Kisah Seram Pengalaman Jumpa Bunian True Story Part 1


Kisah Seram Pengalaman Jumpa Bunian [TRUE STORY] Part 1 | Ada yang tak tidur lagi ke malam Jumaat ni? Haa kalau belum tidur lagi, sila lah baca cerita best pengalaman jumpa bunian ni. Cerita ini bukan kisah saya ye. Ini adalah true story of someone yang diceritakan sendiri di twitter beliau. Saya hanya share di sini sahaja.

Saya minat baca cerita seram seram misteri mistik ni, tu yang nak ajak korang baca sekali hahaha.

Bukan untuk takut semata-mata. Tapi untuk ambil pengajaran yang terkandung di sebalik pertemuan dengan makhluk Allah yang lain. Gitchuw~

Okay are you readyyy?

Selamat 'menghayati'!

Kisah Seram Pengalaman Jumpa Bunian [TRUE STORY] Part 1Oleh: Jaja Rasid
Assalamualaikum semua.
Aku dah baca komen korang tentang Bunian. Ternyata versi, fahaman, teori, hipotesis  kita berbeza. Jadi seperti yg sedia maklum, pada thread sebelum-sebelum ni, aku hanya menceritakan pengalaman sendiri. Maaf, aku tak arif dalam selok belok hikayat dan salahsilah bunian ni.
Perihal Bunian adalah luas dan banyak perdebatan. Sekadar untuk ambil tahu bahawa Bunian itu sahih kewujudannya. Awal-awal ni manis lah untuk aku buka tirai yang sudah aku maklum malam tadi.
Thread ini, suatu pengalaman untuk aku berkongsi cerita...
Kita tutup salahsilah Bunian kerana aku bukan orang yang tepat untuk buka sejarah 'mereka'.
Jadi, ada yg bertanya. Bagaimana aku yakin itu Bunian? Jawapan aku:Aku tiada ilmu untuk menyakinkan sesiapa, bahkan aku tak pasti.
Sekadar 'tahu' berdasarkan cerita manusia.Kisah aku dan basikal tak terhenti di sini.
Masih ingat lagi, aku dipulau oleh rakan-rakan? Kisah sedih tu tak?
Inilah permulaan kisah aku menemui Bunian (jelmaan Bunian?)
Kita throwback *machine time Doraemon!Ini time line. Korang kena recall balik. Recall recall.. Heheheheeh kang konfius!
16 tahun yang lalu, ketika aku berusia 7 tahun.. Aku masih lagi bengang dengan kawan aku masa ni. (aku dipulau usia 8 tahun gara-gara hasutan seorang nenek). Jadi masa ni ada life lagi oyeahhhh.
Aku nak cakap pasal nenek ni. I guess ada certain of you yang curious nak tahu pasal nenek ni.
Masa aku umur 7 tahun ni lagi dia dah tak suka aku. Huwaaaa, my childhood memories terganggu.
Masa aku umur 7 tahun, aku tak ada adik lagi. Kiranya aku anak sulung. Mak ayah aku selalu kata 'jangan sedih kalau tak ada adik'. Aku memula syok lah jadi anak tunggal. Semua benda nak, aku dapat. Nak basikal nak itu nak ini semua dapat. Hohoho enjoyyy.
Berbalik pada kisah nenek tu, aku dan kawan yang lagi 10 orang tu suka berkumpul ke rumah kawan aku, Fatin (nenek tinggal sekali dengan family Fatin ni). Rumah dia besar, banyak ruang bermain so memang rumah dialah tempat 'lepak'.
Nenek dia kan tak suka aku..
Bila aku ada je nenek tu mulalah buat cara tak suka aku. Walaupun aku budak-budak lagi masa tu, aku rasa terhina lah juga. Nenek tu kekadang macam mengamuk 'kau pergi sana pergi pergi'.
Aku pula jenis keras hati, degil, buat bodoh je. Nasib ada kawan-kawan 'back up' heheheeSampai satu tahap pressure yang aku dapat daripada nenek tu mula buat aku marah. Aku jadi kasar. Since on that day aku mula ada short-tempered, baran! Kawan-kawan aku pun cakaplah, lepas ni aku tak payah lah datang ke rumah tu. Fatin pun cakap aku ni suka buat nenek dia sakit.
Sakit apa aku tak tahu. Aku kecil lagi masa tu. Kalau aku boleh undur masa, aku tanya nenek tu. Nenek tak suka saya sebab apa?
Aku masih lagi berkawan dengan dorang cuma kami jarang lepak sama-sama. Lagi sekali aku inform, aku baru tahu lonely itu apa. *insert music sedih
Aku mulalah berani naik basikal, merayau sorang-sorang. Kadang-kadang aku ke Masjid Puchong. Dalam 30 minit aku kayuh dari rumah aku. Lalu roundabout ok. Situ ada tasik. Tasik itulah jadi tempat lepak aku. Bila aku sesorang, aku banyak bermonolog dalaman (cakap dalam hati).
Masa ni segala sixth sense aku muncul. Aku tahu sebab apa. Sebab aku main 'wish' dekat ikan. Petang tu, macam biasa aku ke tasik. Kat tasik tu ramai orang memancing tau. Aku main redah je bercakap dengan pakcik, abang abang kat situ.
Ini ikan apa, macam mana pasang mata kail bla bla.
Ada lah sorang pakcik ni, dia tegur aku. Berkupiah orangnya, berjanggut. Berjubah putih, dalam tu pakai seluar tracksuit. Aku tak tahu dia dari mana datang. Masjid Puchong masa ni tak siap lagi, tengah dibina (2002).
Dia katalah, aku buat apa ni sesorang. Aku tak kenal dia, tapi dia macam baik gila. Sembang yang bermanfaat. Hadis, ayat al quran semua dibibir dia. Goosebumps.
Then, dia nasihat aku jangan sedih-sedih. Ada benda besar akan datang untuk aku. Aku pun excited. Budak budak kan.
Then, pakcik pun minta izin untuk beransur. Dia bagi salam maka aku jawablah salam dia, waalaikumusalam. Lepas je pakcik tu beransur, ada lah abang-abang kat kawasan situ macam merungut dorang dapat ikan sikit petang tu. Aku kan menyibuk.
Aku bercakaplah dengan abang tu. 'Abang kalau nak ada rezeki, kita kena berdoa. Jangan merungut'. Tetiba aku jadi ostajah. Yelah, aku apply ilmu yang pakcik tadi tu beri.
Aku pun pandang tasik tu aku wish. Bermonolog lebih kurang macam ni: 'Tolong lah timbul ikan. Kesian abang ni'
Kebetulan, joran abang tu gegar. Aku macam, wow. Ikan tetiba timbul. Abg tu punya happy sampai tak pandang aku dah. Excited ambil habuan dorang. Memula macam nak marah aku yelah tetiba nasihat dorang kan. Dapat ikan terus gembira. Aku pun nak blah, kayuh basikal balik rumah.
Aku ni anak pasar malam. Ayah aku cikgu, tapi buat part time niaga makanan kat pasar malam. Cari duit lebih. Mak aku suri rumah. Jadi aku pun selalu lah ke tapak pasar malam. Siapa nak jaga aku kat rumah kan?
Nak dijadikan kisah, malam tu aku mengantuk gila. Mak aku pun suruh aku tidur dalam Proton Iswara. **Sebak pula cerita. Mak ayah aku banyak bersusah.
Aku pun baring di seat belakang. Mak ayah aku di khemah niaga. Cermin tingkap aku dah buka awal-awal, kang sesak nafas pulak siapa nak buat CPR? Aku pun pejam mata.
Tengah nak pejam mata ni, hidung detect bau ala ala haruman bunga melur, bau naskah muqaddam pun ada. Menusuk hidung. Aku curious. Pontianak kot. Aku pun duduk. Aku keluarkan kepala thru tingkap. Nasib muat walaupun kepala aku gemuk. Kalau tersekat naya, helu bomba help me!
Kan aku ada cerita, dulu arwah Tok Aji banyak share kisah momok so aku tekalah tu bau Pontianak. Aku pun tinjau-tinjaulah. Kalau korang nak tahu, kat pasar malam ada bau kan. Bau makanan, bau ikan. Tapi bau haruman ni kuat gila. Aku cuak. Pontianak ada kat bumbung kereta ke.
Aku punya geram, aku buka tingkap luas-luas. Aku keluarkan badan aku yang chubby tu. Aku toleh kepala kat bumbung. Eh tak ada!?
Agaknya pontianak ni. Lapar ke apa sampai ke pasar malam ni!!! Macam mana nak beli makanan? Kahkahkah
Aku geram betul. Aku keluar dari kereta. Aku pun cari sekeliling kereta.
P/s: Ayah aku park kereta hujung sikit daripada khemah pasar malam. Kawasan ni ada pokok Akasia.
Aku tinjau-tinjau, punya gigih aku cek bawah kereta. Curiousity aku kuat gais! Masa ni aku nampak..
Masa aku cek kat bawah kereta ni, aku nampak roda beca kat sebalik tayar. Mata aku tak pernah silap pasal beca, sebab aku suka naik beca jadi tahu bentuk beca macam mana.
Masa bila pula ada beca? Kenapa ada beca? Sebelah tu pokok. Tak ada kereta lain sebelah tu.
Aku takut nak bangun memula tu sampai terbaring kelu kat jalan tar tu. Aku tarik nafas. Berdiri. Bau wangi lagi kuat. Aku paksa bangun, lawan ketakutan ni. Sejurus aku bangun, lesap. Beca tak ada kat sebalik kereta. Ghaib. Tiada. Aku pun bermonolog.
'Apa benda tu'
Masha allah, aku nampak sesuatu ketika ni. Warna putih fluorescent. Tak glitter. Agak jauh dari tempat aku berdiri. Benda tu berdiri kat bawah pokok. Hijab aku tak sejelas orang lain. Apa yang aku nampak ni sekujur tubuh, macam pakai telekung? Badan dia membelakangkan aku.
Aku nampak sekejap je. Pastu dia ghaib. Hilang, bau pun hilang.
Aku melopong. Hantu apa pula style macam ni.
Cuma aku rasa something kuat masa ni. Aku rasa sesuatu dengan apa yang aku minta. Percakapan aku. Kehendak aku, jadi realiti.
Aku terus masuk ke pasar malam, aku jumpa mak ayah aku. Cepat-cepat buat bodoh dengan apa yang aku nampak. Aku tak story pun dekat dorang. Aku simpan.
Kalau korang nak tahu, aku mula stop bermonolog. Aku takut gila.
Tapi, ada insiden lain. Macam mengukuhkan aku tentang kehadiran Bunian, ini tafsiran aku mengikut pandangan arwah Tok Aji.
Apa yang aku nampak, Tok Aji kata itu Bunian. Dia nak berkawan dengan aku. Tentang pakcik tua itu, memang manusia arwah Tok Aji kata.
Next insiden aku..
Aku tertanya-tanya kenapa Bunian tu nak kawan dengan aku. Masih mentah untuk aku percaya pasal makhluk ghaib masa tu. Aku mula ingat pasal nenek tu. Aku yakin, diri aku sakit.
Bermonolog lagi. 'Betul lah nenek tu cakap, aku ni buat dia sakit. Mungkin aku yang sakit'.
Aku mula asingkan diri aku daripada kawan-kawan. Aku takut orang lain tahu aku ni sakit sebab boleh nampak benda. Dorang tak tahu pun pasal aku nampak Pontianak masa umur 3 tahun, 5 tahun.
Aku jenis simpan dalam hati. Sampailah satu saat insiden aku terdesak.. Aku tak ada adik! Aku bercakap dengan bunian aku nak adik.
Masa ni dalam tengah hari, aku kena marah dengan mak aku sebab aku main basikal tengah terik. Aku bosan. Aku terus keluarkan basikal. Aku kayuh laju-laju. Bumper ke apa, aku redah. Bergegar badan aku. Dah lah gemuk.
Aku bukan main terik sangat, singgah rumah jiran je. Beli aiskrim Malaysia. Elok je aku masuk rumah, dah kena sound. Aku pun bosan asyik kena bebel, apa lagi, aku keluar balik lah. Itulah cerita dia tadi.
Masa aku tengah kayuh, aku menjerit-jerit. Aku kan tak ada kawan.'Bunian kau kawan aku kan! Tolonglah bagi aku adik. Aku nak adik sangat. Kau bagilah aku adik, aku nak adik. Aku tak nak jadi anak tunggal. Tak ada siapa nak kawan dengan aku'
Sebak lagi. Aku tak tahu kenapa, aku mula percaya Bunian ada dengan aku selama ni. Tengah nangis-nangis tu pergi kat taman permainan. Stop jap. Aku baring dalam terowong papan gelongsor. Sesuka hati aku je. Muat je badan aku okay? Jangan cakap tak muat.
Aku nangis lagi dalam terowong ni. Bergema la kan.
'Bunian, aku nak adik'
Lepas nangis bagai, balik rumah. Aku tertunggu kehadiran bunian tu, dia tak menjelma. Cuma masa ni aku demam berminggu-minggu. Masa aku tengah demam, aku nampak mak aku dah tak garang. Aku pun pelik.
Aku tanya mak aku, kenapa mak jarang marah.
Mak aku beritahu yang dia mengandung. Perubahan paling pelik ketika ni, mak aku rajin mengaji, solat sunat. Mak aku memang rajin, tapi tak sekerap macam tu. Sebelum ni, biasa-biasa je. Aku yakin, mak aku rasa bersyukur sangat sebab diberikan zuriat. Aku rasa, dia mendengar.
Berbalik pada arwah Tok Aji, dia tegur yang aku tak boleh bersandarkan pada bunian atas apa-apa yang aku dapat. Kebetulan. Banyak hikayat tentang Bunian ni.
Aku dengar saja, sebab arwah Tok Aji pun kata. Segala apa yang aku nampak, aku hanya tahu 'kewujudan' tetapi bukan 'kebenaran'. 'Kebenaran yang hakiki, hanya Allah yang benar-benar mengetahui. Sebab itulah, Allah itu Maha Mengetahui. Tapi kita perlu percaya kewujudan makhluk ghaib. Apapun yang kita nampak tidak semestinya benar'. Maksud arwah Tok Aji, janganlah taksub.
Aku dapat adik lelaki. Alhamdulillah, besar dah dia. Tahun depan SPM.
Kisah bunian yang seterusnya, ketika aku berumur 11 tahun. Masa ni aku stay Rawang, tempat tinggal sekarang. Untuk pengetahuan korang, gangguan aku on off. Bukan setiap masa.
Aku sambung kisah baru.
Masa umur 11 tahun, means aku darjah 5. Al kisah aku tunggu van sekolah. Nak ke sekolah sesi pagi. Rumah aku berdekatan dengan rumah pakcik yang bawa van sekolah, Pakcik Man. Aku lah aku orang pertama yang Pakcik Man ambil sebelum ambil budak lain.
Waktu bersekolah, aku selalu tidur mati. Masa sekolah rendah lah zaman terakhir aku tidur nyenyak. Gangguan pun jarang-jarang kena. Jadi mak aku akan tampaq punggung aku baru aku bangkit pi mandi. My natural alarm, dulu.
Dalam pukul 5 pagi, mak aku selalu mulakan misinya. Walaupun masa tu adik aku dah 4 tahun, aku masih manja dengan mak ayah. Sampai sekarang. Anak sulung paling gedik, semua nak conquer shhh.
Pagi ni, lain daripada yang sebelumnya. Aku terjaga sebab dengar ada alunan ayat suci al-quran dekat eardrum aku. Lembut, mendayu-dayu. Mak aku ke baca ayat al quran ni? Amboi, style lain pagi ni. Aku terus cakap. 'Ummi, along bangunlah ni. Hari ni kenapa baca ayat al Quran pula.'
Betul aku terjaga. Tapi bukan in real life. Mimpi dalam mimpi. Aku tak tahu mana satu realiti. Macam tak jumpa alam sekarang.
Aku tak dapat nak explain, sesiapa yang mengalami mungkin korang tahu rasa stuck dalam mimpi sendiri macam mana. Ini bukan sleep paralysis, ini mimpi secara bawah sedar. Aku nampak kabus. Kabus. Sekali lagi aku stuck.
Aku paksa diri aku bangun.
Kabus ala-ala nitrogen ice. Dingin. Tak jelas apa yang berlagu. Masa ni dengar ayat suci al Quran tapi bergema. Ini tafsiran yg aku dapat, pengalaman aku.
Masa aku nak buka mata, aku nampak mak aku otw masuk bilik aku dengan bertelekung.Aku cakap 'Ummi'. Aku terus tersedar.
Masa aku buka mata, mak aku pun masuk dengan bertelekung!
Aku confuse aku dekat mana. Aku tengok sekeliling, aku dalam bilik sendiri, tengah baring lagi. Masa ni whole badan aku cramp. Aku minta mak aku rentap badan aku. Sakit tu tak tertanggung. Badan aku sejuk. Tak jelas apa yang berlaku.
Aku cuba relate mimpi aku dengan realiti. Aku rasa mimpi aku benar-benar terjadi. Aku kata kat mak aku yang aku mimpi benda. Mak aku bergurau 'itu alasan tak nak pergi sekolah lah kan'.
Mak aku tak suka aku bercakap berkenan alam ghaib. Aku pun get ready nak pergi sekolah, siap-siap semua.
Cuma masa ni aku agak 'marah' dengan mak sendiri seolah-olah tak percayakan cerita aku. Aku tak salam mak aku pagi ni. Aku protes.
Aku pun ke ruang tamu terus, capai kasut sekolah dan pakai di pintu masuk rumah. Rumah aku kawasan hutan. Subuh, memang sejuk tapi harini sejuk dia 'lain'. Kabus, ya berkabus. Aku dah berdebar, dup dap dup dap..berdebar tengok crush pun tak selaju degupan ini. Ishhh!

Aku rasa ada something nak berlaku. Aku rasa sejuk macam dalam mimpi. Mata aku terus..
Mata aku terus melilau. Nak cari 'benda'. Aku terus ke kawasan depan rumah. Aku pandang sekeliling.
Sekali lagi masa ni aku nampak Bunian/ Jelmaan dekat pokok mangga. Ya! Pokok mangga jiran aku. Aku lihat ada bunian, pakaian orang kayangan. Ini tafsiran apa yang aku nampak.
Ala-ala pakaian Kanjeng Ratu Kidul tapi serba putih. Ada sesiapa tahu tentang Queen ni? Bunian yang aku nampak dia berpusing, ala-ala menari. Aku pandang dia, tapi hijab aku tak jelas. Tak dapat teliti pasal telinga dia, hidung dia. Masa aku buat eye contact, tari dia berhenti.Kisah Seram Pengalaman Jumpa Bunian [TRUE STORY] Part 1 | image: JajaKisah Seram Pengalaman Jumpa Bunian [TRUE STORY] Part 1 | image: JajaMasa ni aku rasa bergegar. Sebab aku terus berlari masuk dalam rumah, tak bukak kasuttttt! Aku menjerit kat mak aku UMMIII ADAAAAA BENDA MACAM BUNIAAANNNN. Mak aku dalam bilik, punyalah melatah ya allah ya allah ya allah!! Tambah latah dia bila nampak kasut aku dalam rumah.
Aku terus peluk mak aku, aku takut. Aku tak pergi sekolah terus. Cuti berhari-hari. Menangis-nangis masa ni sebab aku takut benda tu ambil aku ke, nak apa-apakan aku ke. Mak aku sejak hari tu dia percaya aku boleh nampak benda. Cuma aku jarang cerita dengan mak aku.
Thread bunian ada lagi 3 cerita panjang. Aku sambung kemudian. Thanks gais yang sudi baca setakat ini!

Much love 💖

---------------------TO BE CONTINUED-------------------

HAAA AMACAM? Best tak? Nak sambungan tak? Nak baca part 2 punya pula tak? Weee~

Okay tapi yang lawaknya, kenapa time saya 'edit' entri ni tadi.. boleh pula tudung saya yang tersidai atas penyangkut boleh jatuh pula (berada berhampiran dengan saya)?!! Walaupun saya buat derkkk je, tapi pelik juga la kan. Boleh pula dia jatuh on right timing? Hah? HAHAHAHA *gelak nervous

Alaaa tudung tu licin plus angin kipas kuat.. tu yang jatuh tu KANNN (sedapkan hati). Kbai hahahaha! Nitee~




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/kisah-seram-pengalaman-jumpa-bunian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Kucing Rita Rudaini Pekan Hilang Alhamdulillah Dah Jumpa

Kisah Kucing Rita Rudaini Pekan Hilang Alhamdulillah Dah Jumpa

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 588 hits
Kisah yang menarik perhatian aku apabila rajin membaca instagram para artis minggu ini adalah kisah kucing Rita Rudaini hilang Alhamdulillah setelah beberapa hari akhirnya jumpa kembali Aku teruja pula nak mengikuti rentetan cerita kisah ku...
Dia Siap Mandi Dan Pasang Ayat Kursi Kisah Seram Ke Kisah Curang Ni

Dia Siap Mandi Dan Pasang Ayat Kursi Kisah Seram Ke Kisah Curang Ni

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1483 hits
Dia siap mandi dan pasang ayat kursi Kisah seram ke kisah curang ni Kisah seram di pagi hari demikian tulis seorang gadis di Twitter yang berkongsikan pengalaman seramnya ketika membuat panggilan video dengan teman lelakinya Menurut gadis b...
Royalti Minyak Kelantan Jumpa Pm Bincang Semula Bayaran

Royalti Minyak Kelantan Jumpa Pm Bincang Semula Bayaran

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 274 hits
Datuk Ahmad Yakob KOTA BHARU Kerajaan Kelantan berharap masalah pembayaran royalti minyak oleh kerajaan pusat dapat dilaksanakan tidak lama lagi kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob Ahmad berkata beliau bersama rakan sejawatnya dari Tere...
Peniaga Bundle Jumpa Rm20 000 Dalam Kot Mufti Kelantan Mahu Wang Diserahkan Kepada Baitulmal

Peniaga Bundle Jumpa Rm20 000 Dalam Kot Mufti Kelantan Mahu Wang Diserahkan Kepada Baitulmal

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 636 hits
Keghairahan berkongsikan apa sahaja cerita yang berlaku dalam hidup masing masing di sosial media akhirnya memakan diri Itulah yang berlaku kepada peniaga bunddle yang dikenali sebagai Wan Mohamad Adam Wan Mohamed apabila Mufti Kelantan men...
Jumpa 550 000 Yen Dalam Guni Bundle Peniaga Perlu Serahkan Kepada Baitulmal Kerana Ia Bukan Haknya Mufti Kelantan

Jumpa 550 000 Yen Dalam Guni Bundle Peniaga Perlu Serahkan Kepada Baitulmal Kerana Ia Bukan Haknya Mufti Kelantan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 831 hits
Baru baru ini seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550 000 yen RM20 755 84 dalam guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak Jelawat Bachok Kelantan Wan Mohamad Adam Wan Mohamed 29 berkata dia terkejut apabila menemui wang itu d...
Pengalaman Bersama Malindo Flight

Pengalaman Bersama Malindo Flight

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 387 hits
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong tak kiralah dalam atau luar negara Industri perlancongan di negara kita semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini Tak percaya perhatikan hotel hotel di bul...
Pemuda Jumpa 550 000 Yen Dalam Pakaian Bundle

Pemuda Jumpa 550 000 Yen Dalam Pakaian Bundle

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 630 hits
UMPAMA rezeki terpijak apabila seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550 000 yen ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak Jelawat Bachok kelmarin Penjual berkenaan Wan Mohamad Adam Wan Mohamed 29 berkata dia ter...
Jumpa Tahi Tikus Di Kilang Kopi

Jumpa Tahi Tikus Di Kilang Kopi

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 848 hits
MENJIJIKKAN itu keadaan kilang kopi di Butterworth selepas pihak berkuasa yang memeriksa premis berkenaan menemui najis tikus di beberapa kawasan di situ Operasi dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama ...
Jumpa Artis Lama Pun Tak Hormat Nasib Baiklah Saya Produser Ada Gelaran Dato Dan Paduka Ayahanda Kalau Tak

Jumpa Artis Lama Pun Tak Hormat Nasib Baiklah Saya Produser Ada Gelaran Dato Dan Paduka Ayahanda Kalau Tak

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 288 hits
PELAKON dan produser Datuk Boy Iman mengkritik sikap segelintir pendatang baru industri seni tanah air yang dikatakan berlagak sombong terhadap artis senior apabila sudah popular Jumpa artis lama pun tak hormat Nasib baiklah saya produser a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya