Kisah Sebak Putera Dr Asyraf Nyata Hasrat Ambil Sebagai Anak Angkat


SINTOK – Kisah seorang anak yatim piatu, Putera Iman Shah bin Shahiran, mengundang sebak warganet selepas perkongsiannya tular di media sosial apabila beliau hadir seorang diri mendaftar pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ibunya meninggal dunia beberapa tahun lalu, hanya sebulan selepas Putera diterima masuk ke MRSM Transkrian, manakala ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pula pergi secara mengejut bulan lepas. Sejak itu, Putera hidup sebatang kara tanpa tempat bergantung.
Cemerlang Akademik Walau Ujian Berat
Walaupun diuji kehilangan kedua ibu bapa, Putera tetap cemerlang dalam pelajaran apabila menamatkan pengajian di Pusat Matrikulasi dengan pencapaian CGPA 3.7. Pada awalnya beliau hampir menangguhkan hasrat ke universiti kerana ingin bekerja, namun dipujuk rakan-rakan agar meneruskan pengajian. Akhirnya, dengan penuh tekad, Putera menaiki kereta api seorang diri untuk mendaftar masuk ke UUM.
Komen Awal Dr Asyraf
Terdahulu, selepas kisah Putera tular di media sosial, Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki, turut memberi perhatian awal menerusi ruangan komen di TikTok rasmi The Malaysian Update.
Beliau menulis dengan penuh keprihatinan:
“Terima kasih tagged saya. InsyaAllah saya akan cuba hubungi beliau dan pihak UUM. MARA akan bantu.”
Komen tersebut segera menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji tindakan pantas beliau memberi maklum balas. Tidak lama kemudian, Dr Asyraf memuat naik pula perkongsian penuh di akaun TikTok rasminya @drasyrafwajdi, menjelaskan bahawa pihaknya bersama Kementerian Pendidikan Tinggi akan memastikan Putera mendapat sokongan sewajarnya untuk meneruskan pengajian.
Dibantu KPT, UUM dan MARA
Dr Asyraf menjelaskan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, bersama Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan, tampil membantu mempermudahkan urusan Putera. Malah Dr Zambry turut memberi jaminan untuk menanggung kos yuran pengajian beliau.
MARA pula akan menyediakan bantuan kewangan bulanan, sumbangan awal serta sebuah komputer riba untuk kegunaan pengajian Putera di UUM.
Hasrat Jadikan Anak Angkat
Lebih menyentuh hati, Dr Asyraf turut memaklumkan hasrat menjadikan Putera sebagai anak angkat agar beliau mempunyai tempat berteduh terutama ketika cuti semester.
“Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh merubah kehidupan. InsyaAllah saya doakan Putera akan berjaya dan sentiasa dalam peliharaan Allah,” katanya.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Kisah Putera menjadi bukti bahawa ketabahan dan ilmu mampu mengubah nasib hidup walaupun diuji seberat mana sekalipun. Semoga pengorbanan dan semangat beliau menjadi inspirasi buat anak muda lain untuk tidak berputus asa mengejar impian. – The Malaysian Update
The post Kisah Sebak Putera: Dr Asyraf Nyata Hasrat Ambil Sebagai Anak Angkat appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/24/kisah-sebak-putera-dr-asyraf-nyata-hasrat-ambil-sebagai-anak-angkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Mara Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat

Pengerusi Mara Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1717 hits
Pengerusi MARA Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan hasrat menjadikan Putera Iman Shah Shahiran 19 sebagai anak angkatnya Beliau dalam satu hantaran di Facebook be...
Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 1261 hits
Kuala Lumpur 4 September 2025 Terkenal dengan penceritaan berani yang melangkaui genre dan berjaya memikat hati peminat drama serta rakyat Malaysia Astro Originals kembali dengan sebuah karya baharu untuk semua lapisan penonton Generasi Per...
Yatim Piatu Daftar Masuk Uum Seorang Diri Kisah Putera Undang Sebak

Yatim Piatu Daftar Masuk Uum Seorang Diri Kisah Putera Undang Sebak

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1643 hits
SINTOK 23 Sept Dengan beg besar terseret di tangan dan dua beg sandang di bahu langkah longlai seorang remaja yatim piatu di Stesen Kereta Api Arau tengah hari hari ini mengundang rasa hiba Putera Iman Shah Shahiran 19 baru sahaja kehilanga...
Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1301 hits
Baru baru ini anak sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan meluahkan hasratnya mahu menjadi seorang pelakon aksi atau gangster kerana menyifatkan karakter sedemikian seperti lelaki 8216 macho 8217 Mahu jadi ...
Kurier Indonesia Terkejut Diminta Hantar Anak Kambing Sebagai Bungkusan

Kurier Indonesia Terkejut Diminta Hantar Anak Kambing Sebagai Bungkusan

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3016 hits
JAKARTA Seorang pekerja kurier di Serang Banten berdepan pengalaman pelik apabila terpaksa menghantar bungkusan berupa seekor anak kambing hidup kepada pelanggan baru baru ini Video tular di TikTok Rakaman video dimuat naik akaun TikTok mon...
Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat

Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1254 hits
KOTA BHARU Di sebalik senyuman seorang anak muda tersembunyi kisah pilu yang meruntun hati Begitulah perjalanan hidup Adik Alis remaja yatim piatu yang tetap cekal mengejar cita citanya untuk bergelar seorang guru biarpun terpaksa mengharun...
Sakitnya Kena Pura Pura Kuat Depan Anak Anak Netizen Sebak Lihat Ketabahan Nadzmi Adhwa

Sakitnya Kena Pura Pura Kuat Depan Anak Anak Netizen Sebak Lihat Ketabahan Nadzmi Adhwa

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 5306 hits
KUALA LUMPUR Hati warganet tersentuh melihat ketabahan pelakon Nadzmi Adhwa yang terpaksa menahan sebak dan berpura pura kuat di hadapan anak anak selepas isterinya Ardell Aryana berlepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke ...
Aleeya Zailan Berang Netizen Tuduh Anak Tak Solat Awak Ingat Dia Tak Reti Ke

Aleeya Zailan Berang Netizen Tuduh Anak Tak Solat Awak Ingat Dia Tak Reti Ke

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1101 hits
Usahawan terkenal Aleeya Zailan meluahkan rasa kecewa selepas ada warganet mendakwa anak perempuannya tidak menunaikan solat Dalam hantaran di TikTok Aleeya berkongsi komen seorang individu yang membandingkan anaknya Eva Natasha dengan anak...
Hiburan Jadi House Husband Uruskan Anak Zach X Factor Tak Peduli Pandangan Orang Beruntungnya Isteri Saya Tentera

Hiburan Jadi House Husband Uruskan Anak Zach X Factor Tak Peduli Pandangan Orang Beruntungnya Isteri Saya Tentera

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1283 hits
Pelakon dan ahli kumpulan X Factor iaitu Zach akui tidak kisah dengan pandangan orang tentang dirinya yang tidak bekerja dan menggalas tanggungjawab menjadi suami rumah tangga Kata penyanyi berusia 48 tahun itu isterinya terlalu sibuk beker...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Pelantikan Marhamah Ibarat Pelempang Buat Amanah

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Loyalty