Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda


 

Kuala Lumpur, 4 September 2025 – Terkenal dengan penceritaan berani yang melangkaui genre dan berjaya memikat hati peminat drama serta rakyat Malaysia, Astro Originals kembali dengan sebuah karya baharu untuk semua lapisan penonton, Generasi: Perfect 10. Ia adalah sebuah drama inspirasi daripada pengalaman gadis remaja yang mengejar impian menjadi atlet gimnastik profesional. Siri ini akan mula ditayangkan bermula 19 September 2025, setiap hari Jumaat bermula 12.00 tengah malam di OnDemand atau jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).  
Sebagai siri bertemakan sukan pertama dari jenama Astro Originals, drama berintensiti tinggi ini membawa penonton menyelami dunia kompetitif atlet gimnastik profesional, sambil menyoroti kesan emosi dalam mengejar kesempurnaan, satu tema yang jarang diketengahkan di kaca televisyen Malaysia. Siri 8 episod ini mengikuti kisah Ezie, seorang gadis yang sejak kecil meminati sukan gimnastik dan bercita-cita untuk menjadi atlet profesional. Apabila kelab gimnastik sekolahnya ditutup secara tiba-tiba, Ezie mengambil langkah berani dengan memohon ke akademi sukan paling berprestij di negeri tersebut. Penerimaannya membuka lembaran perjalanan penuh emosi dalam mengharungi persaingan sengit, perkembangan peribadi, dan berhadapan realiti pahit dalam mengejar impian.



Selain jalan cerita yang menarik, siri ini turut menyentuh isu sosial yang mendalam - daripada pencarian arah hidup dan peranan penting sokongan keluarga dalam membina keyakinan diri, kepada ketabahan wanita dalam mengejar impian serta semangat bersaing untuk mengubah nasib. 
‘Generasi: Perfect 10’ adalah hasil sentuhan oleh pengarah Sling Ng, dan juga showrunner Nas Addina. Siri penuh bertenaga ini dibintangi oleh Arena Wan (Ezie), Arabella Ellen (Victoria), Sofia Jane (Coach Sue), Ellyza Azizi (Amal), Daniel Fong (Jun), Sharifah Sakinah (Coach Farah), Qi Razali (Azfar) dan juga Sherie Merlis (Nazma).Turut membuat penampilan istimewa ialah legenda atlet negara, Farah Ann yang juga bertindak selaku penasihat. 

Penerbit Eksekutif ‘Generasi: Perfect 10’ merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Siri ini menampilkan naratif yang menyentuh tema kemanusiaan dan sosial, terutamanya kepada gadis remaja dalam mengejar impian dan mencari identiti. Menerusi siri ini juga, Astro Shaw ingin mengangkat semangat atlet Malaysia dan komuniti yang membentuk mereka. Kami mengharapkan Generasi: Perfect 10 menjadi manifestasi tentang ketahanan dan kuasa transformasi yang mendefinisikan mereka sebagai seorang juara.” 
Siri Premium Astro Originals menyaksikan kolaborasi ketiga bersama jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuah video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini. 

Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘Generasi: Perfect 10’ turut akan disiarkan lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO bermula 12 tengah malam, serta di aplikasi Sooka. Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X.
Para penonton turut boleh saksikan ‘Generasi Perfect 10’ secara On Demand di Astro GO dan Sooka (langgan Sooka dengan klik link ini). Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sukafilem.net/2025/09/generasi-perfect-10-angkat-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sebak Putera Dr Asyraf Nyata Hasrat Ambil Sebagai Anak Angkat

Kisah Sebak Putera Dr Asyraf Nyata Hasrat Ambil Sebagai Anak Angkat

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 2000 hits
SINTOK Kisah seorang anak yatim piatu Putera Iman Shah bin Shahiran mengundang sebak warganet selepas perkongsiannya tular di media sosial apabila beliau hadir seorang diri mendaftar pengajian di Universiti Utara Malaysia Ibunya meninggal d...
Pengerusi Mara Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat

Pengerusi Mara Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1650 hits
Pengerusi MARA Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan hasrat menjadikan Putera Iman Shah Shahiran 19 sebagai anak angkatnya Beliau dalam satu hantaran di Facebook be...
Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 739 hits
Duit Kawan atau Musuh Kita selalu dengar orang kata duit bukan segalanya nbsp Betul duit bukan segala galanya nbsp Tapi kalau kita jujur dengan diri sendiri hampir setiap perkara dalam hidup ini memerlukan duit Nak makan perlukan duit Nak k...
Recon Pr 2 0 Perhumas Muda Jakarta Raya Dorong Generasi Muda Jadi Pemimpin Narasi Di Era Polarisasi

Recon Pr 2 0 Perhumas Muda Jakarta Raya Dorong Generasi Muda Jadi Pemimpin Narasi Di Era Polarisasi

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 372 hits
BloggerBorneo com Tantangan disinformasi dan polarisasi publik yang semakin menguat di era digital membuat generasi muda tidak bisa lagi sekadar hadir di media sosial Mereka dituntut untuk mampu membangun personal branding yang autentik kre...
Ayam Brand Berganding Bahu Sunway Xfarms Perkasa Generasi Muda Dengan Ilmu Pemakanan

Ayam Brand Berganding Bahu Sunway Xfarms Perkasa Generasi Muda Dengan Ilmu Pemakanan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1837 hits
Ayam Brand jenama makanan terkenal dengan lebih 130 tahun warisan meneruskan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti melalui program CSR tahunan AyamBersamaMu Tahun ini inisiatif tersebut dilaksanakan bersama Sunway XFarms dengan pengisian...
Hiburan Kalau Dah Pengikis Selamanya Pengikis Anak Pengasas Dnars Dedah Founder Popular Ikut Campur Isu Faraid Keluarga

Hiburan Kalau Dah Pengikis Selamanya Pengikis Anak Pengasas Dnars Dedah Founder Popular Ikut Campur Isu Faraid Keluarga

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2336 hits
Baru baru ini melalui akaun anak arwah pengasas kosmestik Dnars iaitu Irdina Hakim Jasman satu video yang dimuat naik semalam telah menarik perhatian ramai Isteri baru bapa tiri didakwa ikut campur isu faraid keluarga Dnars Dalam hantaran t...
Duka Selepas Cuti Penggal Ibu Maut Kemalangan Hantar Anak Ke Sekolah

Duka Selepas Cuti Penggal Ibu Maut Kemalangan Hantar Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2663 hits
Duka selepas cuti penggal ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah Seorang ibu maut manakala anaknya berumur lima tahun terselamat apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan di Kampung Tembak B Jalan Parit Panjang Kuala Ketil...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025