Kisah Perompak Lelaki Parah Dibelasah Wanita Cantik Yang Dirompak Rupanya



Perompak Parah Dibelasah Atlet Seni Bela Diri Wanita
CANTIK jangan disangka lemah, lebih-lebih jika si cantik itu seorang pengamal seni bela diri — lagi hebat, petinju UFC!Begitulah nasib seorang penyamun di Rio Di Janeiro, Brazil yang ternyata ‘tersilap langkah’ apabila tindakannya ingin menyamun seorang wanita berakhir dengan dirinya sendiri dibelasah teruk oleh wanita tersebut.Suspek, seorang lelaki, dikatakan telah mendekati wanita tersebut dengan niat ingin merompaknya, namun tidak menyedari bahawa wanita itu ialah Polyana Viana, atlet profesional seni bela diri campuran (MMA) di UFC.Viana, 26 tahun, dikatakan merebahkan suspek dengan hanya dua tumbukan dan satu sepakan, sebelum menguncinya dengan kuncian ‘rear-naked choke’.Dia kemudiannya memanggil polis sambil memaksa suspek terbabit duduk sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa.“Pada mulanya dia datang dekat saya kononnya untuk bertanyakan waktu. Saya dah beritahu (waktu), tapi dia masih tidak berganjak.“Kemudian, dia menghulurkan ‘pistol’… tapi saya sedar, takkanlah pistol sebab ia terlalu lembut.“Jadi, saya pun bangun dah terus bagi dua kali penumbuk dan penendang. Dia jatuh, kemudian saya kunci dia dengan teknik ‘rear naked choke’ sebelum memaksa dia duduk dan tunggu polis datang,” katanya seperti dipetik BBC.Viana pada ketika itu sedang berada di luar blok pangsapurinya sebelum didatangi suspek yang dikhuatiri memiliki sepucuk pistol.Bagaimanapun, pistol yang dimiliki suspek hanyalah senjata olok-olok yang diperbuat daripada kadbod.Viana merupakan seorang petinju kategori strawweight di UFC dengan rekod kemenangan 10-2.Petarungan terakhirnya di kejohanan UFC 227, Ogos tahun lalu berkesudahan dengan kekalahan di tangan petinju Amerika Syarikat, J.J. Aldrich. – AwaniKomen Weblog Ibnu Hasyim: Ini Ilmu Bela Diri Yang Sesuai Dengan Syariat Islam.
Pada dasarnya bela diri hukumnya mubah atau harus. Bahkan jika latihan ini dilakukan dalam rangka menyiapkan diri untuk berjihad, termasuk i’dad (mempersiapkan) yang Allah perintahkan.Allah berfirman,وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْPersiapkanlah untuk menghadapi mereka, segala kekuatan yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu (QS. al-Anfal: 60)Ketika latihan bela diri dilakukan dalam rangka menyiapkan diri untuk berjihad membela kebenaran, insyaaAllah, ianya bernilai pahala. Tapi kalau hanya hobi atau happy, bahkan mengantarkan anda kepada kemaksiatan boleh mengundang dosa.

Lihat peraturan-peraturan ini..

Satu:

Bela diri hanyalah sukan dan permainan. Untuk itu, sikapi latihan ini sebagai sukan bukan aliran kepercayaan. Sehingga tidak boleh dijadikan standart al-wala wal bara’ (loyal dan benci).

Jangan sampai anda memusuhi muslim yang lain, hanya kerana beza perguruan bela diri.  Sebaliknya, anda juga tidak boleh loyal dengan orang kafir dan orang musyrik, hanya kerana dia teman seperguruan dalam latihan bela diri.

Islam melarang membangun loyalitas kerana latar belakang suku, kelompok, apalagi hanya sebatas perguruan bela diri. Kerana ini loyalitas model jahiliyah. Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasul SAW berkhutbah..أَلا وَإِنَّ كُلَّ شَيْءٍ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعٌ تَحْتَ قَدَمِيَّKetahuilah bahawa segala sesuatu yang menjadi tradisi jahiliyah, diletak di bawah kakiku. (HR. Muslim 3009, Abu Daud 1907 dan yang lainnya).Jadi, orang yang mati kerana latar belakang kesukuan atau loyalitas kelompok, digolongkan sebagaimana mati gaya jahiliyah.

Dari Jundub bin Abdillah al-Bajali RA, Rasul SAW  bersabda,مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌSiapa yang terbunuh kerana latar belakang yang tidak jelas, menghidupkan semangat kesukuan atau membela kelompok (asabiah atau puak), maka dia mati dalam kondisi jahiliyah. (HR. Muslim 1850).Loyalitas yang diajarkan Islam adalah loyalitas yang dibangun di atas iman dan Islam. Allah berfirman,إِنَّمَا الْمُؤْمِنونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْOrang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu. (QS. al-Hujurat: 10)Dua:

Hindari semua yang berbau klenik dan kesyirikan. Salah satu sarang menyusupnya syirik adalah kegiatan bela diri. Terutama yang banyak mengandal olah pernapasan. Terlebih, umumnya peserta bela diri, mereka memiliki latar belakang ingin memiliki kekuatan dan kesaktian.

Bagaimana mengatasinya? 

Hindarilah..

a. Guna azimat. Jika guru anda menjanjikan, siapa yang sudah mencapai derajat tertentu akan mendapatkan ‘tameng pelindung’ atau ‘tabir ghaib’, baik berupa cincin, sabuk, gelang, kalung atau apapun bendanya, anda perlu segera menghindarinya.

Terutama, jika cara untuk mendapatkan itu, perlu melalui ritual ibadah tertentu, seperti puasa, wirid, semadi di kuburan, hingga shalat tahajud malam Jumaat. Semua itu adalah saranan untuk mendatangkan jin yang akan membantunya.

Ini satu pantun Melayu yang boleh menjadikan pengamalnya 'syirik' atau menyengutukan Allah, teliti maksudnya...

"Malam ini malam Jumaat
pasang lilin di kepala titi
Tepuk bantal panggil semangat
semangat datang dalam mimpi."

b. Perguruan silat yang menawarkan ilmu kanuragan. Apapun cara yang digunakan, hakikat ilmu kanuragan adalah sihir. Meskipun dibungkus dengan kedok wirid, dzikir, amalan, suluk dan yang lainnya. Kerana amalan ibadah boleh saja dikerjakan dalam rangka pemujaan terhadap jin dan syaitan.

c. Latihan pernapasan namun diiringi dengan dzikir atau wirid tertentu. Dengan tujuan untuk meringankan tubuh atau pukulan jarak jauh atau keperitan pingsan. Semua ini kebohongan, kerana jelas di luar kemampuan manusia. Dia boleh lakukan itu karana bantuan jin. Medianya adalah wirid ketika proses pernapasan.

d. Membangun telapati antara guru dan murid. Boleh dengan memanggil nama guru atau mengingat wajah guru. Dengan itu, akan terhubung jalinan batin yang dianggap sumber kekuatan bagi si murid. Anda dapat memastikan, ini kedustaan. Kerana tidak mungkin, hanya sejenak membayangkan guru, dia dapat memiliki tambahan kekuatan.

Oleh sebab itu, prinsip penting yang dikedepankan ialah sikapi bela diri sebagaimana sukan biasa, murni latihan fizik, sehingga jauhkan semua bentuk ibadah, suluk dan amalan, ideologi, dan sebagainya.

Tiga:

Hindari bentuk salam yang dilarang, misalnya dengan membungkuk layaknya orang rukuk. Baik kepada guru mahupun sesama lawan tanding.

Dari Anas bin Malik RA, beliau menceritakan,

قال رجل: يا رسول الله أحدنا يلقى صديقه أينحني له؟ قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا

Ada orang yang bertanya kepada Nabi SAW ‘Ya Rasulullah, jika kami ketemu teman, apakah boleh membungkuk?’ Jawab beliau, ‘Tidak boleh.’
قال: فيصافحه؟ قال: نعم إن شاء
Dia bertanya lagi, ‘Bolehkah dia menyalaminya?’ Jawab Nabi SAW “Ya, dia salami, jika dia mau.” (HR. Turmudzi 2728, Ibn Majah 3702, dan dishahihkan al-Albani).
Syaikhul Islam mengatakan,وأما الإنحناء عند التحية: فينهى عنه، كما في الترمذي عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنهم سألوه عن الرجل يلقى أخاه ينحني له؟ قال : لا) ولأن الركوع والسجود لا يجوز فعله إلا لله عزوجلMembungkuk ketika memberi salam hukumnya terlarang. Sebagaimana diriwayatkan Turmudzi dari Nabi SAW, bahawa para sahabat bertanya, jika ada orang yang bertemu temannya, bolehkah dia membungkuk? Jawab Nabi SAW, ‘Tidak boleh.’ Kerana rukuk dan sujud tidak boleh dilakukan kecuali untuk Allah. (Majmu’ Fatawa, 1/377)Empat:
Hindari memukul wajah. Dari Abu Hurairah RA , Nabi SAW berpesan,إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَJika kalian hendak memukul seseorang, hindari wajah. (HR. Bukhari 2420)Lima:
Jaga hati, jangan sampai kemampuan bela diri menjadi sebab anda bersikap sombong. Boleh jadi, syaitan memanfaatkan kondisi anda untuk dijadikan kesempatan menggoda anda untuk berbuat dzalim.Rasulullah SAW bersabda,لاَ تَكُونُوا عَوْناً لِلشَّيْطَانِ عَلَى أَخِيكُمْJanganlah kalian menjadi penolong bagi syaitan untuk mendzalimi saudara kalian. (HR. Ahmad 4252 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).Disebabkan itu, pandai-pandailah jaga emosi. Di saat anda punya kelebihan bela diri, anda perlu lebih pandai bersabar.
Semoga Allah selalu memberikan bimbingan hidayah dan taufiq bagi kita semua.Allahu a’lam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/kisah-perompak-lelaki-parah-dibelasah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perompak Cedera Parah Dibelasah Peninju Wanita Ufc

Perompak Cedera Parah Dibelasah Peninju Wanita Ufc

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 453 hits
09 Januari 2019 3 00 AM RIO DE JANEIRO Tindakan seorang perompak yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua di sini baru baru ini
Silap Orang Kau Nak Samun Penyamun Parah Dibelasah Altet Wanita Ufc

Silap Orang Kau Nak Samun Penyamun Parah Dibelasah Altet Wanita Ufc

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 275 hits
The ReporterMalang nasib cubaan seorang lelaki menyamun telefon bimbit milik seorang wanita menemui kegagalan apabila dia dibelasah teruk oleh atlet wanita Ultimate Fighting Championship Dalam kejadian pada malam Sabtu lalu di Rio de Janeir...
Rupanya Tak Dapat Beli Minyak Masak Punca Wanita Bertudung Dilempang Polis Buru Suspek

Rupanya Tak Dapat Beli Minyak Masak Punca Wanita Bertudung Dilempang Polis Buru Suspek

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 800 hits
Tular satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki yang dilihat seperti kemarahan Kejadian itu dipercayai berlaku di kedai runcit yang terletak di Bayan Lepas pada 8 40 pagi Selasa Wanita yang ditampar itu...
Kisah Tragis Pekerja Wanita Bpjs Tk Jadi Korban Kejahatan Seksual Atasan

Kisah Tragis Pekerja Wanita Bpjs Tk Jadi Korban Kejahatan Seksual Atasan

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 235 hits
Seorang tenaga kontrak di Dewan Pengawas BPJS Ketenagakerjaan berinisial A mengaku telah mengalami kejahatan seksual oleh atasannya di institusi tempatnya bekerja A mengungkapkan dirinya menjadi korban pemerkosaan sebanyak empat kali
Baru Doa Dianugerahkan Jodoh Lelaki Terkejut Muncul Wanita Dalam Keretanya Rupanya Sesuatu Terjadi

Baru Doa Dianugerahkan Jodoh Lelaki Terkejut Muncul Wanita Dalam Keretanya Rupanya Sesuatu Terjadi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 474 hits
Lelaki Ini Terkejut Wanita Muncul Dalam Keretanya Lepas Berdoa Dianugerahkan Jodoh Rupanya Ini Yang Berlaku Seorang lelaki melalui detik detik yang mencemaskan apabila muncul seorang wanita dalam keretanya selepas berdoa soal jodoh ketika d...
Wanita Misteri Di Kepala Batas Berjaya Ditahan Pati Rupanya

Wanita Misteri Di Kepala Batas Berjaya Ditahan Pati Rupanya

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 727 hits
WANITA berwajah biru dan kadang kala didakwa bermata merah yang berkeliaran di beberapa kawasan di Kepala Batas hingga tular di laman sosial minggu lalu berjaya ditahan polis hari ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komision...
Awas Hati Hati Bila Singgah Di Rnr Nilai Wanita Ini Berkongsi Kisah Cemas Apabila Suaminya Nyaris Dipukau Pak Arab

Awas Hati Hati Bila Singgah Di Rnr Nilai Wanita Ini Berkongsi Kisah Cemas Apabila Suaminya Nyaris Dipukau Pak Arab

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 501 hits
Minggu lalu tular dengan perkongsian sebanyak 4 072 wanita pemilik akaun Facebook Nor Farhana memuatnaik status bercerita mengenai satu insiden dilalui suaminya ketika singgah di RnR Nilai Singgah Makan Ketika dalam perjalanan pulang dari B...
Misteri Wanita Cantik Ajak Mandi Di Pondok Tanjung

Misteri Wanita Cantik Ajak Mandi Di Pondok Tanjung

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 729 hits
Pagi itu Prebet Azam yang bertugas di sebuah kem di Sungai Buloh Selangor mendapat kiriman mesej menerusi telefon bimbit daripada kakaknya Mesej itu berbunyi Zam ayah tenat di kampung Kau minta la cuti balik segera Azam yang kebetulan berad...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik