Kisah Singa Padang Pasir Umar Mukhtar
Pada hari ini ditahun Masihi 16/9/1931M (3 Jamadilawal 1350H), genap 88 tahun Umar Mukhtar (73), seorang guru al Quran yg juga seorang pejuang menentang penjajah kuffar barat "Syahid" digantung di hadapan rakyat diNegara kelahirannya Libya 😥
Semasa perbicaraan sebelum hukuman diputuskan hakim mengatakan kepada Umar bahawa pihak Itali sedia mengampunkannya dengan syarat beliau mesti menulis surat sebagai arahan kepada seluruh tentera mujahidin di Libya agar menghentikan penentangan terhadap Itali
Dalam keadaan tubuhnya diikat dengan rantai besi, Umar Mukhtar berkata di hadapan hakim penuh thabat menjelaskan pendiriannya;
“Sesungguhnya jari telunjuk ini yg menyaksikan setiap kali aku solat bahwa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, tidak akan menulis kalimah yg batil.”
Sebelum Umar Mukhtar syahid di tali gantung, beliau telah mengucapkan kata2 terakhir di hadapan saksi2 kematiannya dgn memetik petikan al-Quran, surah al-Fajr ayat 27-30:
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
“Wahai org yg mempunyai jiwa yg sentiasa tenang (tetap dgn kepercayaan). Kembalilah kepada Tuhan-mu dgn keadaan engkau berpuas hati (atas segala nikmat yg diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dlm kumpulan hamba2-Ku yg berbahagia. Dan masuklah ke dlm Syurga-Ku.”
Benarlah janji Allah, syurga itu ada harganya bukan boleh diperolehi dgn bersantai2
Allah Swt berfirman;“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) janji yg benar dari Allah di dlm Taurat, Injil, dan Al-Qur’an. Dan siapakah yg lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yg besar.” (At-Taubah ayat 111)
Tenanglah dikau "Wahai Singa Padang Pasir" diSyurga Allah bersama para Syuhada 😥😥😥
Aminn Ya Rabbal a'lamin
#LionOfTheDesert#Takbir #AllahuAkbar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/09/kisah-singa-padang-pasir-umar-mukhtar.html