Kisah Saya 2017 Sehingga 2019



Picture Credit : Warna - Warna Kehidupan
Bila membelek-belek blog, saya dapati sudah lama tidak menulis atau berkongsi di sini. Nampaknya saya kena mengimbas kembali apa yang telah saya lalui dalam tahun-tahun sebelum ini. Bukan untuk perkongsian semata-mata, tapi lebih kepada simpanan untuk diri sendiri. Sesungguhnya dalam usia yang akan menginjak 40 tahun, kapasiti memori saya sudah tidak seperti dahulu. Seringkali lupa. Sampaikan saya membawa diri juga ke dalam kumpulan Lupa Apa Hari Ini? Nasib baik, rupanya saya tidaklah keseorangan. 
2017Tahun 2017 adalah tahun terakhir saya aktif menulis di sini. Ketika itu, saya baru berpindah sekolah di Bangi/Kajang. Saya mengajar di sesi petang. Jadi semasa itu,  rasanya tuntutan kerja tidak terlalu banyak. Hanya memegang jawatan Ketua Panitia dan Guru Bahasa Inggeris Tahun 3 sahaja. Jadi, seingat-ingat saya, tahun itu adalah tahun 'Honeymoon' saya.  

2018Tahun 2018 mulalah perjalanan saya di sesi pagi. Saya masih lagi memegang jawatan Ketua Panitia BI. Kali ini saya mengajar murid - murid Tahun 6 dan Tahun 5. Kemudian saya dilantik sebagai AJK BKGK. Ketika ini saya sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan di bawah Pengkarya Guru (PG). Jadi semasa ini, saya baru hendak menyesuaikan diri dengan suasana baru. Setiap kali mengikuti kursus pada hujung minggu, saya sekeluarga akan menetap di hotel berdekatan DBP. Tidak silap saya, lebih kurang 5 kali perjumpaan pada hujung minggu. Jadi setiap hari Sabtu dan Ahad, saya berkursus bersama-sama rakan pengkarya bersama dengan penyelaras tetap yang kami panggil Kak Lyn. Kalau diimbas kembali, semasa itu semangat hendak menulis itu membuak-buak dalam hati. Tetapi, apabila diberitahu perlu menghasilkan satu novel remaja, malap sekejap api semangat saya semasa itu. Sebab ketika itu, saya hanya memasang niat untuk belajar sahaja dahulu. Belum sampai niatnya untuk menghasilkan sebuah karya lagi. Jadi adalah juga beberapa peserta kursus yang kecundang juga di tengah jalan. Akhirnya, kami semua tidak juga berjaya menghasilkan apa-apa karya seperti yang dijanjikan. 
2019Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran. Banyak peristiwa sedih dan manis yang berlaku. Banyak juga benda baru yang saya belajar sebagai seorang guru. Pada tahun ini saya tidak lagi memegang lagi jawatan KP. Saya masih lagi mengajar murid-murid Tahun 6 dan AJK BKGK.  Tahun ini saya banyak memegang 'portfolio' baru. Saya merupakan Penyelaras Tahun 5, Penyelaras HIP dan Guru Kelas Tahun 5D. Saya juga merupakan Penyelaras Program Perkhemahan Unit-Unit Beruniform di sekolah dan Penyelaras Program Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Rasanya tahun itu agak kelam kabut dan kacau bilau juga dibuatnya

Pada masa yang sama, masalah keluarga pula melanda. Kami mendapat perkhabaran bahawa adik lelaki saya menghilangkan diri. Dia tidak dapat dihubungi dan nombornya kini juga sudah ditamatkan perkhidmatannya. Adik meninggalkan isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil pada awal tahun 2019. Betul-betul pada hari pertama persekolahan anak sulungnya yang ketika itu masih berumur 7 tahun. Saya, adik-adik dan emak telah turun ke Johor dan pada 19 Jan 2019 telah membantu membuat laporan polis atas kehilangan adik lelaki saya. 
Allahuakhbar, kesedihan yang tidak terhingga dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ada ketika saya tidak dapat melelapkan mata, memikirkan ke mana dan mengapa tindakan adik saya sebegitu rupa. Soalan yang saya pasti tidak akan terjawab sehingga kini.

Menitis air mata apabila melihat anak-anak buah saya yang rindukan ayahnya. Tertanya-tanya mereka. Mana Ayah, Ummi?  Bila Ayah hendak balik? Sebagai anak sulung seharusnya tanggungjawab itu serta merta terpikul dibahu saya. Kami adik beradik cuba mencari tetapi sehingga ke saat catatan ini, tidak lagi ketemui. 
Harapan dan doa kami pada Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, moga adik pulang menjenguk isteri dan anak-anaknya di kampung atau emak kami di Nilai. Lepaskanlah rindu anak-anak pada Ayahnya sekurang-kurangnya. Perjelaskan segala rungkaian permasalahan yang melanda. Jangan kelak ditanya olehNya tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Takutkan Allah, daripada malu pada manusia yang kerdil ini. Pada masa yang sama, saya mendoakan adik saya terlindung dari gangguan sihir dalam segala bentuk. Moga-moga kita semua dilindungi Allah dan kembali bersama. 
Dengan rendah diri, saya mengharapkan doa-doa dari saudara dan saudari juga. Doakan kami sekeluarga ya. Mana tahu ada doa saudara saudari yang termakbul Allah. Aamin, Aamin, Aamiin Ya Rabbal'alamin.

Walaupun dalam kesedihan dan kedukaan, Dia datangkan kegembiraan.  Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Allah kurniakan zuriat yang kedua kepada saya selepas beberapa tahun mencuba. Adam semasa ini sudah berusia 5 tahun. Semasa ini kesihatan saya tidak mengizinkan. Tidak pernah saya cuti sakit selama seminggu berturut-turut, tiba-tiba tahun itu saya mencipta sejarah mengambil cuti sakit sedemikian lamanya. Cuti sakit ini tidak seperti cuti yang saya ambil semasa operation buang lump pada 2012 dahulu. Cuti sakit ini bersambung-sambung kerana darah tinggi saya yang masih tinggi. 
Kemungkinan semasa itu, saya rungsing memikirkan tentang program Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Di tambah pula dengan masalah adik saya yang menghilangkan diri. Kusut juga saya dibuatnya. Saya pula masih di awal-awal pregnancy. Kerana takutkan usia kandungan saya yang masih awal, Doktor meminta saya ke hospital. Tetapi saya berdegil memilih untuk rehat dan rawat di  rumah sahaja. Saya fikirkan sekiranya saya ke hospital, saya akan bertambah stress dibuatnya. Sekurang-kurang apabila berehat di rumah, anak dan suami ada di depan mata.  Itulah yang saya fikirkan ketika itu. Sebenarnya saya memang tidak suka pergi ke hospital, malah ke klinik sekali pun. Saya lebih rela duduk di rumah dan berehat.

2020
Untuk tahun 2020, akan saya kongsikan di halaman yang baru pula. Banyak juga kisah pada tahun 2020. Ada antaranya sudah dibukukan bersama tim Karyawan Guru di bawah bimbingan Puan Sri Diah. Alhamdulillah, there's always a rainbow after the rain. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rabiasensei.blogspot.com/2021/04/cerita-saya-2017-sehingga-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular Ds Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

Hiburan Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular Ds Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 302 hits
Belum tamat nampaknya cerita mengenai pelanggan pelanggan sebuah kedai makanan hasil laut di Langkawi yang khabarnya teraniaya gara gara harga juadah yang tidak masuk dek akal ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTular di media sosial kisah kisah...
Kisah Virus Baru Selepas Covid 19 Tamat Plot Mencengkam Happiness Dipuji Penonton

Kisah Virus Baru Selepas Covid 19 Tamat Plot Mencengkam Happiness Dipuji Penonton

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 402 hits
Nampaknya Happiness bermula dengan baik apabila menerima pujian ramai meskipun baru ditayangkan Sinopsis Ia adalah sebuah drama thriller malapetaka di mana pada ketika itu penyakit berjangkit ialah sesuatu yang normal Di sebuah apartmen bar...
Kisah Raja Beristeri Empat Dengan Plot Twist

Kisah Raja Beristeri Empat Dengan Plot Twist

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 271 hits
Salam dears Masa Mama sertai online kelas dengan sifu Tuan Haji Najib Asaddok sifu ada ceritakan satu kisah yang sangat terkesan dihati Mama Jadi Mama rasa nak kongsikannya dengan korang juga Iaitu tentang seorang Raja yang beristeri empat ...
Bukti Pas Tak Kisah Pun Tentang Bendera Dan Maruah Partinya

Bukti Pas Tak Kisah Pun Tentang Bendera Dan Maruah Partinya

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 297 hits
DIMA AHMEYBukti pas ni parti bangang Umno mau bergabung dengan pas dan meminta pas menggunakan logo sendiri Itu satu penghormatan terbesar buat pas sebenarnya Megah dengan identiti sendiri sepatutnya Tapi pas tidak mau dan memilih untuk ber...
Hiburan Isteri Pernah 13 Kali Keguguran Fazley Yaakob Kongsi Kisah Pahit Manis Alam Perkahwinan

Hiburan Isteri Pernah 13 Kali Keguguran Fazley Yaakob Kongsi Kisah Pahit Manis Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 297 hits
Cef selebriti dan juga penyanyi Datuk Fazley Yaakob ada berkongsikan mengenai kisah suka dukanya sepanjang bergelar suami dan bapa kepada keluarga kecilnya itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementCerita Fazley terlalu banyak kisah pahit manis se...
Kisah Pewaris Kaya Lee Sangyeob Dilamar Bergandingan Dengan Seo Yeji Dalam Eve S Scandal

Kisah Pewaris Kaya Lee Sangyeob Dilamar Bergandingan Dengan Seo Yeji Dalam Eve S Scandal

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 238 hits
Kemungkinan besar Lee Sang yeob bakal membuat comeback dalam dunia K Drama tak lama lagi Laporan media pada pagi ini mengatakan bahawa lelaki itu akan menerajui drama Eve s Scandal Kalau anda ingat tvN mengesahkan bahawa naskhah ini turut d...
Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 233 hits
Ketika Covid 19 menyerang satu demi satu bisnes lingkup Deretan kedai perniagaan yang satu ketika dulu meriah dengan urusan jual beli terpaksa ditutup dan sesetengah bandar menjadi pekan hantu seolah olah tidak berpenghuni Siapa saja tak te...
Kisah Ting Nekbat Kuterer

Kisah Ting Nekbat Kuterer

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 146 hits
dis is nekbatTobak jahak awok2 ni Kisoh bermule bile nameku dipahakkan ke dalang Ting Nekbat Pelawanang bekminteng kuterer pade 9 aribulan 12 2017 Tema kueh rare katenye tema perlawanan badminton KUTERERTing Nekbat sedia beraksiHari belawan...
Kisah Idola Bergelut Untuk Popular Permulaan Idol The Coup Hanya Capai Rating 0

Kisah Idola Bergelut Untuk Popular Permulaan Idol The Coup Hanya Capai Rating 0

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 203 hits
Selepas Imitation dan Let Me Be Your Knight ada satu drama baru berkisarkan kehidupan idola telah ditayangkan menerusi JTBC kini Sinopsis Drama ini mengenai sekumpulan idola yang gagal menggapai populariti dan terbeban untuk melepaskan impi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba