Kisah Sedih Siasatan Diraja Mata Lebam Anwar







Photo yang wajib diletakkan dalam Sejarah Negara


ANWAR BERTANYA ADAKAH ANAK-ANAK NYA SUDAH PULANG


Kata Lokman Adam, beliau mengalirkan air mata ketika melihat scene akhir filem Anwar Untold Story iaitu wajah mata lebam Anwar Ibrahim yang mencentus kebangkitan gelombang reformasi. Ia kerana dirinya berada di barisan anak-anak muda yang memperjuangkan Anwar ketika itu.
Hanya 10 saat sahaja masa yang ada untuk Anwar mengalihkan wajahnya untuk tatapan jurugambar media dari jarak jauh telah mendatangkan hasil. Gambar itu benar2 mencetuskan fenomena yang luar biasa.


Stiker wajah mata lebam itu saya lekatkan di cermin kereta. Malah logo Parti Keadilan Rakyat adalah simbolik daripada mata lebam Ds Anwar Ibrahim.


——————————————————————————-


Mata lebam itu melahirkan simpati tetapi jika rakyat tahu apa yang berlaku kepada Anwar ketika itu, ia jauh membuat kalian merasa sedih, marah dan terbayang bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh melalui detik2 cemas itu.


Dibawah saya muatkan serba sedikit skrip Siasatan DiRaja ketika kejadian itu berlaku yg akhirnya membawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dipenjarakan selama 2 bulan dan didenda RM 2 ribu.


Dlm skrip Siasatan DiRaja yg membuat saya benar2 rasa sayu apabila Ketua Polis Daerah Brickfield ketika itu, Koh Hong San memberitahu, Anwar bertanya kepadanya dua soalan iaitu ''Adakah nombor kad pengenalan saya betul?'' dan ''Sudahkah anak anak saya balik?''.


Lalu saya terfikir adakah ketika pertukaran van dan matanya terus diikat Anwar tidak mengetahui apa yg berlaku kpd anak2nya yg turut mengiringinya ketika dibawa rombongan polis? Jika benar ia sgt menyedihkan.


Dlm siasatan itu ada disebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Yaacob Mohd. Amin menjerit dengan nada agak tinggi, “Layan dia macam penjenayah biasa, kenapa tak gari dia?'' 


Kata Anwar, beliau telah dibawa dengan tangan bergari dan mata tertutup menuju ke bilik dan telah ditelanjangkan sebelum diberi baju T dan seluar pendek berwarna biru.


Katanya, beliau pada mulanya membantah diperlakukan begitu tetapi anggota polis yang ada bersamanya memberitahu mereka diarah berbuat demikian.


Tambah beliau, bilik kurungan itu tidak mempunyai aliran udara, tidak dimasuki cahaya matahari kecuali lampu yang terpasang 24 jam dan tidak sesuai ''walaupun bagi orang yang sihat''.


Pengerusi panel siasatan, Anuar kemudian bertanya, “Adakah ini menjadikan kecederaan kamu bertambah buruk?''


Anwar menjawab, keadaannya menjadi bertambah buruk kerana dengan matanya tertutup dan tangan yang digari, beliau terpaksa menaiki tangga empat tingkat untuk ke bilik siasatan itu.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendengar bunyi orang berdehem sebelum lebih daripada seorang pegawai polis masuk ke dalam bilik lokapnya dan memukul beliau sehingga mengakibatkan kecederaan di tujuh bahagian badannya.


Katanya, beliau sedang duduk di atas pangkin dalam bilik lokapnya dengan mata diikat dan tangan bergari ketika mendengar bunyi tapak kasut serta bunyi orang sedang memberi tabik hormat.


Anwar berkata, beliau menganggap orang yang berada di luar bilik lokap itu adalah pegawai atasan polis berdasarkan bunyi orang sedang memberi tabik hormat.


Beliau kemudian terdengar bunyi tapak kasut seseorang masuk ke dalam bilik lokapnya diikuti dengan satu lagi bunyi tapak kasut. Anwar memberitahu, beliau kemudian bangun kerana yakin ada orang masuk ke dalam bilik lokapnya.


Katanya, dalam masa beberapa saat sahaja beliau merasa tumbukan yang kuat di bahagian atas mata kirinya dan di bahagian kiri dahinya.


''Saya tumbang ke belakang dan seseorang telah menyambar bahagian atas tangan saya bagi menarik saya bangun menyebabkan saya berdiri semula.


''Kemudian saya merasa satu pukulan kuat di sebelah kanan kepala saya, kemudian sebelah kiri dan pukulan ala karate di bahagian kiri tengkuk,'' katanya sambil menunjukkan setiap bahagian yang berkenaan.


Anwar berkata, beliau juga merasa satu pukulan di bahagian atas tangan kanannya dan satu tamparan di bahagian kiri muka iaitu berhampiran telinga sehingga ke bahagian berdekatan dengan mulut.


Katanya, pukulan itu berhenti secara tiba-tiba dan beliau terdengar bunyi 'aahh' seolah-olah ada orang sedang ditolak atau ditarik oleh seorang lain.


Menurut Anwar, semasa jatuh selepas ditumbuk beliau mengaduh dengan berkata 'Adoi', 'Allah' dan 'Jangan pukul saya'.


Katanya, selepas dipukul bertubi-tubi beliau jatuh dan merasa begitu lemah tetapi beliau masih berada dalam keadaan sedar.


Beliau berkata, beliau ditinggalkan seorang diri dan kemudian tiga orang anggota polis, dua daripadanya beruniform manakala seorang lagi berpakaian preman masuk ke bilik lokap itu dan membuka ikatan mata serta gari di tangannya.


Kata Anwar, salah seorang anggota polis beruniform mengelap darah yang keluar dari hidungnya dan di atas bibir dengan menggunakan sapu tangan yang sebelum itu digunakan sebagai pengikat matanya.


Peristiwa sebenar yg berlaku jauh lebih menyedihkan dari apa yg difilemkan. Tidak dpt dibayangkan bagaimana DS Anwar boleh bertahan malah apabila keluar dari penjara dia terus bangkit memperjuangkan nasib rakyat.


Tugas kita sebagai rakyat yg mahu menyelamatkan negara ini selepas berjaya mengangkat DS Anwar sebagai Perdana Menteri adalah berjuang bersamanya melawan rasuah. Ingat musuh kita bukan lagi komunis tetapi perasuah. 


Era 2023, melawan Cina komunis adalah mitos bagi menghalalkan kebobrokan pemimpin yg korup. True story ialah harta kita berpuluh billion telah dirompak oleh pemimpin2 yg korup.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/kisah-sedih-siasatan-diraja-mata-lebam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Sayu Derita Anwar Dan Keluarga Penyokong Turut Terima Bahananya

Kisah Benar Sayu Derita Anwar Dan Keluarga Penyokong Turut Terima Bahananya

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 220 hits
NORMAN RADZUANUntold Story Kisah Living Legend di Malaysia SAYU DERITA PERJALANAN ANWAR DAN KELUARGA Ketika di dalam panggung ada seorang wanita bertudung dan berjubah hitam bertanya kpd saya dan Jason Yew Masa 1998 umur berapa Jason berita...
Alyah Isteri Kedua Datuk Ramli Ms Tapi Ramai Tak Tahu Kisah Sedih Jennifer Isteri Pertama Datuk Ramli Ms

Alyah Isteri Kedua Datuk Ramli Ms Tapi Ramai Tak Tahu Kisah Sedih Jennifer Isteri Pertama Datuk Ramli Ms

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 313 hits
Alyah isteri kedua Datuk Ramli MS tapi ramai tak tahu kisah sedih Jennifer isteri pertama Datuk Ramli MS Biodata Bekas Isteri Pertama Datuk Ramli MS Jennifer Thompson merupakan orang kuat di belakang tabir seorang yang dah lama dalam bidang...
Ramai Komen Untunglah Dapat Beraya Dengan Nenek Rupanya Pemuda Simpan Kisah Sedih

Ramai Komen Untunglah Dapat Beraya Dengan Nenek Rupanya Pemuda Simpan Kisah Sedih

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 167 hits
Tak ramai di antara kita berpeluang untuk meraikan hari raya bersama orang yang tersayang terutamanya datuk dan nenek yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu Baru baru ini seorang lelaki bernama Aidil Aminuddin telah berkongsi vi...
Explain Interest Rate Hike To The People Pkr Man Tells Anwar Rafizi

Explain Interest Rate Hike To The People Pkr Man Tells Anwar Rafizi

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 548 hits
Hassan Karim says the move by Bank Negara was not in line with the government s push to boost the economy and address the high cost of living PETALING JAYA Pasir Gudang MP Hassan Karim wants Prime Minister Anwar Ibrahim and economy minister...
Anwar S Presence At Wedding Reception Brings Solace To Grieving Family

Anwar S Presence At Wedding Reception Brings Solace To Grieving Family

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 376 hits
Anwar Ibrahim and Dr Wan Azizah Wan Ismail pose for a picture with the newly wedded couple BUKIT MERTAJAM Prime Minister Anwar Ibrahim and his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail brought some solace to a grieving family when they attended the wed...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti