Kisah Seram Diganggu Ketika Menonton Wayang Tengah Malam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali lagi dalam episod "Kisah Seram Apa Minggu ini?" Kali terakhir kisah seram dikongsikan adalah pada bulan November yang lalu! Hampir sebulan jugalah tiada sebarang kisah seram dikongsikan. Baiklah, kali ini adalah kisah seram yang terjadi di sebuah panggung wayang gambar atau dikenali sebagai pawagam. Selamat membaca

KISAH SERAM : DIGANGGU KETIKA MENONTON WAYANG TENGAH MALAM
Ada  tak di antara anda yang suka menonton wayang cerita seram di waktu lewat malam? Atau budak-budak sekarang gelar tayangan ‘midnight’

Pernah tak berlaku pengalaman menyeramkan ketika sedang asyik menonton? Jika ada, mungkin kita senasib, tambahan pula kalau peristiwa tersebut meninggalkan kesan trauma yang cukup mendalam. Baiklah, dipendekkan cerita mesti pembaca semua nak tahu apa kisah yang terjadi kepada aku kan? 
Begini ceritanya…
Aku ni memang kaki wayang, tambah pula kalau kisah misteri atau hantu. Boleh dikatakan kalau ada cerita begini memang aku tak pernah ketinggalan, lepas tu sengaja pula cari waktu tayangan tengah malam, kononnya baru lebih  feel

Hendak dijadikan cerita, pada satu malam tu aku dan rakan serumah, Aril pergilah menonton sebuah filem seram. Cerita ini memang popular, maklumlah filem Melayu, lepas itu pula banyak akhbar dan majalah yang ulas kononnya filem ini antara yang terbaik

Campur tolak iklan, akhirnya cerita bermula jam 12 tengah malam. Aku jeling penonton dalam dewan itu, Memang tidak ramai, rasanya tidak sampai 10 orang. Mungkin disebabkan filem ini sudah dua minggu ditayangkan atau mungkin juga sebab tidak ramai yang mahu menonton pada lewat malam

Aku dan Aril menonton dengan penuh khusyuk. Jalan ceritanya memang menarik, tambah pula banyak adegan-adegan suspens yang ditonjolkan. Sesekali kedengaran jerit pekik menonton yang terkejut dan ketakutan. Aku dan Aril hanya tertawa kerana lucu dengan gelagat mereka

Sekali sekala ketika skrin beralih terang sempatlah juga aku toleh ke arah pengunjung lain yang berada di sitru. Nampak masing-masing cemas dan takut, sehinggakan ada yang masih menutup muka.Hampir setengah jam cerita ditayangkan tiba-tiba skrin di hadapan bertukar gelap seolah-olah terpadam. Suasana bertukar sunyi. Aku jeling Aril di sebelah. Dia memandangku dengan penuh tanda tanya. Mungkin dia juga berperasaan sama denganku ketika itu


“Eh, kenapa pula tiba-tiba skrin gelap ni, filem rosak ke?” tanyanya kepadaku. Aku angkat bahu tiada jawapan

“Mungkin masalah teknikal agaknya..” kataku perlahan

Hampir satu minit berlalu tiba-tiba telingaku menangkap sesuatu. Bunyi seperti orang menangis. Walaupun perlahan, namun tetap jelas kedengaran. Bunyi tangisan tersebut cukup sayu sambil diselangi esak sendu sendan

Aku cuba mendengar dengan teliti untuk mencari dari mana arah bunyi tersebut. Sedang mata liar melihat sekeliling tiba-tiba skrin di hadapan bertukar terang kembali

Aku sambung menonton namun dalam hati masih timbul tanda tanya. Suara esak tangis masih lagi kedengaran walaupun ditenggelami bunyi audio filem di hadapan

Sebaik skrin bertukar terang, aku menoleh ke belakang. Kosong! Ku palingkan muka ke sudut bucu di barisan paling belakang. Aku tersentak. Nampak jelas seorang wanita berambut panjang sedang tunduk bersandar

Aku kaget. Dalam hati aku berfikir siapa pula wanita tersebut. Sudahlah seorang diri, kemudian duduk terpencil di sudut belakang pula

