Kisah Pengamal Ilmu Balan Balan


Apa yang hendak diceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman seorang kenalan. Kisah ini berlaku di Sabah sekitar tahun 1960-an dan ia diceritakan semula pada pertengahan tahun 1999 oleh Sanusi Udi, orang yang menyaksikan sendiri kejadian ini.

Gambar hiasan.
Begini cerita Sanusi. Suatu petang sewaktu dia dan kawan-kawannya sedang berborak di sebuah kedai kopi di Kinabatangan, seorang kawannya yang bernama Dusmin, tiba-tiba menjadi resah. Matanya merah, air liurnya meleleh dan dia memandang sekeliling dengan pandangan yang liar.

"Aku minta diri dulu!" kata Dusmin tiba-tiba, dan terus bergegas pulang.

Petang itu, Sanusi mendapat berita, ada penduduk kampungnya meninggal dunia dan selang beberapa hari kemudian, kejadian seperti itu berlaku lagi.

Dan seperti sebelum ini, tidak lama selepas Dusmin pulang, Sanusi mendapat berita seorang penduduk kampungnya meninggal dunia.

Sanusi mula tertanya-tanya, kenapa Dusmin tidak semena-mena berubah sikap dan tergesa-gesa pulang apabila ada penduduk kampungnya mati? Apa kaitan dengan Dusmin?

Setelah didesak, akhirnya Dusmin mengaku.

"Aku pulang untuk jadi balan-balan."

Apa itu balan-balan?

Di Semenanjung, balan-balan disebut penanggal, iaitu seseorang yang boleh menanggalkan kepalanya, lalu terbang ke tempat orang mati atau hendak bersalin dan menghisap darahnya.

Apabila terbang, yang kelihatan adalah kepala dan isi perut si penanggal yang terang menyala bagaikan api. Ia dilakukan menggunakan ilmu hitam bagi tujuan mendapatkan kekuatan diri.

Benarkah Dusmin menjadi balan-balan?

Apabila soalan itu Sanusi ajukan, Dusmin menyelak kolar bajunya. Lalu ternampaklah garisan parut panjang di sekeliling pangkal lehernya.

Bagi membuktikan pengakuannya itu, Dusmin menanggalkan kepalanya dan terbang ke rumah bapa Sanusi beberapa puluh kilometer dari situ.

Dia pulang menemui Sanusi tidak lama kemudian, dan memberitahu secara terperinci keadaan bapanya, rumahnya dan keadaan sekitarnya. Apa yang diberitahu Dusmin itu memang tepat, sedangkan dia tidak pernah sekalipun pergi ke sana.

Menurut Dusmin, balan-balan tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam keadaan halimunan itulah dia akan menukarkan mayat dengan batang pisang.

Mayat itu kemudian dibawa terbang ke tepi sungai, lalu digoyang-goyangkan di dalam perahu bersama dengan balan-balan lain, kebanyakannya lelaki.

Apabila digoyang-goyang, tubuh mayat itu akan berkecai dan dagingnya bertukar menjadi ikan, lalu dimakan oleh balan-balan berkenaan.

Ilmu balan-balan diceritakan amat popular di kalangan salah satu suku kaum di Sabah. Ia diamalkan agar mereka menjadi kuat dan digeruni lawan. Ilmu ini biasanya diwarisi daripada bapa atau datuk.

Ia boleh juga dituntut melalui bomoh ilmu hitam. Tempoh menuntut adalah seminggu.

Selain jampi mantera, kata Sanusi, orang menuntut ilmu balan-balan dikehendaki menggali sebuah perigi sebesar pemeluk dan berendam di dalamnya selama tujuh hari berturut-turut.

Setelah itu, bomoh akan meludah dan muntah di dalam mulut si penuntut tadi. Muntah dan ludahnya hendaklah ditelan tanpa tinggal walaupun setitik.

Bagaimana kita tahu adanya balan-balan?

Kehadiran makhluk itu boleh diketahui dengan lintasan api dan bunyi 'kwak' yang dikeluarkannya.

Dinding di bawah atap rumah manusia balan-balan pula boleh dibuka bagi memudahkannya keluar mencari mangsa.

Sanusi juga menceritakan, di kalangan satu lagi suku kaum di Sabah, hanya wanita saja yang menjadi balan-balan.

Apabila ada wanita bersalin, balan-balan itu akan menghirup darah yang keluar. Ia merasuk bayi sehingga mati. Apabila dikebumikan, balan-balan akan menyelongkar kuburnya dan memakan mayat bayi berkenaan.

Paling menakutkan ialah balan-balan Kaliawan. Untuk memiliki ilmu balan-balan kaliawan, seseorang itu hendaklah membunuh anak sulungnya sendiri. Ada juga balan-balan yang boleh mengubah dirinya menjadi haiwan seperti anjing dan kucing.

Bagaimanapun, kata Sanusi, ilmu hitam itu sudah lama ditinggalkan. Dengan berkembangnya Islam di Sabah, suku kaum terlibat mula menyedari bahawa ianya perbuatan syirik dan dosa besar.

Apa yang diceritakan di atas berdasarkan kisah yang diceritakan sendiri oleh Sanusi. Mungkin di tempat lain, berbeza pula versinya.

Namun, kisah balan-balan atau penanggal ini memang popular sehingga sekarang dan ramai yang pernah melihatnya.

Adakah anda juga pernah 'bertemu' balan-balan?

BACA INI JUGA: 8 Jenis Hantu Dan Makhluk Mitologi Dalam Kepercayaan Masyarakat Dusun-Bundu Di SabahAsal-usul Minyak Pugai Balabak Dan Rahsia Cara Membuatnya
sumber: utusantv



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/12/kisah-balan-balan-hantu-penanggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Ibu Dan Empat Anak Yang Terpisah Saat Erupsi Gunung Semeru

Kisah Ibu Dan Empat Anak Yang Terpisah Saat Erupsi Gunung Semeru

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 367 hits
Asap tebal keluar dan mendadak cuaca menjadi gelap gulita Lasimin mencoba berusaha mendapat kabar keberadaan anak anaknya
Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh PEMANDU lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley dekat Ipoh selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa trag...
Kisah Realistik Menantu Wanita Park Hasun Kembali Untuk Musim Kedua No Thank You

Kisah Realistik Menantu Wanita Park Hasun Kembali Untuk Musim Kedua No Thank You

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 239 hits
Nampaknya Park Ha sun akan kembali dalam musim kedua drama KakaoTV No Thank You Musim pertama drama ini membawa kisah realistik mengenai tekanan dan kehidupan yang dilalui wanita apabila baru bergelar menantu Semasa tayangan awalnya ia mene...
Sabar Lain Kisah Ikhlas Itu Lain Bab

Sabar Lain Kisah Ikhlas Itu Lain Bab

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 245 hits
SABAR LAIN KISAH IKHLAS ITU LAIN BAB Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Sabar dan ikhlas lain cabangnya Berbeza pengertiannya Kalau boleh sabar belum tentu ada ikhlasnya Tapi kalau ikhlas mesti bermu...
Kisah Manusia Melayu Islam Berjam Rm500 000 Berbeg Tangan Rm250 000

Kisah Manusia Melayu Islam Berjam Rm500 000 Berbeg Tangan Rm250 000

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 399 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINJangankan kena denda RM210 juta saya anak kembar minta yuran asrama RM350 pun berkira kira nak bayar Bayar jugalah tanggungjawab Ada orang lain nak beli susu tepung anak pun tidak mampu Jangankan susu anak ada orang nak is...
Kisah 11 Tahun Elyana Lawan Kanser

Kisah 11 Tahun Elyana Lawan Kanser

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 234 hits
Bukan kisah perjuangan sembarangan Semoga elyanaofficial1 terus sihat Aamiin Muzik https artlist io SinarHarian VideoSinar Penyanyi ErneelyaElyanaEmrizal Elyana KanserLimfoma RawatanKimoterapi Radioterapi
Buasir Otak Tv Kisah Sang Kancil Dan Buaya

Buasir Otak Tv Kisah Sang Kancil Dan Buaya

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 696 hits
Bila atok bercerita tentang kisah Sang Kancil yang bijak mengira buaya Jom tonton animasi ini
Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Ke Manakah Mungkin Sel Sel Kanser Boleh Pergi Sekiranya Ia Berulang Atau Relapse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ratu Seram Era Baharu Sharifah Sakinah Buat Penonton Tak Senang Duduk

Best Beef Recipes In Oven

Penghormatan Terakhir Buat K9 Sue Wira Berbulu Jbpm Sarawak

Anak Cepat Marah 5 Cara Tenangkan Mereka Tanpa Jerit Rotan

Hashim Rejab Akui Kehendak Penonton Ialah Cabaran Terbesar Penghasilan Orang Perang

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat