Kisah Seram Misteri Penyewa Rumah Banglo Di Ampang Jaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan peminat kisah seram sekalian? Alhamdulillah, sudah lama rasanya kita tidak bersiaran. Kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini? Kali terakhir bersiaran rasanya pada bulan Julai yang lalu. Alhamdulillah, kini kita kembali dan episod kali ini aku akan kongsikan kepada anda semua tentang kisah misteri sebuah banglo. Selamat membaca. ✌😎
KISAH SERAM : MISTERI PENYEWA RUMAH BANGLO DI AMPANG JAYA


Sebuah banglo di Ampang Jaya tersergam indah tidak jauh dari jalan besar. Biasanya rumah besar dua tingkat ini disewakan oleh tuannya seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk. Ramai yang memanggil Datuk ini sebagai ‘Datuk S’ saja

Datuk S mempunyai beberapa buah rumah sekitar Subang Jaya dan Damansara. Bagaimanapun, dia selalu menjenguk rumahnya di Ampang Jaya kerana di belakang rumah itu terdapat pokok buah-buahan walaupun tidak banyak

Yang peliknya, setiap penyewa rumah tersebut tidak tahan lama tinggal di rumah itu. Paling lama mereka tinggal 4 hingga 6 bulan saja. Bila rakan-rakan bertanya, mereka menjawab ‘tak tahan’ ataupun ‘panas’

Banglo tersebut cukup selesa dan indah. Di sekelilingnya penuh dengan hiasan taman dan beberapa buah set bangku marmar tempat berehat

Pada suatu hari saya terserempak dengan seorang kawan bernama Hamdi yang pernah menyewa banglo yang dipanggil Seri Vila itu. Sambil minum di sebuah restoran di Chow Kit, saya sempat bertanya: “Mengapa kau pindah dari Seri Vila? Sewanya mahal ke?”
“Oh, bukan pasal sewa,” jawabnya

“Sewanya seribu aku boleh bayar, tapi aku tak tahan… panas.”
“Panas?”
“Betul,” angguknya

“Yang aku tahu sudah lebih 20 orang sewa Seri Vila tapi semuanya cabut, paling tinggi boleh bertahan 6 bulan.”
“Mengapa? Datuk S cerewet, Datin S cerewet?” tanya aku lagi

“Tidak… Sebnarnya banyak gangguan ghaib. Bila kita berada di tingkat atas selalu kedengaran orang berjalan kaki gunakan terompah kayu di bawah. Bila kita turun ke bawah memeriksa, tidak ada apa-pun. Bila kita berada di bawah pula menonton TV dan sebagainya, selalu denga orang mandi di bilik air di atas. Bila kita naik ke atas memeriksa, tidak ada pula orang mandi di situ

“Ketika kita hendak tidur pula selalu terdengar  orang mengetuk-ngetuk pintu atau tingkap. Bila diperiksa, tidak ada siapa yang datang. Kadang-kadang terhidu bau kemenyan waktu dinihari. Yang paling aku tak tahan bila aku tidur di atas, esok paginya bila aku terjaga, aku berada di tingkat bawah. Siapa yang angkat aku ketika tidur? Kadang-kadang kedudukan kerusi dan pinggan mangkuk pun berubah-ubah…”
Datuk S tahu masalah itu. Dia sendiri pun pernah tinggal di rumah itu satu masa dulu, tapi akhirnya terpaksa berpindah ke rumahnya di Subang Jaya dan Damansara

Datuk S pun pernah menggunakan khidmat bomoh untuk mengatasi masalah tersebut. Kononnya pernah disemah atau dipindahkan penunggu di Seri Vila itu. Saya menceritakan hal tersebut kepada seorang kawan, Yasin, yang ingin mencari rumah sewa

“Aku setuju sewa rumah itu. Mana ada hantu. Aku tak percaya ada hantu di Seri Vila. Kalau murah, aku akan sewa. Memang elok, rumah besar, anak pun ramai,” kata Yasin

Akhirnya, Yasin dan keluarga tinggallah di rumah itu. Hari pertama tidak ada apa-apa hinggalah menjangkau 4 bulan. Bila saya berjumpa dengan Yasin, dia tergelak berdekah2… “Mana ada hantu! Mana ada jembalang…” katanya

Pada suatu malam, kira-kira pukul 12.00, Yasin dengan keluarganya mula hendak tidur di tingkat atas. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kucing berkelahi di tingkat bawah hingga susah hendak melelapkan mata. Padahal Yasin tidak pernah memelihara kucing

Yasin bergegas ke tingkat bawah. Ah, memang tidak ada kucing. Lalu dia berlari ke ruang dapur, alamak, lantai terazzo di dapur itu didapati jerlus. Yasin jenguk ke dalam lubang…
Mahu Yasin menjerit, tapi mulutnya kaku bila melihat dalam lubang jerlus itu terdapat beberapa ketul batu nisan yang sudah berlumut…
Esoknya, Yasin terus pindah

Sumber : Xmastika.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/10/kisah-seram-misteri-penyewa-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Lebuhraya Karak Kekal Misteri Legend Tak Sangka Rupa Rupanya

Kisah Seram Lebuhraya Karak Kekal Misteri Legend Tak Sangka Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 731 hits
Bermacam versi kisah seram pernah kita dengar apabila menyebut tentang Lebuhraya Karak Kisah kisah misteri ini juga bukan sahaja disampaikan dari mulut ke mulut malahan turut difilemkan pada 2011 oleh adik beradik KRU sehingga pecah panggun...
Keliling Ke Rumah Siswa Kisah Perjuangan Guru Honorer Di Perbatasan Jateng Jatim

Keliling Ke Rumah Siswa Kisah Perjuangan Guru Honorer Di Perbatasan Jateng Jatim

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 355 hits
Puji Lestari tampak bersemangat menyambangi anak anak SD Negeri 2 Tambakromo Kecamatan Cepu Kabupaten Blora di rumahnya masing masing
Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 847 hits
Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di HospitalSebut sahaja kisah seram di hospital pasti terlintas dalam fikiran kita pelbagai cerita cerita menakutkan yang biasa berlaku di hospital Ada yang pernah seru nama ada yang ternampak lint...
Kisah Mengenai Makna Rumah Drama Monthly House Temukan Kim Jisuk Jung Somin

Kisah Mengenai Makna Rumah Drama Monthly House Temukan Kim Jisuk Jung Somin

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 311 hits
Khabarnya pelakon Kim Ji suk dan Jung So min akan muncul dalam sebuah drama JTBC bersama Monthly House ialah sebuah drama romantik mengenai seorang lelaki yang membeli rumah dan wanita yang tinggal dalam banyak rumah Ia memaparkan isu perum...
Isteri Merajuk Tak Mahu Buka Pintu Suami Terus Buat Cara Rare Sebab Nak Pujuk Sekali Habis Rumah Terbakar

Isteri Merajuk Tak Mahu Buka Pintu Suami Terus Buat Cara Rare Sebab Nak Pujuk Sekali Habis Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 480 hits
Istilah niat tidak menghaIalkan cara mungkin sesuai digunakan dalam kjadian yang berlaku di Kota Kinabalu ini Niat baik seorang suami cuba memujuk isterinya yang mengunci diri dalam bilik dengan melakukan tindakan luar jangkaan telah membaw...
Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Gara Gara Jiran Bertengkar Sampai Bakar Tilam Di Rumah Murah Kepayan

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Gara Gara Jiran Bertengkar Sampai Bakar Tilam Di Rumah Murah Kepayan

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 474 hits
Suspek keluarganya sempat menyelamatkan diri tetapi warga emas rentung dalam tandas tingkat atas manakala seorang ibu dan anaknya berusia 3 tahun melecur Warga emas rentung dalam kebakaran gara gara jiran bergaduh sampai bakar tilam Perteng...
Krystal F Sah Tinggalkan Sm Entertainment Sertai Agensi Rumah Kepada Jung Ryeowon Kwak Dongyeon

Krystal F Sah Tinggalkan Sm Entertainment Sertai Agensi Rumah Kepada Jung Ryeowon Kwak Dongyeon

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 376 hits
Selepas hanya khabar angin bertiup akhirnya ahli kumpulan f Krystal sah meninggalkan SM Entertainment dan memulakan lembaran hidup yang baru dengan agensi lain Pada 12 Oktober H Entertainment mengumumkan bahawa penyanyi dan juga pelakon itu...
Terjawab Kenapa Guru Ini Suka Longgok Sampah Depan Rumah Sampai Nak Masuk Umah Pun Susah

Terjawab Kenapa Guru Ini Suka Longgok Sampah Depan Rumah Sampai Nak Masuk Umah Pun Susah

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 411 hits
Kisah seorang pesara guru yang mengumpul timbunan sampah di kediaman di Simpang Pulai telah mencvri perhatian ramai Dikatakan Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran yang kemudian dibawa pu...
Orang Rumah Pun Nak Anak Dari Rahim Sendiri Achey Isteri Bakal Buat Rawatan Ivf Nak Bagi Adik Untuk Tiara

Orang Rumah Pun Nak Anak Dari Rahim Sendiri Achey Isteri Bakal Buat Rawatan Ivf Nak Bagi Adik Untuk Tiara

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 449 hits
Mempunyai zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang berkahwin Apatah lagi rumahtangga yang dibina sudah hampir mencecah usia sedekad Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat sendiri boleh melakukan rawatan kesuburan sebagai salah satu...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau