Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital


 Wanita Kongsi Kisah Seram Ketika Teman Ibu Di Hospital

Sebut sahaja “kisah seram di hospital”, pasti terlintas dalam fikiran kita pelbagai cerita-cerita menakutkan yang biasa berlaku di hospital.
Ada yang pernah seru nama, ada yang ternampak lintasan, ada yang bau pelik-pelik dan banyak lagi.

Sama juga yang berlaku kepada netizen bernama Qilah Bakar ini, dia sendiri pernah kena ‘ikut’ oleh makhluk tidak dikenali ketika berada di dalam tandas.
Nak tahu ceritanya? Mari baca perkongsiannya di group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia di bawah ini.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: GoogleAssalamualaikum
Hai pertama kali aku ingin berkongsi pengalaman yang aku alami.
Tahun 2012 aku menjaga arwah emak aku yang dimasukkan ke sebuah hospital atas sebab mengalami kanser paru-paru tahap tiga. Malam pertama tiada apa pun yang ganjil atau pelik.
Cuma bila namanya hospital memang situasi tidaklah berapa selesa. Boleh dikatakan sepanjang malam tersebut aku tidur-tidur ayam.
Bila menjaga pesakit yang aku ingat adalah mental dan fizikal kena kuat. Ya betul kerana tanpa kekuatan mental dan fizikal silap hari bulan kau pulak yang sama terbaring dalam wad tu.
Diringkaskan cerita malam ketiga dan keempat ada kematian di wad tersebut. Tiada apa pun yang pelik berlaku, cuma di hari keenam waktu aku berada di bilik air wad tersebut aku mengalami satu peristiwa yang menyeramkan bagi aku.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: GoogleJam 4.30 pagi aku masuk ke bilik air untuk mandi siap awal-awal sebab taknak nanti mak aku kalut cari awal bila dia terjaga nanti.
Aku masuk ke bilik air tu sunyi sepi. Maknanya aku seorang je dalam bilik air tersebut. Selesai gosok gigi dan mencuci muka aku pun masuk ke bilik air untuk mandi. Dan di sinilah bermula ceritanya.
Sedang aku mandi, aku dengar bunyi air sinki dibuka. Ahh, fikirku mesti ada yang masuk untuk ke bilik air. Aku teruskan mandi, ku dengar bilik air di sebelah tutup. Bunyi pintu tu agak seram wey.
Dan lebih buat aku tertanya-tanya bunyi simbahan air mandinya sangat kuat dan seakan hendak cepat-cepat sahaja.
Aku selesai mandi dan bunyi air di bilik sebelah masih menyimbah-nyimbah. Selesai berpakaian aku pun keluar dari bilik tempat aku mandi.
Dan sememangnya yang buat aku terkejut dan menggeletar juga rasa kaki bila mana pintu bilik air sebelah aku mandi tadi kosong. Kering lantainya tiada basah.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: GoogleAku tak menunggu lama terus keluar dari bilik air tersebut. Dan sewaktu aku keluar ada seorang perempuan berjalan menunduk keluar dari bilik air yang sama dengan aku.
Sedangkan sewaktu aku di dalam tadi tiada seorang pun yang aku nampak, apatah lagi dengan bilik air sebelah tempat aku mandi tadi kering.
Ketarnya kaki dan terasa amat jauh meja tempat bertugas jururawat yang bertugas ketika itu. Aku hanya mampu Istighfar dan mengucap.
Sampai sahaja aku di ruang masuk ke wad, aku pandang ke belakang, perempuan yang tadi tidak ada. Jadi siapakah dia??
Sampai di katil emak aku, aku hanya mampu diam. Menunggu waktu Subuh bagi aku adalah sangat panjang pada hari tersebut.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: GoogleDan sebenarnya bukanlah habis di situ sahaja makhluk tu menyakat aku. Ada beberapa peristiwa juga yang berlaku selepas itu. Hehehe. Dia muncul hanya di bilik air.
Dan masa jaga mak aku dalam wad tu juga mak aku ada bagitahu dia nampak ada perempuan ikut aku masuk ke bilik air dari belakang.
Aku stop kat sini dulu. Harap korang semua fahamlah dengan cerita aku untuk pembukaan pertama kalinya ini.
Terima kasih admin dan semua geng KCHM. Sesungguhnya dia pun makhluk Allah juga cuma keadaan dan rupanya tidak sama seperti kita manusia..
Sumber: Qilah Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/10/wanita-kongsi-kisah-seram-ketika-teman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagiakan Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

