Kisah Storm Adventure X Eupro Twister Dan Bullzen Iguana Elite


Lepas aku beli rod baitcasting Storm Discovery, aku mula memikirkan satu rod 2 piece untuk dipadankan dengan reel Shimano. Buat masa ni reel Shimano dipadankan dengan rod Team Seahawk Kingdom Xtreme. Rod ni bagus,cuma kombinasi butt jointnya agak menyulitkan untuk aku muatkan kedalam Myvi King.Jadinya aku cuba survey2 rod spinning 2 piece yang berkekuatan 10-20lb.Entah macamana aku beli rod Storm Adventure X AXS662MH. Kombinasi ni nampak macam sesuai sehinggalah satu hari aku cuba lenturan rod Adventure X untuk menetapkan drag Shimano Stradic. Tarik punya tarik, prapppp!
Rod patah di bahagian lebih kurang 1½ kaki dari tip.Masa aku cuba lenturkan rod tu,bahagian tengah tip yang melentur dengan ekstrim. Dari bentuk lenturan juga aku nampak rod Adventure X ni dibina untuk Fast Action. Rod ni patah tanpa sempat dibawa untuk diuji ke kolam pancing
That's it....aku tapekan bahagian yang patah dan simpan. Aksesori cincin dan reel seat Fujinya masih boleh dimanfaatkan untuk projek custom rod misalnya
Jadinya hujung minggu tu terpaksalah pakai dulu rod Seahawk Kingdom

Rod penggantinya adalah rod murah dari Eupro, bajet dah tak berapa nak ada ni kena bercatu sikit. Aku pun beli la rod Eupro Twister TS602 10-25lb 2 piece spinning type
Rod ni murah je harga dia,sekitar RM120-130. Dari segi aksesori dan buatannya boleh la.Cincin dan reel seat pun tak ada brand, rod tak ada Xwrap. Tapi alignment backbone dia cantik. Bending rod pun nampak macam medium action
Prestasinya di padang pancing belum teruji,tapi nampak boleh tahan la. Aku cuba matchingkan dulu dengan reel Stradic
---------------------------------------
Minggu lepas adik aku borong reel 13 Fishing Concept A3. Asalnya dok melayan video gasak kolam. Youtuber tu introduce la setup dia. Masa tu baru je tau brand 13 Fishing ni. Boleh tahan keras bai harga dia.Average market price lebih kurang RM900
Reel baitcasting ni agak berat,aku tak ingat berapa tapi berat la dari kebanyakan BC reel. Ratio karauan laju,8.1:1 dengan drag 40lb. Reel ni dipadankan dengan rod spec jigging one piece Bullzen The Joker Limited Edition PE1-3 6 kaki. Mainline adik aku bedal letak braid brand apa tah berkekuatan 40lb juga
Setup ni agak overkill untuk kolam pancing tapi ikut dia lah,modal banyak,haha! 1st time ujian lapangan di kolam pancing Sealion 3A menghanyirkan setup ni dengan dua kerapu hybrid seberat 3.5kg. Aku yang pakai setup Stradic 5000HG + Seahawk Kingdom Extreme PE1-3 cuma mampu merenung masa depan selama 5 jam
Balik rumah sambil baring lengan atas dahi,aku mula berkira-kira nak beli rod baru untuk penaik semangat. Pusing sana sini dalam Shopee tak jadi kerja juga. Kebetulan adik aku balik Temerloh singgah kedai pancing aku minta dia carikan rod Eupro X Power. Malangnya rod Eupro habis stok. Next choice Bullzen Iguana Elite BSET601C/3 PE1-3
Rod kelas jigging ni juga binaan one piece,tapi yang paling murah dikalangan adik beradik Bullzen Iguana. Atas sikit dari Iguana Elite ialah Iguana Platinum dan yang atas sekali ialah Iguana Velocity. Murah-murah dia pun koyak jugak RM260

Bila namanya kelas jigging, butt section dibina extra panjang berbanding kelas casting supaya EVA butt dapat dikepit dicelah ketiak ketika mengepam sasaran yang besar
Memandangkan rod ni aku akan salahguna untuk buat casting kolam air masin,kepanjangan butt section ni sedikit mengganggu. Lagi satu nampak tak cantik la rod dengan butt section panjang ni. Aku suka rod ni tapi tu la,tak tenang jiwa aku dengan butt section dia
Selepas mengkaji beberapa video Youtube, aku buat keputusan untuk memotong sedikit bahagian pangkal kira-kira dua inci setengah. Memotong rod bukanlah satu roket sains, yang perlu difikirkan ialah perancangan untuk pakai balik EVA butt asal. Hasil dari kajian video Youtube,aku menemui cara untuk menanggalkan EVA foam tanpa merosakkan rod dan EVA tu sendiri
Caranya adalah dengan memanaskan EVA dengan wap air panas. Kiranya macam layur la,tapi indirectly. Prosesnya agak memakan masa sekitar ½ jam sebelum gam epoksi lembut dan EVA foam dapat ditarik keluar
Selesai tarik keluar, terus potong ikut selera masing.Aku tak suka butt pendek sangat,atau terlalu panjang. Itu yang aku buang 2 ½ inci saja bahagian pangkal daripada keseluruhan 6 kaki panjang rod
rebus atas dapur mak aku
Selesai potong, campur resin dan hardener epoxy pada rod dan masukkan semula EVA butt. Selesai. Hensem terus rod Bullzen Iguana aku

Mungkin ada yang tanya kenapa tak cari je rod yang memenuhi kehendak aku. So far aku suka dengan spec Bullzen, cuma dalam line up dia tak ada spec casting one piece solid kelas medium heavy dengan panjang 6 kaki
Benda kita boleh ejas,kita ejas,takde masalah. Dari projek custom ringan ni la mendedahkan teknologi rod HDCC2 Bullzen. Rod yang khabarnya mampu menarik van dan kapal terbang ringan
Nampak apa isi dia? Teknologi ni lebih kurang insirasinya macam pembinaan katana. Boleh rujuk posting lama aku pasal teknik membuat katana
Bahagian tiub karbon yang keras tetapi rapuh ni dibantu oleh fleksibiliti gentian fiberglass yang fleksibel dan liat. Jadinya teknologi ni memberi manfaat rod kuat dan sensitif tapi cukup fleksibel ketika menerima bebanan

Selepas dipotong nampak seimbang sikit rupa dia,tapi saiz asal merosot menjadi 5' 8½. Rod kontot ni akan ditugaskan ke kolam-kolam pancing berbayar sahaja. Senang nak cast tak sangkut bumbung.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog5zal.blogspot.com/2022/06/kisah-storm-adventure-x-eupro-twister.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Durian Black Thorn

Kisah Durian Black Thorn

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 344 hits
BLACK THORN OR D200STEVEN SIMBlack thorn story Mesti ramai tak tau di Pulau Pinang kita ada pokok berusia lebih 150 tahun Bapa Segala Bapa Black Thorn dan tempat kelahiran black thorn di Sungai Baong Jawi En Leow Cheok Keong kata dulu tak p...
Kisah Tragis Ayesha Khan Didera Suami Terjun Bunuh Diri Ke Dalam Sungai Sabarmati

Kisah Tragis Ayesha Khan Didera Suami Terjun Bunuh Diri Ke Dalam Sungai Sabarmati

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 603 hits
Tular di media sosial sebuah video luahan perasaan serta pesanan terakhir daripada seorang wanita bernama Ayesha Banu Makrani yang berdiri di tepi jambatan Video itu dirakamnya sebelum dia bertindak untuk membunuh diri dengan terjun di Sung...
Sikit Sikit Ambik Gambar Tak Perlu Kisah Apa Orang Cakap Ambillah Gambar Anak Banyak Banyak

Sikit Sikit Ambik Gambar Tak Perlu Kisah Apa Orang Cakap Ambillah Gambar Anak Banyak Banyak

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 163 hits
Jangan dikisahkan dengan cakap cakap orang kerana setiap yang kita lakukan hari ini adalah kenangan kita bersama suami isteri dan anak anak Jadi simpan dan rakamlah momen sebanyak mungkin ketika kita bersama Itu sebaiknya Anak anak membesar...
Nak Suruh Grab Pecat Saya Pecat Je La Tak Kisah Pemandu Grabcar Didakwa Buat Gangguan Seksual Terhadap Penumpang Wanita

Nak Suruh Grab Pecat Saya Pecat Je La Tak Kisah Pemandu Grabcar Didakwa Buat Gangguan Seksual Terhadap Penumpang Wanita

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 390 hits
Foto Suspek Gangguan Seksual MichiHasrat menggunakan perkhidmatan e hailing ke destinasi dengan tenang tanpa gangguan tidak kesampaian apabila penumpang wanita ini diganggu secara seksual oleh pemandu Grab yang tidak bertanggungjawab nbsp M...
Drama Siri Peaky Blinders Diambil Dari Kisah Sebenar

Drama Siri Peaky Blinders Diambil Dari Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 257 hits
Peaky Blinders ialah siri televisyen drama jenayah British yang dicipta oleh Steven Knight Geng fiksyen ini berdasarkan geng belia bandar sebenar dengan nama yang sama yang aktif di bandar dari tahun 1880 an hingga 1910 an Netflix di bawah ...
Kisah Ini Sangat Epik

Kisah Ini Sangat Epik

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 330 hits
SRIKANDI AISHAH Kita mungkin pernah mendengar kisah Tun Fatimah Kita barangkali mendengar kisah Tun Teja Tapi kita tidak sempat berjumpa srikandi srikandi itu di alam realiti Sehingga 2018 kita menyaksikan kisah perjuangan dua wanita hebat ...
Kisah Nrw Husam Musa

Kisah Nrw Husam Musa

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 196 hits
Siri Bekalan Air Bersih kali ini menampilkan seorang Pakar NRW dari Australia Mr Martin Shaw yang pernah terlibat dengan satu projek nrw di kel satu ketika dulu NRW adalah singkatan dari Non Revenue Water yang bermaksud air tidak berhasil y...
Modifikasi Rod Bullzen The Joker Limited Edition 2022

Modifikasi Rod Bullzen The Joker Limited Edition 2022

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 325 hits
Hasil kejayaan aku meng custom rod Bullzen Iguana Elite yang baru dua hari dibeli adik aku jadi tak senang duduk Balik rumah agaknya ligat dalam kepala macamana nak pendekkan rod Bullzen The Joker Telahan aku betul Malam semalam dia on teru...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt