Kisah Tak Bertajuk
"Teacher, kalau dah tak ada mak ayah tu anak yatim piatu ke?"
"Ye."
"Kalau macam tu, saya anak yatim piatu lah. Ayah saya baru kena langgar lori. Mak saya dah lama meninggal."
Allahuakbar. Sesungguhnya itulah kali pertama seorang murid buat aku rasa kelu untuk keluarkan kata-kata. Sayu sungguh aku tengok riak wajah anak berusia 11 tahun itu, yang ceria
Ya ceria. Nampak macam tak ada langsung kesedihan
Tapi dalam hatinya siapa tahu kan? Pandai sungguh dia sorokkan perasaan
Kalau betul dia tak sedih, dia tak cari orang untuk bercerita.
Aku yang tua begini pun, belum tentu kuat untuk hadap ujian sebesar itu. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, semoga Allah terus kuatkan anak itu, berikan kesabaran padanya, permudahkan hidupnya, jauhkan dia dari orang-orang yang zalim
Ya Wadud, semoga Allah titipkan cinta dan kasih sayang dalam setiap orang yang disekelilingnya. Semoga tumpah kasih sayang manusia-manusia yang memandang wajahnya supada dia lupa akan apa yang hilang darinya itu.
Allah hantar kamu dekat dengan teacher, untuk menguji teacher, untuk menyedarkan teacher nikmat-nikmat apa yang sering teacher lupa, untuk memberi peluang teacher buat pahala sebanyak mungkin
Anak syurga itu ada berkongsi sesuatu rahsia yang besar juga dengan aku, sekali lagi buat aku tersandar, rasa pilu dan sayu
Dia merayu untuk aku rahsiakan perkara itu dari semua orang. Aku tak tahu kenapa dalam semua yang ada, aku, yang dia pilih untuk bercerita
Teacher sayang awak. Semoga Allah selalu jaga awak untuk teacher. Teacher doakan yang baik-baik sahaja dalam hidup awak
Angkatlah kesedihan dan kesulitan anak muridku itu ya Allah
Aamiin, aamiin ya rabbal aalamiin
p/s: Sekadar coretan supaya teacher tak akan lupakan kisah awak, dan awak, dalam hidup teacher, sampai bila-bila
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2019/08/teacher-kalau-dah-tak-ada-mak-ayah-tu.html