Kisah Ratu Balqis Raja Kerajaan Saba


Ratu Balqis dianugerahi Allah segala kekuasaan dan kehebatan. Semua itu adalah dugaan dan ujian terhadap baginda serta kaumnya. Ibnu Katsir meriwayatkan bahawa Saba adalah gelaran bagi raja dari Yaman. Ratu Saba atau Balqis adalah seorang daripadanya.

Bagaimanapun, Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman kepada Allah. Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Allah menjelaskan kisah Ratu Balqis dalam surat al-Naml, ayat 20-44.

Kehebatan kerajaan Ratu Balqis diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis bermula apabila seekor burung dipanggil Hud Hud menceritakan mengenai keadaan Ratu Balqis dan kaumnya yang tidak berpegang kepada jalan Allah.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman memeriksa pasukannya yang disertai oleh haiwan, burung dan bangsa jin. Namun, dalam barisan itu, Hud Hud tidak kelihatan.

Baginda kemudian berkata: "Aku tidak melihat Hud Hud di sini. Jika burung itu tidak hadir kerana alasan yang tidak tepat, aku akan menghukum atau menyembelihnya."

Hud Hud segara muncul dan dengan rendah hati berkata kepada Nabi Sulaiman: "Aku datang membawa berita yang sangat penting untukmu yang tidak kau ketahui sebelumnya."

"Ada seorang Ratu di Yaman. Dia sangat kaya raya dan kekuasaannya sangat luar biasa. Syaitan telah membawanya dan pengikutnya ke jalan yang menyimpang. Mereka memuja matahari dan bukan Allah."

Nabi Sulaiman berkata: "Aku akan membuktikan kenyataanmu segera. Kirimkan suratku ini kepadanya dan kita tunggu reaksi daripadanya."

Ratu Balqis membaca surat itu sebaik menerimanya. Kemudian dia berkata kepada penasihatnya: "Surat ini daripada Sulaiman yang menyatakan "Aku memulakan dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pemurah dan Penyayang. Janganlah tunjukkan kesombongan kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai seorang Muslim."

Ratu Balqis kemudian berkata kepada penasihatnya: "Aku selalu meminta nasihatmu dalam hal-hal penting, katakan apa yang harus aku lakukan?"

Penasihat menjawab: "Kita tidak perlu khuatir mengenai surat ini kerana kita sangat berkuasa. Tetapi, bagaimanapun keputusan terakhir tetap berada di tanganmu."

Ratu Balqis menjawab: "Pertama kita harus menguji berapa besarkah kekuasaannya. Sesungguhnya cara surat ini tiba mengisyaratkan bahawa kita harus berhati-hati dalam menghadapi Sulaiman.

"Aku akan mengirimkan utusan untuk membawa hadiah yang mahal. Dengan cara ini, kita bukan saja dapat mengukur kekuasaannya, malah menduga apa yang ada dalam fikirannya. Aku tidak menyarankan untuk berperang melawannya kalau dia seorang yang lebih kuat.

Penyerang selalu merosakkan kota yang dikalahkan dan memalukan penduduknya. Kita harus menghindarkan ancaman yang tidak diharapkan ini."

Utusan Ratu Balqis kemudian menyerahkan hadiah berharga itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman berkata kepada mereka: "Kamu dan Ratumu sungguh sudah menyalahertikan pesananku. Bawalah kembali barang yang kau sebut hadiah ini kepada Ratumu kerana Allah telah memberi kepadaku kurniaan yang jauh lebih berharga daripada ini. Kamu semua tidak mampu melawan pasukanku, kami akan mengusir kamu dan memalukan kamu."

Utusan itu menyampaikan peringatan Nabi Sulaiman itu kepada Ratu Balqis. Dia turut memberitahunya kebesaran kekuasaan Nabi Sulaiman yang menguasai manusia, burung, haiwan dan jin.

Ratu Balqis menyimpulkan bahawa berperang melawan Nabi Sulaiman sama saja dengan mengundang kehancuran dirinya. Dia memutuskan untuk menyerah kepada Nabi Sulaiman.

Ketika dia bergerak memulakan perjalanannya menemui Nabi Sulaiman, Allah memberitahu Nabi Sulaiman mengenai perkara itu dengan menurunkan wahyunya.

Nabi Sulaiman memerintahkan pembantu: "Aku mahu singgahsana Ratu Balqis dipindah ke sini sebelum dia tiba ke kerajaanku."

Seorang jin yang sangat kuat dan cerdik berkata: "Aku mampu membawa singgahsana itu ke sini sebelum petang tiba."

Seorang lagi jin yang berpengetahuan luas dalam kitab berkata: "Aku mampu membawanya ke sini dalam sekelip mata." Lalu, ketika itu, ternyata singgahsana itu telah tiba di istananya.

Nabi Sulaiman dengan rendah hati berterima kasih kepada Allah di atas segala kurniaan-Nya, termasuk memindahkan singgahsana itu dalam sekelip mata.

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal cerdas.

Golongan jin yang iri hati dengannya membisikkan bahawa Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Baginda memerintahkan supaya jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis dan membina sebuah mahligai diperbuat dari kaca.

Bahagian bawah mahligai itu dan sekelilingnya mengalir sungai dengan berisikan ikan. Di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: "Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin!

Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, dia melihat seakan-akan ada air mengalir lalu mengangkat kainnya, hingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, tidak ada apa-apa aib pun seperti yang dikatakan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: "Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca."

Ketika itu Ratu Balqis berkata dalam hatinya: "Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti."


Ratu Balqis berkata lagi: "Aku cukup mengetahui kekuatan dan kebesaranmu yang luar biasa, tetapi kejadian memindahkan singgahsanaku ke sini menambah bukti keunggulanmu. Aku dengan rendah hati menyerah kepadamu."

Kemudian Ratu Balqis berkata seperti yang disebut dalam al-Quran, yang bermaksud: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam." (Surah al-Naml, ayat 44)

Dengan itu, Ratu Balqis menjadi seorang Muslimah. Ratu Balqis juga membawa seluruh dinastinya yang besar dalam kekuasaan Nabi Sulaiman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2019/11/bal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Yang Perlu Anda Baca Satu Coretan Pada Malam Kerajaan Ph Hampir Kalah Di Parlimen

Kisah Benar Yang Perlu Anda Baca Satu Coretan Pada Malam Kerajaan Ph Hampir Kalah Di Parlimen

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 492 hits
Kisah benar yang perlu anda bacaMP Pembangkang yang bangang memang Satu Coretan Pada Malam Kerajaan PH Hampir Kalah Di Parlimen Kejadian ini berlaku pada malam Selasa 26 November 2019 di dalam Dewan Rakyat jam kira kira 9 30 malam Ketika it...
Kisah Dw Berrety Sinyo Jawa Yang Jadi Raja Media Hindia Belanda

Kisah Dw Berrety Sinyo Jawa Yang Jadi Raja Media Hindia Belanda

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 732 hits
Dari ayah seorang Italia dan ibu seorang Jawa Dominique William Berretty yang lahir di Yogyakarta pada 20 November 1890 memiliki paras di atas pria bumiputera rata rata Berkat statusnya Dominique mampu mengeyam pendidikan tinggi yang pada a...
Skandal Pertama Kerajaan Ph

Skandal Pertama Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Nov 28 Parliament s Public Accounts Committee is disputing Datuk Mohd Redzuan Yusof s claim that no public funds were used for the so called flying car project that it also said he announced prematurely In a report today the co...
Pakp Minta Kerajaan Negeri Pahang Laksana Program Rumah Sejahtera Untuk Bantu Pasangan Muda Lepas Berkahwin

Pakp Minta Kerajaan Negeri Pahang Laksana Program Rumah Sejahtera Untuk Bantu Pasangan Muda Lepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 576 hits
KUANTAN Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang meminta Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan Program Rumah Sejahtera Mampu Milik bagi membantu pasangan muda berusia 20 hingga 35 tahun yang sudah berkahwin khususnya orang Melayudan berasal dari nege...
Saudi Kembali Tangkap Sembilan Kritikus Kerajaan Termasuk Jurnalis Dan Aktivis

Saudi Kembali Tangkap Sembilan Kritikus Kerajaan Termasuk Jurnalis Dan Aktivis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 215 hits
Prisoners of Conscience sebuah kelompok HAM di Arab Saudi yang melacak para tahanan politik juga membenarkan bahwa sembilan orang telah ditahan
Kerajaan Pertimbang Beri Pengecualian Pasang Baby Car Seat Untuk Keluarga Besar

Kerajaan Pertimbang Beri Pengecualian Pasang Baby Car Seat Untuk Keluarga Besar

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 352 hits
Kerajaan dilapor sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak ramai anak kecil sehingga tiada ruang secukupnya dalam kenderaan untuk memasang kerusi keselamatan kanak kanak Kita sedar keluar...
Kerajaan China Larang Ibu Bapa Ajar Anak Solat

Kerajaan China Larang Ibu Bapa Ajar Anak Solat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 461 hits
BEIJING China mengharamkan ibu bapa dan penjaga di Xinjiang wilayah paling ramai umat Islam di negara itu daripada menggalak anak mereka melakukan aktiviti keagamaan Akhbar Xinjiang Daily melaporkan kerajaan menguatkuasakan peraturan pelaja...
Belanjawan Kerajaan Terengganu Defisit Salahkan Kerajaan Dulu Juga

Belanjawan Kerajaan Terengganu Defisit Salahkan Kerajaan Dulu Juga

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 354 hits
Mohd Asri Abu BakarSelepas prestasi kewangan Terengganu merosot PAS tampil dgn menyalahkan KERAjaan UMNO BN yg memerintah Terengganu sebelum ini Yang Peliknya belanjawan tahun sebelum sebelum ni takde pula bunyi pasal hutang hutang ni kan S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat