Kisah Tahun Baharu Cina Suatu Masa Dulu


 

Sebenarnya ia dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar. Kalau diterjemah ke Bahasa Melayu, lunar ialah bulan. Tahun Baharu Lunar dirayakan di Vietnam dan Korea Selatan, selain China dan negara majorti penduduk Cina seperti Singapura dan Hong Kong.
Di Indonesia, di mana orang Cina minoriti ia dikenali sebagai Tahun Baru Imlek, perayaan terpenting orang Tionghoa, kata kawan-kawan di republik itu. Tahun ini tahun arnab menurut kalender Cina. Antara keistimewaannya, menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun arnab membawa harapan.
Teringat Tahun Baharu Cina semasa saya remaja. Bersama beberapa kawan saya mengunjungi teman rapat saya di Hot Springs (sekarang Jalan Ayer Panas), Setapak.
Setibanya kami di rumahnya, ayah teman saya mempelawa kami masuk dan duduk di ruang tamu. Teman baik saya kata ayahnya ada di bilik tidur. Waktu itu kira-kira 12.30 tengah hari. Aneh pada hari pertama tahun baharu, teman saya masih di bilik tidur ‘tengah hari buta’. Rupanya dia sudah pening-pening lalat. Kata ayahnya, dia “minum banyak tadi sekarang sudah pening mahu tidur.” Faham.
Setelah borak-borak kosong dengan ayah dan lain anggota keluarga teman saya itu, kami diajak ke meja makan berdekatan tetapi membelakangi ruang tamu. Lantas kami bangun dan melangkah ke meja makan dan terus duduk. Di atas meja terhidang seekor anak babi panggang. Kami “cool” saja tetapi sebaik ayah teman saya sedar akan kehadiran sajian itu di depan kami, beliau “panic”, lantas mengangkat terus dulang itu.
Beliau bergegas membawa dulang itu ke dapur sambil meminta maaf kepada kami. “Very, very sorry. Haiya ini kau orang tak makan. Sorry ahh,” kata beliau kepada kami berempat – tiga Melayu, seorang India.
Kami terima “apology” beliau diiringi senyuman meleret. Sebenarnya kami terhibur. Bagi kami apa yang terjadi melucukan. Apa lagi tingkah laku ayah teman saya yang tidak henti-henti minta maaf dan kelam-kabut membawa dulang ke dapur.
Kami seterusnya dijamu kacang, buah limau, dan minuman oren. Habis makan kami minta diri dan balik. Tidak ingat pula sama ada kami diberi ang pau atau tidak. Pelik saya boleh lupa. Pada hal bab duit jarang sekali tak ingat.
Apa pun habis cerita di situ. Kisah “piglet” tak jadi hal. Saya tidak pasti orang zaman ini boleh buat tak tahu jika apa yang terjadi kepada kami dulu terjadi pada zaman ini. Sekarang ramai amat sensitif terutama pasal babi. Rasanya ramai faham apa yang saya maksudkan. Tak perlu hurai lanjut.
“Dulu lain sekarang lain,” bak tagline suatu iklan TV suatu masa lalu.
Teringat pula satu lagi kisah. Ini berlaku pada malam Tahun Baharu Cina atau “new year’s eve”, juga masa saya muda. Bersama lima atau enam kawan dari Kampung Baru saya pergi menonton wayang di Panggung Odeon, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Bangunannya masih ada di depan Kompleks Pertama tetapi panggung sudah tiada. Odeon sudah kosong dan sepi sekarang. Dulu suasana meriah. Di hadapan panggung ramai penjaja mencari rezeki. Mereka yang semuanya orang Cina menjual keropok, gula-gula, dan macam-macam jajan untuk penonton wayang.
Juga rokok. Ya zaman tu boleh hisap rokok semasa tonton wayang. Hisap rokok makan kuaci. Keluar panggung yang berhawa dingin seluruh badan termasuk rambut berbau asap rokok. Pekerja panggung pula jenuh menyapu puntung rokok dan kulit kuaci selepas wayang habis.
Pada malam itu, saya beli rokok dan “chewing gum” daripada seorang seorang lelaki Cina yang agak lanjut usia. Beliau dibantu isteri dan anak lelaki yang berusia 12 tahun…mungkin lebih sedikit.
Saya terperanjat mendapati lelaki tua dan penjaja lain berniaga pada malam Tahun Baharu Cina. Bukankah majlis makan besar keluarga diadakan pada “new year’s eve”? Jadi saya jangka mereka akan bercuti untuk rayakan hari besar masyarakat mereka. Lalu saya bertanya lelaki tua itu mengenai makan besar keluarga yang menjadi tradisi masyarakat Cina.
Kata lelaki itu, beliau dan keluarga sudah makan malam beberapa jam terdahulu. “Family reunion dinner” itu kata beliau diadakan ringkas dan cepat. Tidak banyak lauk pauk disediakan. Selesai makan, dia, isteri, dan anak lelaki terus ke Odeon untuk berniaga.
“Esok macam mana?” tanya saya. Esok kata beliau akan berniaga juga. “New Year? Tak celebrate?” tanya saya lagi.
Jawapannya saya tidak lupa hingga ke hari ini. “Kalau ada wang hari-hari New Year.” Saya faham maksud lelaki tua itu.
Kesimpulannya lelaki tua berbangsa Cina itu bukan orang senang. Beliau terpaksa bekerja setiap hari untuk sara hidup bersama keluarga. Ringkasnya bukan semua orang Cina towkay kaya. Ada orang Cina tidak senang, malah miskin dan memerlukan bantuan.
Amat wajar apa-apa dasar bantuan kerajaan dan mana-mana pihak berdasarkan “needs-based and not race-based”.
Kepada orang Cina – yang miskin dan yang kaya, xin nian kuai le. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/kisah-tahun-baharu-cina-suatu-masa-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Percuma 20 21 Januari Sempena Tahun Baharu Cina Pm

Tol Percuma 20 21 Januari Sempena Tahun Baharu Cina Pm

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 164 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri hari ini mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ...
Semangat Cina Vs Semangat Melayu Di Tahun Baharu Cina

Semangat Cina Vs Semangat Melayu Di Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 171 hits
RonasinaSaya dibesarkan di kejiranan yang jumlah rumah orang Cina hampir sama ramai dengan kami orang Melayu Rumah teres kos rendah yang letaknya berdepan depan itu menjadikan saya biasa dengan kaum Cina Hampir semua mereka terdiri daripada...
Kenderaan Di Lebuh Raya Karak Dijangka Meningkat 71 Sempena Tahun Baharu Cina

Kenderaan Di Lebuh Raya Karak Dijangka Meningkat 71 Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 126 hits
Pemangku Ketua Polis Selangor S Sasikala Devi berkata pihaknya turut mengenal pasti enam lokasi hotspot kemalangan dan kesesakan di Selangor KUALA LUMPUR Polis menjangkakan pertambahan 71 jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak be...
Egg Stra Ong Yang Lagi Power Marrybrown Kembali Lagi Sempena Tahun Baharu Cina

Egg Stra Ong Yang Lagi Power Marrybrown Kembali Lagi Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 290 hits
Egg Stra Ong yang Lagi Power Marrybrown Kembali Lagi Sempena Tahun Baharu Cina Sempena Tahun Arnab yang dinanti nantikan ini Marrybrown kembali lagi dengan hidangan Egg stra Ong untuk dinikmati oleh seluruh keluarga Menu kali ini lagi power...
Pm Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

Pm Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 249 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu Ahad ini Beliau menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai ...
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 246 hits
Nikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur SentralNikmati Bufet Sempena Tahun Baharu Cina 2023 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Untuk musim perayaan ini pastinya anda sedan...
Ya Allah Lain Masa Anak D4ra Dengan Dah Ber4nak Pinak Ni Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

Ya Allah Lain Masa Anak D4ra Dengan Dah Ber4nak Pinak Ni Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 330 hits
Pelakon Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah 36 sudah lama juga tidak muncul di kaca televisyen Dalam perkembangan terbaru Almy kembali menjadi bualan ramai gara gara melihat perubahan fizikalnya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash