Kisah Pokok Strawberi Yang Mencetuskan Ilham Sebuah Nurseri Jualan Anak Pokok
Ya Allah, lamanya tak mengadap laptop membuat update terkini di blog. Setelah sekian lama, aku kembali beraksi di blog ini. Inipun tak tau berapa lama boleh bertahan kerana telalu busy dengan rumahtangga dan sudah pastinya setelah terdirinya sebuah nurseri pokok-pokok yang boleh di katakan hadir secara tak sengaja dek sebuah pokok srawberi.
Cerita temtang macam mana aku mula menjual anak-anak pokok strawberi ini boleh baca di SINI. Masa tu sangat teruja tau. Setelah 2 tahun lebih berlalu, dah macam-macam anak pokok di jual. Anak pokok kesum, ulam raja, bayam brazil, kobis, daun sup, ketumbar jawa, keladi lambuk, keladi sayur, keladi mawar, kaduk, pucuk manis, puding belacan dan beberapa anak-anak pokok lain. Selain itu, pokok-pokok huasan lain pun di jual serba sedikit seperti pokok keladi pelbagai jenis yang viral sekarang ni. pokok ros jepun yang pelbagai jenis ada di jual di Nurseri Annur.
Cetusan Ilham Sebuah Nurseri Juakan Anak Pokok
Ilham nak buka nurseri ni tercetus secara spontan sahaja. Setelah jualan anak-anak pokok strawberi dan pokok lainnya mendapat sambutan ada pelanggan yang nak datang terus ke tempat jualan memilih sendiri pokok-pokok. Jadi rancamgan terus di laksana dengan pembinaan sebuah nurseri kecil dengan berdirinya pondok teduhan beratap kanvas hitam untuk tempat letak anak-anak pokok.
Sebelum tu dah beli sebuah cabin yang cadangan asal untuk di jadikan pejabat pengurusan nurseri. Namun begitu, cabin bukan hanya jadi tempat letak barang nureri tapi juga tempat letak segala barang yang jarang digunakan. Kiranya sudah jadi stor simpanan layaknya. Apa nak kata, nak duduk dalam cabin tu lama-lama kepanasan di buatnya. Tapi bolehlah untuk jadi tempat simpanan kotak-kotak, pasu dan pelbagai alatan berkebun.
Selain berniaga pokok-pokok secara online di shopee, sudah semakin amai pelanggan yang datang ke nurseri untuk melihat dan membeli anak-anak pokok. Jika di ikutkan, bisnes nurseri ni boleh di perbesarkan lagi dan buat marketing lebih lagi namun aku tak berdaya nak buat. Setakat yang ada sudahlah. Salah satu sebabnya yang mengerjakan nurseri ni dari A sampai Z adalah aku seorang.
Aku ada cadangan nak mendapatkan pekerja part time untuk membantu aku menyelenggara nurseri ini. Susah juga nak cari pekerja yang nak buat kerja yang nampak senang ini tapi remeh dan sukarnya pada mengerjakannya saja yang tau. Kalau adapun yang nak bekerja dan membantu gajinya haruslah sepadan dengan kerja. Jadi, buatlah sendiri seadanya.
Semoga bisnes jualan anak-anak pokok aku ini akan terus mendapapat sambutan dan berterusan. Nak doakan berkembang maju tak dapatlah sebab tak mampu nak besarkan lagi nurseri ini dengan kudrat aku yang ada ini. Dan semoga aku terus istiqamah, di beriknn tubuh badan yang sihat untuk meneruskan usaha dengan Nurseri Annur ini.
Oh ya, juga semoga aku dapat mencari waktu dan mempunyai idea untuk terus menulis di blog yang dah kusam dan bersawang bagai ini.. hahaha!
Sekian adanya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2023/12/kisah-pokok-strawberi-yang-mencetuskan-ilham-sebuah-nurseri-jualan-anak-pokok.html