Kisah Susuk Dan Satu Penyesalan





Salam,

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya berjumpa pesakit yang memakai susuk. Mungkin artikel ini agak santai. Sesuai dengan fikiran saya yang serabut dua-tiga minggu ni kerana nak uruskan kuih raya.

Tuan-puan, kalau anda fikir susuk itu benda yang terlalu ajaib. Ia mungkin betul.

Tetapi pada pandangan seorang doktor marhaen seperti saya, ia tak ubah dari sejenis alat bendasing (foreign body) yang dimasukkan ke bawah kulit.

Niat seseorang yang memakai susuk itu, adalah urusan di antara dia dengan Allah. Yang pentingnya, ada yang ingin bertaubat dan datang untuk membuangnya.

Kisah pertama saya adalah ketika saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur dahulu.

Ketika itu seorang lelaki yang sudah berumur datang berjumpa pakar di klinik saya bertugas. Apabila diambil x-ray, maka nampaklah susuk-susuk yang melekat-lekat di sekeliling tengkoraknya.

Beliau sebenarnya ingin menunaikan haji dan berharap pakar tersebut dapat membuang susuk tersebut. Beliau dengan nada sedih dan akhirnya menangis teresak-esak kerana terasa sangat -sangat menyesal dengan keadaan itu.

Beliau telah berjumpa dengan dukun-dukun susuk dan ustaz-ustaz pakar untuk cuba membuangnya, namun ia tetap di situ dan masih kelihatan di dalam x-ray. Dukun yang memasukkan susuk tersebut telah pun meninggal dunia.

Beliau sendiri berharap susuk itu dapat dibuang sebelum beliau meninggal dunia.

Dia dalam keadaan susuk yang banyak dan berselirat itu, mustahil pakar bedah dapat membuangnya. Lagipun x-ray muka adalah gambar 2 dimensi. Oleh itu kedalaman yang sebenar, susuk tersebut terbenam di dalam kulit tidak dapat diukur. Ini merumitkan walau hanya ingin membuang hanya satu susuk sahaja. Ia boleh mengambil masa berjam-jam..!

Di dalam keadaan pesakit tersebut yang menangis, pakar menasihati agar berdoa kepada Allah dan mohon Allah ampunkan dosa. InsyaAllah Allah akan menerima taubat hambanya yang sedar dan insaf.

Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pakcik itu selepas berjumpa dengan pakar. Saya doakan beliau selamat pulang daripada haji. Lagipun ini cerita 3 tahun dulu.

Cerita kedua kisah seorang lelaki Indonesia yang datang dengan sakit perut. Daripada ceritanya kemungkinan besar beliau mengalami batu karang.

Apabila x-ray buah pinggang dan pundi kencing diambil untuk mengesahkan batu karang, kelihatan susuk yang berselirat di kawasan abdomennya.

Apabila ditanya kepada saudara mara, seorang pun tidak mengetahui. Akhirnya pesakit sendiri mengaku bahawa meliau memakai susuk. Rahsia yang disimpan bertahun-tahun terbongkar apabila diambil x-ray.

Apapun susuk bukan menjadi masalah utamanya sekarang kerana beliau sedang sakit kerana batu karang di pundi kencingnya. Saya ada mengambil gambar x-ray nya tetapi tidak dapat memuatkannya di dalam blog ini... maaf lah.

Susuk adalah manifestasi seseorang yang tiada keyakinan diri. Mereka mempercayai bahawa dengan bantuan kuasa ghaib yang diposesi oleh susuk itu, maka impian dan tujuan seseorang itu akan tercapai. Pedulikan segala jenis amalan khurafat dan syirik asalkan apa yang dihajatnya itu termakbul.

Seseorang yang mempunyai keyakinan bahawa Allah adalah tempat memohon perlindungan dan memohon hajat tidak akan memakai susuk.

Sekiranya anda berhasrat memakai susuk, maka fikirlah implikasi yang akan berlaku sekiranya anda sudah tua dan susuk tersebut dibawa bersama mayat anda ke liang lahad.

Wallahu Alam.
Kredit : drazwan

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lamanqaseh.blogspot.com/2017/06/kisah-susuk-dan-satu-penyesalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebai Sembang Kari Satu Habuk Pun Takdok

Lebai Sembang Kari Satu Habuk Pun Takdok

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 346 hits
Anwar a character torn between Saudara and Dato Seri In the mid 1970s when Anwar Ibrahim was teaching at Yayasan Anda a private college to assist school dropouts at Lembah Pantai he went to work riding a 70cc Honda Cub Among his friends he ...
Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 370 hits
SEKEJAP sahaja masa berlalu Anak yang dulunya masih kecil kini sudah menginjak ke Tahun Satu Bagi yang sudah pandai membaca mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah Namun bagi yang masih merangkak rangkak untuk mengenal ABC 123 m...
Satu Filem Tak Lulus Tahun Ini

Satu Filem Tak Lulus Tahun Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Filem Daulat menampilkan pelakon Vanida Imran Rashidi Ishak Tony Eusoff Jasmine Suraya Chin Cristina Suzanne dan Zul Zamir Foto hiasan KUALA LUMPUR Terdapat enam filem yang diberi keputusan Tidak Lulus Untuk Tayangan tahun lalu dan sat...
Uganda Dilapor Hilang Satu Satunya Lapangan Terbang Antarabangsa Selepas Gagal Bayar Hutang China

Uganda Dilapor Hilang Satu Satunya Lapangan Terbang Antarabangsa Selepas Gagal Bayar Hutang China

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 363 hits
Negara Afrika Timur Uganda dilaporkan kehilangan satu satunya lapangan terbang antarabangsa setelah kerajaan Uganda gagal membayar semula hutang kepada negara Tembok Besar China Menurut laporan media tempatan kerajaan Uganda meminjam 207 ju...
Satu Korban Penembakan Di Exit Tol Bintaro Meninggal Dunia

Satu Korban Penembakan Di Exit Tol Bintaro Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 297 hits
Saat disinggung apakah korban merupakan pekerja Lembaga Swadaya Masyarakat kepolisian masih mendalami segala informasi berkaitan dengan kejadian tersebut
Satu Lagi Trilogi Spider Man Dirancang Selepas No Way Home

Satu Lagi Trilogi Spider Man Dirancang Selepas No Way Home

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 339 hits
Walaupun Tom Holland menyatakan bahawa masa depannya sebagai Spider Man masih lagi tidak pasti penerbit Amy Pascal telah mengesahkan bahawa sudah ada rancangan untuk Holland kembali untuk filem lain dan satu lagi trilogi filem Spider Man MC...
Kata Majmuk Dieja Satu Perkataan

Kata Majmuk Dieja Satu Perkataan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 271 hits
Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa bandar raya kereta api dan kemas kini Namun terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap dieja rapat sebagai satu perkataan Perkataan tersebut ialah suruhanjaya setiausaha olahrag...
Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 409 hits
Ketika Covid 19 menyerang satu demi satu bisnes lingkup Deretan kedai perniagaan yang satu ketika dulu meriah dengan urusan jual beli terpaksa ditutup dan sesetengah bandar menjadi pekan hantu seolah olah tidak berpenghuni Siapa saja tak te...
Inilah Kisah Pengemis Buta Yang Selalu Hina Rasulullah

Inilah Kisah Pengemis Buta Yang Selalu Hina Rasulullah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 234 hits
Kisah yang mengharukan kali ini adalah kisah Pengemis buta Yang selalu menghina Rasulullah SAW Dari kisah ini terdapat tampilan pribadi Rasulullah SAW yang sesungguhnya ia meninggalkan sebuah kesan yang sangat dalam yang tidak akan bisa ter...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu

5 Game Penghasil Uang Langsung Ke Rekening Terbaik Legit

10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal