Kisah Raya Saya


Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Selamat Hari Raya Aidifiltri kepada semua pembaca blog MOMI. Macam mana raya anda tahun ini? MOMI pasti semua orang terkejut apabila hari raya pertama diumumkan pada Ahad lalu jatuh pada hari Isnin. Mesti ramai yang belum bersedia untuk sediakan juadah hari raya, beli baju raya dan sebagainya. Alhamdulillah kita masih lagi dapat merasa hari raya pada tahun ini. Lagi-lagi tahun ini ramai yang pasti pulang ke kampung halaman, meraikan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Untuk entri kali ini, MOMI nak kongsikan kisah hari raya MOMI pada tahun ini. Mari MOMI kongsikan.


Malam Raya (1 Mei 2022)
Kehangatan hari raya kian terasa. Tepat pukul 2:00 petang MOMI bersama adik dari Kuala Lumpur menaiki KTMB dari stesen Mid Valley ke stesen Batang Benar. Biasalah KTMB mana pernah laju, lagi-lagi kebanyakkan stesen dan landasan sedang diubah suai. Perjalan ambil masa dalam 40-45 minit. Sampai dekat Stesen Batang Benar, Abadik dah tunggu dekat sana. Kami sempat singgah ke 99 Speedmart sekejap beli barang. 



Kisah Raya Saya
Sampai dekat kampung nak dekat waktu berbuka dah. Berbuka puasa terus dekat rumah Mak Teh (sebelah rumah je haha). Masa berbuka puasa sempat berborak dengan emak yang dah sampai awal sehari. Waktu pengumuman raya sudah tiba, masa buka tv guna smartphone semua sibuk berborak sampai lupa nak dengar. MOMI dengan pantasnya cari dekat Twitter, puasa jatuh pada esok hari. 



Kisah Raya Saya
Semua orang macam tak percaya, ingatkan kena 'scam' sekali memang betul. Raya jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Memang kecoh masa tu. Dengan dentuman bunga api sudah mula dipasang. Sah! Memang raya esok. Sebelum nak kemas rumah kampung, sempat main bunga api bersama anak sedara. Tetiba 'feel' raya datang hehe. Lepas main bunga api, apa lagi terus kemas sapu, mop lantai dan pasang langsir. Selesai semua, main game sekejap lepastu tidur. 


Kisah Raya Saya
Hari Raya Pertama (2 Mei 2022)
Selamat Hari Raya! Sebab penat sangat, terlajak tidur sampai terlepas sembahyang hari raya HAHA! Walaupun begitu, tetap mandi dan bersiap seperti biasa. Lepas bersiap terus makan hidangan hari raya; nasi impit, kuah kacang dan rendang. Serius lamanya dah tak makan nasi impit kuah kacang dengan rendang yang emak buat. Sedapp! Seterusnya, kami bersiap nak beraya pula.


Kisah Raya Saya
Sebelum bergerak beraya, kami sempat bergambar bersama keluarga. Mula-mula gambar keluarga Mak Teh. Meriah berwarna merah satu keluarga. Riuh betul suasana masa ni. Lepas tu giliran kami pula. Walaupun Raya berlima, tetap ambil gambar ya. Tema kami tahun ini warna 'Mustard', walaupun MOMI punya warna baju melayu keeamasan haha!


Kisah Raya Saya
Kalau berkunjung hari raya, mesti akan berkujung ke rumah Tok Alang. Serius memang feel raya habis, pergi beraya makan kuih raya sambil borak-borak. Seronok sangat. Seterusnya , wajib beraya dekat rumah seterus dekat Kampong Lanjut, Negeri Sembilan (rumah nek Uwait). Kalau dekat sini, wajib makan masakan cik Ita memang sedap. Ada macam-macam makanan. Memang kenyang makan hehe. Seterusnya ke rumah Pak Lang dekat area Nilai. Dekat sini pon makan nasi pula, memang layan masakan Mak Lang ni hehe. Dah kenyang semua, apa lagi. Balik lerr haha. 


Kisah Raya Saya
Malam tu makan lagi untuk makan malam. Sempatlah kami sambut Hari Lahir Zara (anak abang Azreen) yang kelima dekat Rumah Mak Teh. Lepas tu sempat ya beraya kerumah keempat, dekat je dekat rumah kampung kami. Jalan kaki pon boleh hehe. Dekat rumah AlongIda, kami makan lagi. Rasanya raya pertama ni memang sumbat semua makanan sebab dah lama tak rasa beraya macamni. Seronok sangat. Hari raya pertama pon berlalu.




Kisah Raya Saya
Hari Raya Kedua (3 Mei 2022)
Bila hari raya, memang biasanya terlajak tidur haha. Cuaca memang sangat panas ya, sampai tak boleh buat apa-apa. Berpeluh memanjang. Kalau ikut plan hari raya kedua nak pergi beraya lagi tapi tiba-tiba beberapa kawasan di Selangor tiada air. Dan sedihnya, kampung kami turut terlibat. Jadi hari raya kedua berlalu dengan tidur bangun tidur haha. Tak kemana ya. Pukul 10 malam baru ada air. 
Hari Raya Ketiga (4 Mei 2022)
Hari raya ketiga juga tak kemana. Hanya mengisi masa dengan main game, berborak dan makan. Sebab cuaca sangat panas, tak mampu nak kesana kesini. Asyik makan aiskrim je la. Petang sikit, Abang Iju dan keluarga tiba dari Jengka Pahang (Kampung kakak ipar). Lepas rindu dekat anak-anak buah. 


Kisah Raya Saya
Hari Raya Keempat (5 Mei 2022)
Hari ini hari terakhir beraya di kampung. Hari raya keempat masih sama seperti raya kedua dan ketiga. Tak beraya kemana-mana. Hari ini MOMI dan keluarga melawat kubur ayah yang tak jauh dari rumah kampung (tapi kena naik kereta jugaklah haha). Kami sempat kemas kubur arwah Ayah, arwah Atuk, arwah Nenek dan moyang-moyang kami.


Kisah Raya Saya

Lepas pulang dari kubur, kami bersiap pula untuk ambil gambar bersama keluarga. Tahun ini raya pertama tak lengkap, jadi kami lengkapkan gambar raya kami pada hari raya keempat. Memang serius meriah dan kecoh. Bukan senang nak kumpul satu keluarga, ambil gambar bersama. Memang semua sporting habis. Terima kasih Fyra tolong ambil gambar kami sekeluarga. Malam tu, kami (MOMI, adik dan Kak Long) balik ke rumah sebab esoknya MOMI kerja. Terima kasih Abang Iju hantar sampai rumah hehe


Kisah Raya Saya
-----
Haa begitulah kisah hari raya MOMI. Serius! Memang rindu sangat suasana hari raya dekat kampung bersama keluarga dan saudara mara. Paling penting, dapat berkunjung dan beraya dekat rumah saudara mara. Bagaimana pula kisah raya anda? Jom la kongsikan bersama MOMI. Selamat Hari Raya semua. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2022/05/kisah-raya-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 343 hits
Descendants of Dukut Maharajo including Ahmad Faizal Azumu at the gathering today IPOH It was a meaningful Raya for the descendants of Dukut Maharajo and Halijah Awang who gathered for a reunion involving six generations of the family in Ka...
Kisah Sehari Sebelum Hari Raya Terkejut

Kisah Sehari Sebelum Hari Raya Terkejut

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum Hi korang Memandangkan gambar terlampau banyak SA cuba la siapkan sikit sikit entry hari raya SA tahun ni hari raya kita tahun ni memang serba serbi terkejut Besar betul dugaan semua kan ada yang beraya atas jalan raya beray...
Memantau Hilal Penentuan Hari Raya Idulfitri

Memantau Hilal Penentuan Hari Raya Idulfitri

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 162 hits
Memantau Hilal Penentuan Hari Raya Idulfitri Pemantauan hilal yang dilakukan menggunakan teropong tersebut untuk memastikan Her Raya Idulfitri 1443 H jatuh pada 2 Mei 2022
Pasar Raya Sesak Diserbu Pengunjung Beli Persiapan Tergempar

Pasar Raya Sesak Diserbu Pengunjung Beli Persiapan Tergempar

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 170 hits
Pasar raya sesak diserbu pengunjung beli persiapan tergempar Tidak sampai 30 minit pengumuman umat Islam bakal menyambut Aidilfitiri esok pasar raya di negeri ini mulai sesak dengan orang ramai yang membuat persiapan akhir Kebanyakan mereka...
Panjat Bumbung Pasar Raya Untuk Kandungan Tiktok

Panjat Bumbung Pasar Raya Untuk Kandungan Tiktok

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 139 hits
Tangkap layar video orang ramai gempar dengan aksi seorang pemuda sengaja menaiki bumbung sebuah pasar raya demi kandungan akaun TikToknya di Chukai Kemaman KEMAMAN Demi meraih perhatian dan pengikut di media sosial seorang pemuda sanggup m...
Ayda Jebat Ajak Adik Beradik Nyanyi Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats Video

Ayda Jebat Ajak Adik Beradik Nyanyi Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats Video

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 155 hits
Ayda Jebat Ajak Adik Beradik Nyanyi Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats VIDEO PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat memberitahu yang dia akhirnya berjaya memujuk dua adiknya Fyna dan Sabira untuk menyanyi bersama dalam lagu raya baharu ber...
Frustration Grows As Raya Exodus Picks Up Pace

Frustration Grows As Raya Exodus Picks Up Pace

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 167 hits
Congestion was reported on major stretches of the North South Expressway the East Coast Expressway and on ring roads around Kuala Lumpur PETALING JAYA The massive traffic jams earlier reported due to travellers headed back to their hometown...
Khutbah Raya Aidilfitri 2022 1443h Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dalam Tulisan Rumi Jawi

Khutbah Raya Aidilfitri 2022 1443h Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Dalam Tulisan Rumi Jawi

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 249 hits
Boleh dapatkan khutbah berkenaan di TELEGRAMSila KlikRumi Jawi Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk menga...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik