Kisah Siti Sarah Isteri Nabi Ibrahim As Dengan Raja Mesir
Korang nak tau tak kisah Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim as dengan raja Mesir? Ke korang dah tau? Tapi takpelah, dah tau pun cikla nak share jugak sebab kisah ni sangat menarik dan boleh dibuat pengajaran untuk kita.
Citenya camni. Raja Mesir ni semua rakyat jelata dah tau, dia ni seorang raja yang kejam sebab suka aniaya dan rampas harta rakyat, pastu bini orang pun dia nak rembat.
Mana-mana perempuan yang dia suka, lagi-lagi kalau perempuan tu dah kawin dibunuhnya suami perempuan tu sebab nakkan perempuan tu la. Teruk kan perangai. Ishh isshh ishh, nauzubillah.
Pastu, yang Nabi Ibrahim ni pulak, bila dah settle misi baginda dengan Namrudz, baginda dengan isterinya iaitu Siti Sarah, termasuk jugak anak saudara baginda iaitu Nabi Luth decide nak keluar dari negara Babylon untuk pergi tempat yang baru.
Masa dorang nak masuk negara Mesir, pastu Siti Sarah pulak cantik jelita yang amat, Nabi Ibrahim ni risau la yang raja Mesir ni nak mengapa-apakan isterinya bila terserempak nanti. So, Nabi Ibrahim soroklah Siti Sarah ni kat dalam peti kayu yang diletakkan kat belakang badan unta baginda
Then, kedatangan Nabi Ibrahim jugak telah menarik perhatian orang ramai termasuk guard guard yang duk menjaga sempadan kerajaan Mesir. Jadinya, guard ni semua telah menahan Nabi Ibrahim pastu bawak mereka pi menghadap raja Mesir.
Masa menghadap tu, raja Mesir tu tanyalah, “Wahai orang muda! Apakah barang yang terdapat di dalam peti itu?” Pastu, Nabi Ibrahim jawablah, “Seorang perempuan.” Baginda bercakap jujur sebab baginda yakin kalau baginda berbohong sekalipun, raja Mesir mesti tetap nak bukak peti itu. So, takde gunalah kalau baginda tipu. Pastu, baginda jugak yakin yang Allah akan melindungi mereka dari segala keburukan.
Bila dengar jawapan Nabi Ibrahim tu, raja Mesir yang sememangnya gila perempuan itu, rasa happy lah kan. Pastu, bila dibuka peti tu, nampak pulak Siti Sarah yang cantik kat dalam tu, lagi la bertambah-tambah seronoknya lahai. Cantik gila kot, sukalah dia kan.
Lalu, raja Mesir tu pun tanyalah pada Nabi Ibrahim. “Hai orang musafir! Apakah ini isterimu?” Namun, kali ni Nabi Ibrahim berbohong atas dasar bermualat, “Dia adalah saudaraku." Tapi sebenarnya baginda tak tipu dari segi hakikat sebab baginda maksudkan saudara dalam agama, bukan saudara kandung. Gitu.
Dah namanya gila perempuan kan, raja Mesir tetap jugak merampas Siti Sarah, tapi kali ni dia tak membunuh Nabi Ibrahim sebab baginda ‘bukan’ suami Siti Sarah. Pastu, Siti Sarah ni pulak dibawak ke sebuah bilik khas dalam istana raja, kemudian yang Nabi Ibrahim pulak dihumban ke dalam penjara. Dah namanya suami isteri kan, Nabi Ibrahim rasa sedih sangat bila baginda mengenangkan isterinya yang bakal diapa-apakan oleh raja Mesir.
Maka, tiba-tiba mai lah Malaikat Jibril untuk menenangkan Nabi Ibrahim. Kata Jibril, Allah tak akan membenarkan Siti Sarah dari disentuh, apatah lagi diapa-apakan oleh raja Mesir, hatta menyentuh kulit sekali pun tak akan dibenarkan olehNya.
Selepas itu Jibril dan Nabi Ibrahim pun dipertontonkan macam cctv tu la apa yang jadi kat dalam bilik raja Mesir tu. Berbalik citer raja Mesir ni pulak, dia dah sangat berahi dengan kecantikan Siti Sarah tu start la dekat-dekat dengan Siti Sarah pastu pujuk isteri Nabi itu agar bercumbu dengannya. Bila raja Mesir tu betul-betul dah dekat dengan Siti Sarah, tiba-tiba kan kaki raja Mesir tu cam kena gam yang kuat, so melekatlah kat lantai tu.
Kisah Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim as dengan raja Mesir.
Bila dia tak dapat nak gerakkan kaki dia, raja Mesir tu tak reti nak give up tu cuba pula nak pegang bahu Siti Sarah. Namun tiba tiba tangan raja Mesir ghaib pulak sampai ke had bahu! Apa lagi, paniklah dia.
Dah jadi camtu, barulah menyesal, pastu dia mintalah Siti Sarah doa sebab nak elokkan balik anggota badan dia. Lepas Siti Sarah berdoa, tubuh raja Mesir pun elok balik jadi macam keadaan asal.
Dah nama raja serakah kuat, hihi kejap je insafnya. Raja Mesir jadi bernafsu balik dan cuba untuk mendapatkan Siti Sarah. Namun Allah itu pasti akan membantu hambaNya yang teraniaya kan, sebelum dia sempat nak buat apa apa, sepantas kilat Allah melekatkan kaki dan kudungkan tangan raja Mesir. Benda ini berulang tiga kali tau.
Namun, masa kali ketiga tu, raja Mesir betul betul insaf dan mengembalikan Siti Sarah ke pangkuan Nabi Ibrahim semula
Raja Mesir pun bertanya kepada Siti Sarah, “Siapakah lelaki kacak yang bersamamu tadi? Apakah benar dia saudaramu?” “Tidak, dia adalah suamiku,” jawab Siti Sarah jujur.
Atas rasa bersalah dan ingin memohon maaf, raja Mesir telah menghadiahkan kepada Nabi Ibrahim dan Siti Sarah seorang hamba bernama Siti Hajar. Pastu, mereka jugak dihadiahkan pakaian yang cantik dan mahal. Nabi Ibrahim pulak diberi kebebasan untuk tinggal di mana saja.
Jadi, baginda decide untuk stay di negeri Khamsas ini bersama keluarga baginda, iaitu isteri baginda Siti Sarah, Siti Hajar dan anak saudara baginda, Nabi Lut as
Begitulah kisahnya, moga dapat sesuatu darinya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/03/kisah-siti-sarah-isteri-nabi-ibrahim-as.html