Kisah Seram Pontianak Di Dusun Durian




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Kembali lagi dalam episod Kisah Seram Apa Minggu ini? Episod kali ini adalah mengenai kisah seram di kawasan dusun. Aku tertarik bila membaca kisah ini sebab ianya dikatakan berlaku di negeri Sarawak. Kisah kali ini datangnya daripada laman Koleksi Kisah Seram. Jom terus membaca dan selami kisah ini

---------
Ada sebuah dusun durian yang dikongsikan oleh beberapa buah rumah panjang, yang dipanggil ‘dusun kongsi’ (merupakan dusun yang dahulunya ditanam oleh datuk nenek moyang dan tidak diketahui pemilik sahih, oleh itu ianya diisytiharkan perkongsian beberapa keluarga yang berasal dari keturunan yang sama). Dusun itu terletak betul-betul di kaki Bukit Begunan. 
Sejarah Bukit Begunan memang cukup dikenali oleh penduduk Sri Aman khasnya, kerana setiap tahun, AKAN ADA terjadinya kemalangan yang meragut nyawa manusia. Dikatakan kawasan itu menuntut darah manusia setiap tahun. Kebetulan pada masa cerita ini berlaku, waktu itu tengah musim durian. Jadi, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain, lebih kurang enam orang kesemuanya, bersiap-sedia untuk bermalam di dusun tersebut untuk memungut buah durian yang sudah masak untuk dijual. 
Di sini, kalau musim durian, memang laku. Kadang-kadang dapat keuntungan hingga ratusan ringgit sehari. Kami berenam, empat daripada kami agak muda, ditemani oleh dua orang lelaki yang agak berusia, setelah sampai di dusun tersebut, mula membersihkan ‘langkau’ (pondok) yang memang telah lama berada di situ. Kami mula membersihkan ‘langkau’ tersebut yang akan dijadikan tempat kami bermalam. Masing-masing mula menjalankan tugas sendiri. Ada yang mencari kayu api, ada yang menyediakan tempat memasak, ada juga yang sudah mula mencari buah durian yang sudah jatuh. Keseraman bermula apabila malam menjelma. 
Baca Juga : [ 8 Lebuhraya Paling Berhantu di Malaysia ]
Bayangkan kawasan hutan, yang jauh dari segala hiruk-pikuk, tiada bunyi kereta, tiada lampu jalan, hanya ditemani unggas dan juga cengkerik dan segala jenis bunyi di malam hari. Kami berterusan bercerita antara satu sama lain. Seorang lelaki yang agak berumur, saya panggil dia Pak Jubang (bukan nama sebenar), tidak menyertai perbualan kami. Dia hanya berbaring di satu sudut, berbantalkan lengan. Sikap azali beliau memang begitu, tidak berapa campur dengan budak-budak muda, mungkin kerana usianya yang agak tua sedikit. 


Sedang kami berlima tengah rancak berbual, tiba-tiba kami terdengar bunyi semak seperti digoncang, seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang bergerak. Kami terdiam, ingin mengetahui apakah benda tersebut. Kemudian terdengar lagi bunyi seperti orang sedang berjalan, seperti menyeret kaki di sekitar ‘langkau’ kami. Bunyinya begitu nyata sekali kerana di kawasan‘langkau’ tersebut dipenuhi dengan daun-daun yang kering. “Skreeeeeepppp skkreeeeeettttt skkreeeeeeeppp”, agak-agak begitulah bunyinya. ‘Langkau’ kami, diperbuat daripada kayu, berdindingkan dan beratapkan daun nipah, hanya berlantaikan kayu. 
Lampu kami pada malam itu hanya lampu minyak tanah. Kedengaran lagi bunyi kaki diseret dan kali ini ditambah pula seperti seolah-olah ada benda meletakkan tangannya di dinding ‘langkau’ kami dan menyeret dari hujung ke hujung. Tiada siapa yang berani keluar pada masa itu. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba, “Taaaammmmmmmmm!!!!!!” Lantai kayu kami dipukul dari bawah. Kami semua terkejut! Masalahnya, ‘langkau’ tersebut dibuat bertiang, tetapi ruang di antara lantai papan kami dengan tanah tidak sampai pun satu meter, macamana boleh ada sesuatu masuk ke bawah dan memukulnya sekuat hati hingga hampir tercabut papan tersebut? Kami mula panik. 
Langsung saling berpandangan (nasib tidak berpelukan). Tiang ‘langkau’ kami kemudiannya seperti digoncang dari luar. Kami semakin ketakutan. Orang tua yang sedang berbaring tadi, setelah mendengar bunyi lantai dipukul, turut terbangun. Pada masa itu beliau bersuara sambil menggosokkan mata, “Nama utai nya? (Apa benda tu)” kata beliau. Kemudian beliau memerhatikan kami, dan saat itu juga beliau seolah-olah tahu apakah yang sedang terjadi. Kemudian beliau bingkas bangun dan mencapai parangnya seraya berkata, “Heeiiisshhh… Ngacau mai utai tok (kacau betul lah benda ni)”. 
Beliau kemudian terus keluar dari ‘langkau’, kedengaran seperti beliau sedang membaca sesuatu dan terus meletakkan parang beliau ke atas tanah betul-betul di depan pintu. Kemudian, dengan selambanya beliau naik semula ke atas, dan menghidupkan api rokoknya. Serentak dengan perbuatannya sebentar tadi, gangguan tersebut terus hilang. Berhenti seolah-olah api yang disiram air. Kami mulai tenang, dan kami berlima mula bertanya dengan beliau, apakah benda yang mengganggu kami. Beliau menjawab, itu adalah ‘hantu koklir’, atau ‘kulir’, yang memang suka mengganggu manusia. Mungkin hantu ‘kulir’ ini adalah Pontianak dalam versi Iban