“Kau ada dengar bunyi perempuan menangis tak?” tanyaku kepada Aril perlahan

Aril mengangguk seraya memandangku

“Aku rasa perempuan yang kat kerusi hujung di belakang tu..”
Aril serta mereta memalingkan mukanya. Aku juga turut sama menoleh sebelum kami saling berpandangan. Aku dapat lihat wajah Aril yang bertukar pucat. Aku juga tidak terkecuali. Jantungku serta merta berdegup kencang

“Kau nampak tak apa yang aku nampak?” tanya Aril perlahan

Aku mengangguk tanpa kata

“Aku rasa macam ada yang tak kena ni. Sumpah beb. Aku seram gila ni..” katanya perlahan

Aku diam tanpa jawapan. Memang kata-katanya ada kebenaran sebaik kami melihat wanita tersebut. Wajahnya cukup menyeramkan. Mukanya putih melepak dan bola matanya bulat tersembul seakan mahu terkeluar

Aku berdoa dalam hati agar filem yang ku tonton ketika itu tamat secepat mungkin. Tidak sanggup lagi aku duduk lama di situ kerana fikiranku sudah mula melayang jauh. Tumpuanku ketika itu bukan lagi ke arah skrin di hadapan tetapi sebaliknya wanita misteri di belakangku

Apa yang ada dalam fikiranku ketika itu adakah persoalan yang sukar dijawab. Wanita tersebut manusia ataupun sebaliknya

“Aku rasa macam tak sedap hatilah. Jom kita balik nak?” kata Aril perlahan

Ketika bercadang untuk melangkah keluar dari tempat duduk, tiba-tiba adegan seram terpapar di skrin hadapan. Bunyi hilaian melalui audio di hall tersebut membuatkan kami terkejut. Tetapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang berbeza, yang mendatangkan persoalan

Bunyi hilaian di audio sudah berhenti namun seakan ada ‘sambungannya’ dari arah belakang. Aku perasan. Telingaku dapat menangkap dengan jelas. Memang bunyi tersebut datangnya dari arah tempat duduk wanita tersebut


Aku jeling ke arahnya. Jelas kelihatan dia sedang ketawa mengekek sehingga kepalanya terhinggut-hinggut ke atas ke bawah. Pelik benar gayanya, kenapa pula aksinya begitu sedangkan cerita yang ditayangkan bukanlah cerita komedi

Aril memandangku dengan perasaan cuak. Kami serentak menoleh ke arahnya. Namun lain pula jadinya apabila wanita tersebut turut berpaling membalas pandangan kami. Serta merta dia berhenti mengilai. Matanya terjegil memandang ke arah kami
Rasa nak luluh jantung kami dibuatnya. Peluh mula membasahi tubuh walaupun suasana di pawagam cukup sejuk
Aku tidak tahu adakah pengunjung lain perasan atau tidak dengan kewujudan wanita di kerusi belakang tersebut, atau adakah hanya aku dengan Aril sahaja yang menyedarinya

“Jom kita blah beb. Aku dah tak boleh fokus ni. Aku rasa pompuan tu bukan manusia beb. Kau percayalah cakap aku ni.” kata Aril perlahan

Aku mengangguk sambil mencapai beg galas yang ku letakkan berhampiran kakiku. Ketika aku dan Aril melangkah keluar dari kerusi, sekali lagi kami lemparkan pandangan ke arah tempat duduk wanita tersebut. Namun alangkah terkejutnya kami kerana kerusi tersebut kosong tanpa penghuni. Aku pandang sekeliling. Sah! Tiada sesiapa di situ

Adan Aril bergegas keluar. Kami berlari-lari anak menuju ke arah lif untuk turun ke tempat parkir kereta. Dalam hati kami berdoa agar tiada apa-apa berlaku ketika itu

Selesai membayar duit parkir di mesin automatik yang ada di situ kami bergegas ke kereta. Sepanjang perjalanan kami tidak berbual kerana fikiran masih melayang jauh memikirkan kejadian sebentar tadi

Kami akhirnya selamat sampai ke rumah. Malam itu aku dan Aril tidur di ruang tamu kerana takut bermalam di bilik masing-masing. Sejak kejadian tersebut aku tidak pernah jejakkan kaki lagi ke pawagam tersebut. Itu adalah kali terakhir aku menonton tayangan ‘midnight’. Sehingga hari ini aku masih berasa trauma jika menonton cerita seram. Pasti mataku akan liar ke arah deretan kerusi-kerusi yang berada di situ

Panggung wayang di mana yang aku maksudkan? Biarlah ia menjadi rahsia. Cuma pesanku berhati-hatilah jika ingin menonton pada lewat malam

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/12/kisah-seram-diganggu-ketika-menonton.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Kampung Jumpa Ikan Arapaima Di Kampung Tengah Batu 13 Ketika Banjir

Penduduk Kampung Jumpa Ikan Arapaima Di Kampung Tengah Batu 13 Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 409 hits
Bencana banjir yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia memberikan tempias yang besar kepada seluruh masyarakat di negara ini Pelbagai kerosakan nyawa terkorban dan beberapa buah rumah yang telah roboh disebabkan oleh bencana tersebut Be...
Hiburan Hilang Fokus Ketika Persembahan Di Gv8 Bandi Amuk Diganggu Makhluk Halus

Hiburan Hilang Fokus Ketika Persembahan Di Gv8 Bandi Amuk Diganggu Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 193 hits
Penyanyi yang kini bertanding di pentas nyanyian Gegar Vaganza musim ke 8 mendedahkan bahawa persembahan pada minggu ke 4 Ahad lalu bukanlah persembahannya yang terbaik Ujar Bandi dia hanya memberikan 60 peratus skala persembahan daripada a...
Ketika Panik Jeritan Tidak Dihiraukan Pemuda Berkongsi Kisah Sedih Meranduk Air Banjir Demi Selamatkan Ahli Keluarga

Ketika Panik Jeritan Tidak Dihiraukan Pemuda Berkongsi Kisah Sedih Meranduk Air Banjir Demi Selamatkan Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 400 hits
December 20 2021 Bencana banjir yang melanda sebahagian besar kawasan negeri Selangor beberapa hari lalu meninggalkan kesan yang sangat dasyhat terhadap mangsa yang terkesan Kenaikan air yang begitu mendadak menyebabkan mangsa gagal membuat...
Kisah Seram Akibat Robohkan Kuil

Kisah Seram Akibat Robohkan Kuil

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 626 hits
Setelah sekian lama tak berkongsi cerita seram di segmen seram serik lekat lekit jadi kita buat ritual buka gelanggang semula Mesti followers kisah seram di blog lekat lekit rindu kan nak baca cerita seram dalam gaya santau Even konsep sera...
Patung Kontroversi Tiananmen Di Hong Kong Dipindahkan Rahasia Tengah Malam

Patung Kontroversi Tiananmen Di Hong Kong Dipindahkan Rahasia Tengah Malam

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 198 hits
Monumen Pillar of Shame dipindahkan secara rahasia alasannya yaitu menuai kontroversi Foto AFP Jakarta Patung yang dibentuk untuk memperingati sejarah kelam rahasia dipindahkan tengah malam Karya seni kontroversial yang berada di suatu univ...
Harga Emas Mengukuh Semula Di Tengah Tengah Risiko Coronavirus Yang Semakin Tinggi

Harga Emas Mengukuh Semula Di Tengah Tengah Risiko Coronavirus Yang Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 171 hits
Varian COVID 19 baharu telah meninggalkan kesan yang negatif pada sambutan perayaan Krismas tahun ini membantu emas dalam dagangan pasca cuti di Asia Pada pagi Isnin logam kuning ini mula mengukuh Pada minggu lalu dagangan yang dipendekkan ...
Tengah Interview Pasal Banjir Wajah Gadis Pekat Loghat Kelate Jadi Tumpuan

Tengah Interview Pasal Banjir Wajah Gadis Pekat Loghat Kelate Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 397 hits
Seperti tahun2 yang sebelum ini pun memang setiap tahun negeri pantai timur iaitu kelantan lazimnya selalu mengalami musim banjir Walaupun setiap tahun banjir dilaporkan di kawasan2 yang selalu ditenggelami air tahun ini merupakan tahun sul...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord