehingga ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958 bertajuk Orang Minyak, yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh seniman tersohor P. Ramlee
Kelebihan dan Kelemahan Orang MinyakOrang minyak dikatakan mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah dan selain itu, ia dikatakan mampu menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Orang minyak juga mampu melekat pada siling seperti cicak, mampu naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan jin sebagai pelindung
Sekiranya tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidur hendaklah ditabur dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira
Jika sebuah rumah ditabur kelopak jantung pisang atau daun keladi bira ini, maka selamatlah semua perempuan di dalamnya
Untuk mengalahkan Orang Minyak, apabila ia telah ditangkap, selubung dengan kain batik untuk melemahkannya, kemudian gigit ibu jari kaki Orang Minyak itu untuk menghapuskannya
Dikatakan juga bahawa Orang Minyak takut melihat cermin
Selain itu, kelemahan ketara orang minyak ialah tidak boleh terkena hujan. Apabila terkena hujan, dengan mudah orang akan dapat melihat pengamal ilmu tersebut. Hal seumpama ini telah pun berlaku, semasa orang minyak ingin merogol mangsa di sebuah rumah ketika hujan turun, perbuatan makhluk berkenaan telah dilihat oleh beberapa orang penduduk dari kampung itu dengan jelas
Amalan Ilmu Hitam Dari SiamOrang minyak didakwa berjaya ditangkap. Menurut cerita orang tua-tua, Orang Minyak adalah amalan ilmu hitam dari Siam yang tuannya menuntut ilmu ghaib untuk tujuan jahat dan gadis-gadis sunti dijadikan sebagai cagaran untuk menjadikan ilmu itu lebih sempurna
Modus operandi yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam Orang Minyak ialah rompak dan rogol. Setiap kali pengamal ilmu hitam itu melakukan rompakan dan rogol, dia akan diekori oleh ilmu yang dipelajarinya, sebab itulah digelar orang minyak
Tujuan ilmu tersebut mengekorinya ialah apabila pengamal ilmu hitam itu dalam keadaan bahaya dan terdesak atau dilihat orang semasa menjalankan aktivitinya, ilmu hitam tersebut akan memasuki tubuhnya dan menyebabkannya hilang secara tiba-tiba. Dengan demikian dia pastinya terselamat daripada dibelasah orang yang melihatnya
Orang yang ingin menangkap dan memasung Orang Minyak mestilah ilmunya dapat menandingi kelebihan ilmu yang diamalkan oleh pengamal ilmu hitam itu. Jika tidak, Orang Minyak sukar ditangkap kerana pengamalnya memang licik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Kredit: Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.seramshit.com/2021/04/orang-minyak-urban-legend.html