Baca Juga : [ Kisah Seram Perempuan di Tingkat 13 KLCC ]
Sekian
Sumber : Koleksi Kisah Seram | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/kisah-seram-pontianak-di-dusun-durian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Misteri Kain Putih Di Asrama

Kisah Seram Misteri Kain Putih Di Asrama

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 606 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar semua Kembali lagi dalam Kisah Seram Apa Minggu ini Episod minggu ini adalah kisah ringkas sahaja dan mungkin tahap keseramannya biasa biasa sahaja tetapi mungkin anda pernah mengalaminya Jom ki...
Seram Sosok Dipercayai Pontianak Terakam Berdiri Atas Pokok Kelapa

Seram Sosok Dipercayai Pontianak Terakam Berdiri Atas Pokok Kelapa

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 352 hits
Tular sebuah video yang memaparkan penampakkan sosok misteri yang didakwa menyerupai seorang wanita Difahamkan video terbabit adalah milik seorang Youtuber berasal dari negara jiran yang merupakan seorang peramal perubatan berkaitan alam mi...
Disebalik Kisah Sebenar Filem Seram Nang Nak Yang Ramai Tak Tahu

Disebalik Kisah Sebenar Filem Seram Nang Nak Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 422 hits
Setiap kali filem seram ditayangkan di pawagam pasti mendapat sambutan yang hangat oleh masyarakat Malaysia Namun masih ramai yang tidak tahu bahawa beberapa filem seram ini adalah diadaptasi daripada kisah sebenar seperti filem seram dari ...
Kisah Saya Jadi Surirumah Bergaji

Kisah Saya Jadi Surirumah Bergaji

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 511 hits
Saya seorang surirumah bergaji Setiap hari mesti naik dekat newsfeed FB saya pasal isu wanita bekerja dan wanita duduk rumah Wanita bekerjaya teringin nak duduk rumah Wanita yang duduk rumah pulak teringin nak kerja makan gaji Kita manusia ...
Kisah Tutupnya Sebuah Group Whatsapp

Kisah Tutupnya Sebuah Group Whatsapp

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 277 hits
Bermula dari chatting antara ahli lama dgn ahli baru Abg Din Helo Sari selamat datang ke grop ini SARI Hello juga saya ahli baru ni mohon bimbing ya Abg Chak Ya Sari jangan khuatir sayang saya akan bantu apapun buat sayang Raof Hello Sari k...
Kisah Shein And Octopus

Kisah Shein And Octopus

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 483 hits
Assalamualaikum Ada la 3 4 hari kot Shein mintak dengan kitorang yang dia nak makan Octopus Sian sangat Bangun je tido dengan mata tak berapa nak boleh bukak terus jer cakap Mama can we go to Shopping Mall I want to eat Octopus same like vi...
Kisah Kewafatan Umar Ibnu Al Khattab

Kisah Kewafatan Umar Ibnu Al Khattab

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 215 hits
Khutbah terakhir Umar Al KhattabDari Ma dan Bin Abu Thalhah Al Ya mari bahawa Umar Bin Al Khathab berdiri di atas mimbar pada hari Jumaat kemudian memuji dan mengagungkan Allah lalu menyebutkan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan Abu...
Al Kisah Syiah Dan Selipar Yang Di Kepit

Al Kisah Syiah Dan Selipar Yang Di Kepit

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 266 hits
Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama Sunnah dan Syiah bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka Kesemua Ulama Syiah menghadirkan diri tetapi seorang Ulama Sunnah tiba sedikit lewat berbanding Ulama Sunnah yang lain2 Ulama Sunn...
Kisah Ibu Tunggal Terpaksa Mencatu Makanan Bila Tiba Hujung Bulan

Kisah Ibu Tunggal Terpaksa Mencatu Makanan Bila Tiba Hujung Bulan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 257 hits
Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu perkara yang mudah Ini kerana dalam sebuah keluarga dialah ibu dan dialah ayah untuk memberikan sepenuh tanggungjawab kepada anak anak Namun dalam keperitan itu ramai wanita telah buk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization