Kisah Rumah Degil Dekat Jalan Chow Kit
Ramai Tak Tahu Pasal ‘Rumah Degil’ Dekat Jalan Chow Kit. Ini Kisah Di Sebaliknya…
Baru-baru ini kecoh satu Malaysia apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membuat pengumuman untuk membuat pembangunan di Kampung Baru. Apa yang menimbulkan kemarahan masyarakat adalah disebabkan tawaran harga dari kerajaan untuk setiap persegi tanah di sana yang dikatakan tidak berbaloi.
Terpanggil untuk berkongsi cerita tentang isu ini, seorang individu berkongsi cerita tentang sebuah rumah pusaka terletak di Chow Kit yang popular dengan gelaran ‘Rumah Degil’.
Berdiri sejak 1926
Menurut Cari, rumah itu telah dibina sekitar tahun 1926 di sebuah kawasan yang lapang. Rumah itu didiami oleh seorang nenek bernama Norma Manjawali sejak dilahirkan pada tahun 1932.
Banyak versi cerita, nenek Norma ‘degil’
Katanya, banyak sangat versi cerita pasal ‘rumah degil’ ni mengapa rumah itu dipanggil sebegitu adalah kerana nenek Norma yang ‘degil’ dan tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju suatu ketika itu.Sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.”
Pemaju tetap berusaha, tapi gagal
Macam-macam usaha dilakukan pihak pemaju memandangkan hanya rumah itu yang berdiri di celah bangunan lain.Namun, usaha mereka gagal untuk memujuk nenek Norma supaya menjual rumahnya. Sehinggalah nenek Norma dilaporkan meninggal dunia dan pada tahun 2013 rumah tersebut terpaksa dilepaskan.
Struktur asli dipindahkan ke Balai Seni NegaraRamai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.”
Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.”Al Fatihah untuk Nenek Norma…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/09/kisah-rumah-degil-dekat-jalan-chow-kit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29