Bahagiakan Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 529 hits
019 Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa Berbaktilah kepada keduanya semasa hayat mereka masih ada Jangan tunggu sehingga kita menjadi orang berada atau senang dulu untuk berbakti kerana pada masa itu mungkin mereka sudah tidak...
Ini Fakta Serell Thalib Wanita Yang Dinikahi Taqy Malik Nama Lengkap Ayah Dan Ibu

Ini Fakta Serell Thalib Wanita Yang Dinikahi Taqy Malik Nama Lengkap Ayah Dan Ibu

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 888 hits
Fakta fakta Sherel Thalib Dinikahi Taqy Malik Hari Ini Nama Lengkap Sherel Thalib Ayah dan Ibu Berikut selengkapnya Nama Sherel Thalib kini banyak dicari netizen Banyak yang penasaran Siapa Sherel Thalib tak sedikit pula yang mengetik kata ...
Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 254 hits
Tak puas hati dengan urusan rawatan suaminya seorang isteri tergamak melumurkan najis ke PPE yang dipakai petugas kesihatan Kompas com melaporkan isteri kepada pesakit Covid 19 itu melakukan perbuatan tersebut terhadap tiga orang petugas di...
Kisah Anak Kecil Rawat Ibu Yang Sakit Hingga Meninggal Ditinggal Ayah Tanpa Alasan Yang Jelas

Kisah Anak Kecil Rawat Ibu Yang Sakit Hingga Meninggal Ditinggal Ayah Tanpa Alasan Yang Jelas

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 418 hits
Viral kisah anak kecil rawat ibunya yang sakit hingga meninggal dunia Anak kecil tersebut bernama Dodo dari Bangka Belitung Sang ibu meninggal dunia karena menderita sakit maag liver dan darah tinggi Setelah berjuang selama lima bulan ibu D...
Kisah Kesabaran Wanita Yang Tak Kunjung Hamil Hingga Allah Mencabut Nyawanya

Kisah Kesabaran Wanita Yang Tak Kunjung Hamil Hingga Allah Mencabut Nyawanya

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 345 hits
Bismillah Semoga menjadi ibrah bagi kita semua Cerita dari seorang sahabat seorang teman seorang ibu yang sangat tegar Inspirasi bagi kita untuk selalu menggantungkan harapan kepada Allah raja serta khauf dan berserah diri hanya kepada Alla...
Polis Siasat Laporan Wanita Amanah Ditumbuk Ketika Mesyuarat

Polis Siasat Laporan Wanita Amanah Ditumbuk Ketika Mesyuarat

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 345 hits
M Fakhrull HalimPolis sedang menyiasat aduan seorang wanita yang didakwa dikasari manakala adik perempuannya ditumbuk seorang lelaki dalam satu mesyuarat parti Amanah di Teluk Intan Perak Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ka...
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Muka Bertukar Jadi Orang Tua Kerana Alahan Mengandung

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Muka Bertukar Jadi Orang Tua Kerana Alahan Mengandung

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 787 hits
Fasa kehamilan adalah salah satu detik yang paling menggembirakan buat pasangan suami isteri Menurut kajian hampir 60 ibu mengandung akan mengalami alahan atau mabuk hamil seperti loya muntah muntah hilang selera makan tidak suka bau badan ...
Kisah Seram Lebuhraya Karak Kekal Misteri Legend Tak Sangka Rupa Rupanya

Kisah Seram Lebuhraya Karak Kekal Misteri Legend Tak Sangka Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 812 hits
Bermacam versi kisah seram pernah kita dengar apabila menyebut tentang Lebuhraya Karak Kisah kisah misteri ini juga bukan sahaja disampaikan dari mulut ke mulut malahan turut difilemkan pada 2011 oleh adik beradik KRU sehingga pecah panggun...
Harris Tak Kisah Hubungan Cintanya Dikata Adik Kakak Ibu Anak Lantaklah Nak Cakap Apa

Harris Tak Kisah Hubungan Cintanya Dikata Adik Kakak Ibu Anak Lantaklah Nak Cakap Apa

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 357 hits
Alhamdulillah kami happy Sekarang masih dalam fasa mengenali Nak kenal hati budi bukan sekejap Tetapi kami okey menikmati fasa awal ini Diam tak diam sudah hampir setahun hubungan istimewa ini terjalin source
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad