Kisah Seram Misteri Kain Putih Di Asrama




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Kembali lagi dalam Kisah Seram Apa Minggu ini? Episod minggu ini adalah kisah ringkas sahaja dan mungkin tahap keseramannya biasa-biasa sahaja tetapi mungkin anda pernah mengalaminya. Jom kita ikuti kisah Misteri Kain Putih Di Asrama
---------
Baca Juga : [ Kisah Seram : Tumpang Basuh Baju di Asrama ]
Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggalah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper. Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. 
Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak mengganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar. Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. 
Kakinya kejang dan tangannya menggengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya. Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. 

Baca Juga : [ Kisah Seram Legend Banglo Seksyen 2 Shah Alam ]
Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak ke syiling. Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan

Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai. Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. 
Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar. Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya

Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku. Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama

Baca Juga : [ Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda ]
Sumber : Koleksi Kisah Seram


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/kisah-seram-kain-putih-di-asrama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Masa Mula Mula Masuk Asrama

Kisah Masa Mula Mula Masuk Asrama

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 317 hits
Kisah masuk asramaGambar hiasan kredit kepada google comIni kisah aku di hantar masuk asrama Bukan asrama penuh asrama biasa ja Tujuannya adalah untuk meneman adik aku yang dapat masuk di asrama penuh Jaraknya dalam 19 kilo jugak la Dah lag...
Kisah Seram Pontianak Di Dusun Durian

Kisah Seram Pontianak Di Dusun Durian

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 834 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar semua Kembali lagi dalam episod Kisah Seram Apa Minggu ini Episod kali ini adalah mengenai kisah seram di kawasan dusun Aku tertarik bila membaca kisah ini sebab ianya dikatakan berlaku di neger...
Disebalik Kisah Sebenar Filem Seram Nang Nak Yang Ramai Tak Tahu

Disebalik Kisah Sebenar Filem Seram Nang Nak Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 418 hits
Setiap kali filem seram ditayangkan di pawagam pasti mendapat sambutan yang hangat oleh masyarakat Malaysia Namun masih ramai yang tidak tahu bahawa beberapa filem seram ini adalah diadaptasi daripada kisah sebenar seperti filem seram dari ...
Pegawai Dan Rakyat Kelantan Mesti Memakai Kain Putih Di Kemuncak Songkok Tanda Berkabung

Pegawai Dan Rakyat Kelantan Mesti Memakai Kain Putih Di Kemuncak Songkok Tanda Berkabung

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 1155 hits
Kota Bharu Semua pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad pada sidang akhbar kh...
Misteri Amukan Roh Bathsheba Kisah Benar Yang Diabadikan Dalam Filem The Conjuring

Misteri Amukan Roh Bathsheba Kisah Benar Yang Diabadikan Dalam Filem The Conjuring

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 534 hits
Pada tahun 1970 pasangan suami isteri Roger dan Carolyn Perron berpindah ke sebuah rumah ladang yang baru dibeli mereka yang terletak di Harrisville dalam daerah Rhode Island dan mempunyai 14 bilik Rumah yang dibina pada tahun 1736 itu terl...
Haram Sebar Cerita Dalam Kain Di Socmed Orang Buruk Sangka Tambah Dosa

Haram Sebar Cerita Dalam Kain Di Socmed Orang Buruk Sangka Tambah Dosa

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 292 hits
Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi suami isteri Berselisih faham dalam rumah tangga itu adalah perkara normal Setiap pasangan pasti akan melaluinya Cara terbaik untuk menyelesaikan konflik dengan pasangan adalah dengan berbincang Sesete...
Tak Sanggup Tengok Dia Menangis Setiap Hari Kakak Rayu Orang Ramai Bantu Adiknya Hidap Penyakit Misteri

Tak Sanggup Tengok Dia Menangis Setiap Hari Kakak Rayu Orang Ramai Bantu Adiknya Hidap Penyakit Misteri

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 775 hits
The ReporterViral di media sosial ketika ini gambar seorang remaja perempuan mengalami penyakit misteri dan kesannya amat ketara terutamanya di bahagian leher Menurut kakaknya Puteri Ezreen Natasya pelbagai kaedah telah dicuba tetapi keadaa...
Misteri Teknologi Moden Pada Lukisan Berusia 80 Tahun

Misteri Teknologi Moden Pada Lukisan Berusia 80 Tahun

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 292 hits
Pada bulan Ogos 2017 yang lalu sebuah lukisan berjudul Mr Pynchon and the Setting of Springfield menjadi topik perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial Lukisan ini ialah sebuah karya seorang pelukis Itali bernama Umberto Romano ya...
Kain Batik Mak Usu

Kain Batik Mak Usu

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 425 hits
Teks Rosilawati Wahid Foto Rosilawati WahidKAIN BATIK MAK USU Usia mak usu sekitar 80an Baru sekali berpeluang menziarah mak usu Dalam uzur dia masih mampu bercerita walau butir bicaranya agak sukar difahami Harus didengar dengan teliti Sem...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free